Sementara itu, dalam satu lagi program lawatan ANGKASA Bersama Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ke Koperasi Jamin Ranau Berhad turut menggalakkan koperasi berasaskan pelancongan supaya dapat mempromosikan keunikan setempat, budaya atau produk untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong. “Koperasi Jamin Ranau Berhad mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu cerut buatan tangan berjenama Lipasu Cigar yang telah membawa koperasi tersebut ke Nanning, China untuk mempromosikannya. Produk-produk sebegini mampu menarik minat orang ramai untuk datang ke koperasi dan melihat sendiri bagaimana cara produk tersebut dihasilkan,” katanya.
“Terdapat dua cara untuk koperasi menambahkan modal perniagaan sedia ada iaitu melalui pinjaman dan sumber dalaman. Jika
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) melihat pemandangan Ranau dari beranda rumah penginapan Koperasi Jamin Ranau Berhad. Turut sama ialah Pengerusi JPAN Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh (dua dari kanan) dan Pengerusi Koperasi Jamin Ranau Berhad, Datin Hajah Jaini Majid (kanan sekali).
koperasi membuat pinjaman dari bank, sudah tentu perlu berhutang dan membayar kadar faedah yang tinggi.
Saya menggalakkan koperasi supaya mencari sumber dalaman terdahulu iaitu melalui penambahan saham dari anggota. Dengan cara ini, koperasi bukan sahaja dapat menambahkan modal untuk merancakkan perniagaan, malah mampu memberikan pulangan dividen yang lebih tinggi kepada anggota,” jelasnya. Kehadiran delegasi ANGKASA turut diraikan oleh Pengerusi Koperasi Jamin Ranau Berhad, Datin Hajah Jaini Majid dan barisan jawatankuasa yang lain. Datin Hajah Jaini dalam ucapan aluannya berkata, Koperasi Jamin Ranau Berhad telah berpindah ke tempat baharu yang memfokuskan penginapan berkonsepkan agro pertanian. Antara buah-buahan yang ditanam di sekitar tapak penginapan adalah mangga sebanyak 1,500 pokok, nangka (300 pokok), rambutan (300 pokok), limau (120 pokok) dan durian (150 pokok).
Datin Hajah Jaini Majid, Pengerusi Koperasi Jamin Ranau Berhad
» Tembakau yang diproses dan sedia untuk dijual semula.
40 PELANCAR Disember 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease