Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

» Bergambar dari beranda rumah penginapan Koperasi Jamin Ranau Berhad.

» Bergambar di hadapan rumah penginapan milik Koperasi Jamin Ranau Berhad.

berpindah ke Kampung Tanah Merah, Ranau. Di tempat tersebut, Koperasi Jamin Ranau Berhad mempunyai sebuah rumah bangle, 26 bilik penginapan termasuk restoran, sebuah rumah kontena yang mempunyai empat bilik serta dapur, sebuah rumah epal yang mempunyai dua bilik dan sebuah dewan yang mampu menampung 100 orang. Kos pembinaan semula itu telah siap 90 peratus dengan jumlah yang ditanggung setakat ini adalah sebanyak RM 3.7 juta.

Koperasi Jamin Ranau Berhad ditubuhkan pada tahun 2007 dan menjadi ahli ANGKASA pada 2 April 2009. Sehingga kini, jumlah anggota koperasi adalah seramai 104 orang dengan modal terkumpul sebanyak RM 40,000. Antara perniagaan yang dijalankan pada awal penubuhannya adalah kedai runcit, membeli dan menjual semula produk tembakau dan menjadi pengeluar ubi keledek yang dipasarkan di sekitar Ranau.

Selain produk tembakau buatan tangan Lipasu Cigar, produk lain yang dihasilkan termasuklah sos tauhu dan kerepek ubi. Koperasi juga menguruskan Restoran Jaini Lodge yang terletak di Kampung Kibbas, Ranau. Restoran tersebut menjadi pusat bagi koperasi untuk mempromosikan produk-produk mereka selain menjadi pusat aktiviti seperti kursus membuat mee basah dan roti. Perniagaan Koperasi Jamin Ranau Berhad terjejas teruk pada tahun 2015 akibat gempa bumi dan terpaksa

Disember 2018 PELANCAR

41

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease