Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Gerakan koperasi mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengimbangi manfaat hasil dari limpahan kekayaan ekonomi negara. Gerakan koperasi bukan bersifat individualistik sebaliknya kejayaan ekonomi yang diraih harus dimanfaatkan oleh anggota sekaligus membawa kepada perkongsian kemakmuran sosioekonomi anggota dan mengurangkan jurang pendapatan. Koperasi Mesti Bijak Imbangi Manfaat Kekayaan Ekonomi Negara Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Encik Mohd Roslan sewaktu menyampaikan ucapan yang menerangkan tentang peranan koperasi dalam sektor hartanah.

boleh direbut oleh gerakan koperasi. Dalam konteks sektor hartanah dan industri pembinaan, skop penglibatan koperasi amat besar kerana pelbagai jenis aktiviti ekonomi berlaku di sepanjang rantaian aktiviti bisnes sektor ini. Kepelbagaian jenis sub aktiviti akan memerlukan banyak skop ilmu pengetahuan dan kemahiran, perbezaan saiz dan skala modal serta tahap penglibatan. Kepelbagaian ini wujud dalam gerakan koperasi dan yang menariknya, kekuatan modal insan mahupun modal pelaburan itu sendiri boleh digembleng dalam koperasi,” katanya.

Ketua Sektor Bidang Keberhasilan, Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Encik Mohd Roslan Bani Amin berkata, kerajaan telah mengumumkan Enam Tonggak sebagai keutamaan dan penekanan baharu bagi tempoh 2018-2020 dan antara perkara yang diberi penekanan adalah sperti yang terkandung di dalam Tonggak 2 iaitu Memperkukuh Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat. Melaluinya, terdapat banyak usaha yang mahu direalisasikan kerajaan iaitu menyasarkan pembinaan sebanyak 200,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat. “Saya percaya ini adalah antara potensi dan peluang yang

42 PELANCAR Disember 2018

42 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease