Program selama dua hari tersebut dipecahkan kepada lima sesi :
Tambahnya lagi, dalam hal inilah MKM mengambil peranan dalam menyediakan latihan dan pendidikan kepada gerakan koperasi. Penglibatan koperasi dalam aktiviti Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan ini harus dipandu oleh ilmu dan pengetahuan. Barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pengurusan koperasi perlu bersedia dengan ilmu pengetahuan sebelum membawa koperasi terlibat dalam skop aktiviti sektor ini. Tanpa ilmu pengetahuan, telah terbukti banyak koperasi gagal dan terkandas dalam perjalanan mereka. Katanya, untuk tahun 2019, MKM telah merancang penganjuran 497 program latihan di seluruh negara meliputi pelbagai disiplin ilmu. Untuk Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan, sebanyak 33 program telah dirancang dan berharap agar koperator dapat menggunakan peluang latihan di MKM bagi mendapatkan ilmu pengetahuan secukupnya bagi membantu koperasi melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan sebaik mungkin. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Seminar Bisnes Hartanah: Jom Jana Pendapatan Tinggi di Pulau Langkawi.
Sesi 1: Senario Semasa Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan yang membentangkan kertas kerja Potensi dan Peluang Dalam Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan oleh Konsultan Islah Mega Sdn. Bhd., Encik Mohammed Nazree Shah Anwar Shah dan Isu dan Cabaran Koperasi Hartanah oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Hartanah ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Sesi 2: Jom Jana Pendapatan Koperasi Melalui Bisnes Hartanah Lelong dan Sub-Let oleh Ketua Pengarah Urusan IM Global Property Consultants Sdn. Bhd., Tuan Haji Ishak Ismail. Sesi 3: Jom Jana Pendapatan Koperasi Melalui Bisnes Agen Hartanah dan Pengurusan Bangunan oleh Perunding Hartanah, Encik Ahmad Firdaus Mahmod. Sesi 4: Perkongsian Pengalaman Koperasi oleh Koperasi Keluarga Haji Zabir Kelantan Berhad dan Koperasi Peserta- Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad. Sesi 5: Perkongsian Pengalaman Koperasi dan Inspirasi Ke Hadapan oleh Koperasi Perumahan Impian Selangor Berhad dan Konsultan Islah Mega Sdn. Bhd., Encik Mohammed Nazree Shah Anwar Shah.
» Sebahagian daripada peserta yang hadir dari seluruh negara.
» Bergambar dengan para peserta.
43 Disember 2018 PELANCAR 43 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease