Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan tentang persediaan asas memulakan perniagaan dan bagi memberi kefahaman proses yang terlibat dalam membangunkan perniagaan. Antara topik yang disentuh adalah seperti pengenalan perniagaan, keperluan kompetensi keusahawanan, potensi perniagaan bidang keberhasilan, asas memulakan perniagaan dan lain-lain lagi. Penceramah terdiri daripada pensyarah MKM dan penceramah jemputan. Penceramah jemputan yang dijemput ialah Pengerusi Koperasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad (KoSalam), Haji Yasim Mohamed. Peserta juga turut dibawa melawat ke KoSalam bagi melihat sendiri perniagaan yang dijalankan seperti restoran, kedai pakaian jubah dan barangan solat, kedai makanan sejuk beku, kedai gunting rambut dan kaunter pejabat pos.
» Puan Azizah Binti Muhamad sewaktu menerima sijil tamat kursus.
» Antara kumpulan yang telah membuat pembentangan
Haji Yasim turut menekankan tentang kepentingan berintegriti dalam menjalankan sesuatu perniagaan selain mengelak daripada menjual produk atau barangan yang menyalahi undang-undang. Pada akhir kursus, peserta telah diberikan tugasan secara berkumpulan dan diminta untuk membuat pembentangan. Tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk melihat kefahaman dan pengetahuan peserta sepanjang berkursus. Sementara itu, salah seorang peserta yang mengikuti kursus, Puan Azizah Muhamad dari Koperasi Keluarga Sharifah Zaitun Pahang Berhad berkata, penganjuran kursus seperti ini diharap dapat diteruskan di masa hadapan kerana dapat menyuntik semangat para peserta untuk memajukan koperasi masing-masing. Kesimpulannya, diharapkan segala ilmu pengetahuan yang ditimba dan diperoleh sepanjang berlangsungnya kursus ini akan digunakan dengan sebaiknya oleh para peserta dan seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi koperasi pada masa akan datang.
Disember 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease