PENTINGNYA BUDAYA INTEGRITI DAN ETIKA KERJA DALAM KOPERASI
Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Pengurus Unit Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA
Warga kerja koperasi yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah koperasi, organisasi dan negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan anggota merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika. Dengan kata lain, integriti dan etika dalam pekerjaan bukan sekadar penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja, sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja.
Semua ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai manusia. Hakisan nilai integriti dalam kalangan anggota koperasi akan mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam koperasi itu sendiri. Justeru, pengamalan dan pemahaman terhadap integriti dan etika perlu dilaksanakan. Kerajaan telahpun memberi perhatian serius terhadap masalah integriti dan etika dalam kalangan kakitangannya dan anggota koperasi amnya.
Definisi Budaya Menurut Kamus Dewan, budaya bermaksud tamadun atau peradaban. Dalam erti kata lain, budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sekelompok manusia dan diwariskan sejak turun-temurun. Budaya terbentuk daripada unsur yang rumit termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni. Budaya itu boleh diubah melalui komunikasi, interaksi dan mempelajari budaya daripada yang lain.
46 PELANCAR Disember 2018 46 PELANCAR Disember 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease