Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Integriti dan Kepentingannya Integriti berasal daripada perkataan latin: ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan kesatuan yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Pendefinisian terhadap istilah integriti boleh diklasifikasikan kepada empat perspektif iaitu ketekalan nilai peribadi, komitmen terhadap nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni (Stanford Encyclopedia of Philosophy,2013). Manakala menurut Pellegrino (1990), integriti sebagai tahap atau keadaan keseimbangan di antara ruang peribadi, autonomi dan nilai individu. Roberts (1994), menghuraikan takrifan integriti sebagai kesatuan di antara komitmen sepenuhnya kepada nilai yang dipegang dalam setiap ucapan dan tindakan seseorang. Takrifan Roberts (1994) selari dengan Musschenga (2001), menakrifkan integriti sebagai konsistensi dan koherensi dalaman keyakinan seseorang dengan penyataan dan tindakannya. Integriti merupakan konsep penting dalam pentakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir, 2004) serta melaksanakan perkara yang betul (Musatafar 2004). Justeru, integriti juga didefinisikan sebagai kepercayaan terhadap komitmen dan kemampuan seseorang memelihara moral diri tanpa sebarang kompromi (Gross, 2001). Integriti juga menerangkan elemen tingkahlaku pekerja dan kejayaan yang melibatkan urusan yang adil, kejujuran dan kebolehpercayaan di tempat kerja (Mehrabian, 2000).

Integriti Koperasi Di peringkat koperasi, tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota koperasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya berkoperasi. Contoh lain adalah seperti agensi-agensi kerajaan iaitu ditubuhkan dengan objektif utama untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara. Bagi mencapai objektif tersebut, sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berintegriti tinggi adalah diperlukan agar dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Kepentingan integriti kepada perkhidmatan awam adalah untuk mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan awam yang cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai- nilai murni yang dapat mengatasi masalah dan kelemahan dalam pelbagai aspek pemerintahan seperti pengurusan kewangan, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama (Jamiah et al., 2004). Seiring dengan itu, gerakan koperasi juga tidak terkecuali untuk melibatkan diri dalam perancangan hala tuju pembangunan negara yang menuntut perubahan menyeluruh dalam gerakan koperasi. Isu yang mengekang kemajuan gerakan koperasi selama ini seperti pengurusan kewangan, kepimpinan, dan penglibatan anggota perlu ditangani dengan berkesan. Gerakan koperasi berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu dari dalam dan luar yang mempengaruhi prestasinya. Perubahan dalam ekonomi, politik dan persekitaran termasuklah proses liberalisasi pasaran, kemunculan teknologi baharu dan perkembangan ICT mendesak koperasi untuk memperkukuh kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan. Oleh itu, perlu wujud budaya yang positif dalam gerakan koperasi dengan mengambil kira etika, nilai dan integriti selari dengan nilai dan falsafah dalam gerakan koperasi sendiri. Kepentingan Integriti Kepada Pemimpin Pernah suatu ketika Presiden Amerika Syarikat yang ke- 34, Dwight D. Eisenhower berkata, “the supreme quality for leadership is unquestionably integrity. Without it, no real success is possible, no matter whether it is on a section gang, a football field, in an army, or in an office.” Sama ada di medan pertempuran selaku jeneral mahupun di White House, beliau bersandarkan kepada pegangan ini. Sehingga ke hari ini petikan itu menjadi sebahagian daripada kata- kata hikmah bagi mereka yang membicarakan siapa yang seharusnya menggerakkan usaha pembudayaan integriti.

Etika dan Nilai

Etika ialah himpunan norma serta piawai moral yang menjadi dasar integriti seseorang. Ia berperanan sebagai kod tingkah laku yang menjadi garis panduan bagi menentukan bagaimana sesuatu konflik yang dihadapi individu dapat diselesaikan atau ditangani untuk mengoptimumkan faedah atau manfaat bagi individu dan orang ramai dalam kehidupan bersama. Nilai pula merupakan satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Ia memberikan kriteria bagi menentukan baik dan buruk yang diingini dan tidak diingini. Nilai seseorang atau sesuatu kelompok dipengaruhi oleh budaya dan agama. Integriti Individu Di peringkat individu, integriti adalah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang- undang, serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.

Disember 2018 PELANCAR Disember 2018 PELANCAR

47

47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease