Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Dalam konteks koperasi, bagi memperkukuhkan penghayatan budaya berintegriti, ‘Seminar Memperkasa Integriti Koperasi, Keperluan Standard dan Pematuhan di peringkat Kebangsaan’ adalah jawapan kepada pengukuhan ini. Seminar tersebut adalah sebagai salah satu langkah bagi memastikan integriti menjadi komponen penting dalam diri setiap anggota koperasi terutamanya pemimpin-pemimpin koperasi. Pupuk Sifat Integriti Pada Usia Muda Banyak telah diperkatakan tentang isu integriti dan ia adalah sinonim dengan masalah amalan rasuah atau sogokan tetapi ia juga merangkumi salah guna kuasa seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Keadaan ini juga tidak hanya terbatas kepada anggota-anggota

koperasi, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), organisasi koperasi, pemimpin-pemimpin belia, pemimpin-pemimpin masyarakat atau ahli-ahli politik semata-mata tetapi rasuah adalah sebahagian kecil sahaja dalam integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan banyak perkara lain yang menyalahi konsep integriti yang perlu diperbetulkan. Amat penting untuk setiap lapisan masyarakat memahami konsep integriti secara menyeluruh kerana ia mampu mengelak salah laku atau salah guna kuasa yang boleh mencalar imej individu, jabatan atau agensi terlibat, Anis Yusal Yusoff (2017). Dalam menangani isu yang membabitkan salah laku dan salah guna kuasa ini, amat bertepatan sekali langkah yang diambil oleh INTEGRITI selaras dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Secara keseluruhannya, integriti boleh dibawa erti sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu dalam individu serta organisasi. Integriti mempunyai hubungan yang erat berlandaskan etika dalam tindakan seharian. Etika merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Budaya kerja pula merujuk kepada nilai, kepercayaan, sikap, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaannya. Dalam konteks integriti ia bukan hanya memberi tumpuan kepada isu-isu rasuah sahaja, malah merupakan satu konsep yang lebih besar seperti melibatkan amalan budaya kerja yang menuntut amalan berintegriti seperti integriti dalam ketepatan waktu, penyampaian maklumat, memberi perkhidmatan yang terbaik, hubungan dengan ketua jabatan, rakan sekerja, kakitangan sokongan dan orang ramai.

STRATEGI PEMANTAPAN INTEGRITI

1.

Integriti Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara kes- eluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Integriti Individu Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang diamalkan diantara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Seseorang dikatakan berintegriti apabila dia bertindak atau bertingkah laku sedemikian secara konsisten dalam pelbagai segi. Integriti Anggota Koperasi Integriti anggota koperasi merujuk kepada apabila seseorang menjawat apa- apa sahaja jawatan yang diamanahkan dalam koperasi beliau perlu bertindak secara amanah kepada kuasa dan tugasnya, telus, tulus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti, patuh kepada undang-undang dan peraturan berkuat- kuasa. Apabila berlaku konflik kepentingan, keutamaan harus diberikan kepada kepentingan koperasi. Integriti Koperasi Integriti koperasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota koperasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya koperasi. Ini bermakna sekiranya seseorang anggota koperasi berintegriti tinggi, maka secara langsungnya integriti koperasi juga akan meningkat.

2.

3.

4.

Rujukan

l Ayee J. Ethics in the Public Service (1998). A paper delivered at the Second Pan – African Conference of the Ministers of Civil Service, Rabat, Morocco. l Community Oriented Policing Services (COPS Office) (2014) Ethics and integrity. 2014. United State : U.S. Department of Justice, United State. [Cited 7/1/2016].

l Jabatan Perangkaan Negara (2001-2004) Percetakan Nasional, Kuala Lumpur.

l Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir, Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman, Hanina Halimatus Saadiah Hamsatun (2007) Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

48 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease