Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Tingkat Aktiviti Koperasi Di Sekolah Oleh : NADIAH KAMARUDIN

Aktiviti koperasi seharusnya dilihat sebagai membantu sesebuah negara untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan mereka dan bukannya menjadi punca kepada berlakunya masalah keciciran atau ketinggalan dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam aktiviti koperasi di sekolah.

» Gabenor Pendidikan Bandar Sejong, Mr. Choi Gyo Jin (lima dari kiri) melihat cenderamata kenangan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (empat dari kanan). Turut menyaksikan ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Mohd Shukree Che Isa.

Demikian antara beberapa perkara yang diutarakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’Haji Kamarudin Ismail sewaktu menjawab persoalan tentang kerisauan pihak-pihak tertentu di Korea yang diutarakan oleh delegasi Pejabat Pendidikan Bandar Sejong, Korea Selatan sewaktu mengunjungi ANGKASA, 7 November lalu. Katanya, dengan perancangan yang tersusun

dan strategik oleh pihak pentadbiran sekolah, isu aktiviti koperasi yang dianggap sebagai mengganggu pembelajaran pelajar pasti tidak akan timbul. Beliau juga turut menjemput delegasi untuk melawat ke beberapa koperasi sekolah di Malaysia bagi melihat sendiri operasi koperasi sekolah terbabit. Gabenor Pendidikan Bandar Sejong, Mr. Choi Gyo Jin yang mengetuai delegasi turut memaklumkan bahawa bandar tersebut sedang dalam perancangan untuk meningkatkan

» Delegasi turut mengambil peluang melihat produk-produk koperasi yang dijual di Pusat Khidmat Usahawan.

aktiviti berasaskan koperasi di sekolah inovatif mereka. Berbeza dari sekolah biasa, sekolah inovatif di Korea Selatan mempunyai kebebasan untuk menentu dan melaksanakan kurikulum mereka sendiri. Pada tahun 2017, terdapat lebih dari 1,170 sekolah inovatif di seluruh negara tersebut.

Disember 2018 PELANCAR

49

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease