Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Perhimpunan Bank Perkreditan Rakyat Indonesia Kagum Pendekatan Sistem Potongan Gaji ANGKASA Lawatan PERBARINDO Ke ANGKASA Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ ANGKASA menerima kunjungan delegasi Perhimpunan Bank Perkreditan Rakyat Indonesia (PERBARINDO) seramai 35 orang yang diketuai oleh Encik Mukmin Pundi pada awal November lalu.

Kehadiran mereka ke ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya turut diiringi wakil Koperasi Bank Pertama iaitu Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Dzarfan Khalid. Kehadiran mereka disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh. Beliau turut menyampaikan taklimat mengenai gerakan koperasi di Malaysia, selain agensi-agensi yang terlibat dalam membantu memperkasa pembentukan ekonomi gerakan koperasi. Taklimat juga berkisar sekitar peranan ANGKASA di peringkat Malaysia, ASEAN, ICA Asia Pasifik serta ICA Global. Peserta turut dimaklumkan mengenai projek ternak lembu dalam gerakan koperasi yang melibatkan Negara Korea dan China. Rata-rata peserta rombongan menunjukkan minat terhadap Sistem Potongan Gaji yang dijalankan oleh ANGKASA untuk kakitangan awam dan lain-lain pelanggan. Encik Mukmin Pundi dan peserta rombongan amat menghargai perkongsian mengenai sistem tersebut oleh pihak ANGKASA, selain tertarik dengan taklimat mengenainya.

Mereka berasa kagum dengan perkhidmatan yang disedia dan digunapakai oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA, dalam memudahkan urusan pembiayaan koperator dengan pihak koperasi. Terdahulu, peserta dibawa melawat Pusat Khidmat Usahawan dan Muzium Koperasi Malaysia.

» Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Encik Mukmin Pundi disaksikan Encik Mohd Dzarfan Khalid.

» Delegasi PERBARINDO merakam kenangan di Bangunan Wisma Ungku A. Aziz.

50 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease