Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Bantu Murid Mahir Sifir Dalam Dua Hari Program Key 2 Maths

» Seramai 50 peserta anak-anak koperasi mengikuti Program Key 2 Maths yang diadakan di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, ANGKASA, Kelana Jaya.

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Sebagai langkah bagi mengatasi masalah pendaraban yang menghalang dalam tahun sumatif mereka. ANGKASA mengambil inisiatif mengadakan Program Key 2 Maths untuk anak-anak k anggota koperasi. Sifir adalah kunci asas dalam subjek Matematik dan Global Children Network Sdn Bhd (GCN) telah mencipta pendekatan baharu tentang cara anak-anak seawal tujuh tahun dan ke atas agar dapat menghafal sifir dalam cara yang menyeronokkan dan dengan kaedah yang mudah. Ia akan memaparkan potensi anak-anak dalam mata pelajaran lain kepada minda positif iaitu “Saya Boleh Melakukannya”. Kaedah pengajaran adalah berdasarkan kepada penglibatan kanak-kanak melalui gambar, cerita, pemikiran logik dan sebagainya. Kini, pelajar boleh melakukannya dalam masa dua hari sahaja, melalui kaedah Program Key 2 Maths . Kesukaran menghafal darab mampu diatasi dalam masa dua hari secara kejurulatihan intensif. Hasilnya, kompetensi sifir dapat meningkatkan tahap keyakinan kendiri mereka. Pengasas dan Ketua Tenaga Pengajar GCN, Puan Filis Freda Pereira berkata, terdapat 13 topik berhubungkait sifir dalam modul pembelajaran. Memahami sifir akan memudahkan proses pembelajaran 13 topik dengan berkesan. Pendedahan tersebut, secara tidak langsung akan membuat pelajar dan anak-anak minat pada subjek Matematik. Ramai anak yang mengeluh apabila memikirkan masalah pendaraban, minda buntu apabila cuba mendarab, melakukan pendaraban dengan mengira jari. Mereka sukar menghafal sifir sehingga bertahun-tahun, sukar memberi tumpuan pada subjek Matematik dan mempunyai set minda yang mereka tidak mampu melakukannya.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Program Key 2 Maths .

Program intensif Key 2 Maths itu berlangsung selama 17 jam. Pihak GCN berkongsi ilmu bagaimana anak-anak dapat menjadi semakin mahir dan yakin dalam pembelajaran sifir. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah berkata, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian para peserta pada program yang julung kali diadakan itu. Menurut beliau, sudah menjadi prinsip ANGKASA iaitu mengutamakan pendidikan dalam kalangan anak-anak anggota dan masyarakat amnya, supaya terus maju dan cemerlang. Beliau percaya, program yang baik mampu menghasilkan keluaran yang baik. Sehubungan itu, ANGKASA sedia membantu memperkenalkan program tersebut kepada masyarakat, memandangkan subjek Matematik merupakan antara subjek yang sukar difahami tanpa sifir. Produk Key 2 Maths itu, sesuai dipromosi dalam kalangan pelajar untuk membantu pelajar mendapat markah cemerlang dalam subjek Matematik khasnya. Justeru, ibu bapa harus memberi galakan bahawa anak-anak mereka sangat pandai, cuma perlu mendalami pembelajaran sifir. Turut hadir ialah Mentor program, Prof Datin Dr Norlinah Mohamed Ibrahim; Pengurus Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA, Haji Halim Haji Mahmud serta ibu bapa peserta program.

Disember 2018 PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease