Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama barisan ALK Koperasi Usahawan Bunga-Bungaan, Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Berhad. Turut di gambar ialah Puan Norizah Abdullah (berdiri empat dari kanan) Encik Mohd Khalil bin Tik (duduk dua dari kiri).

Pesta Bunga Cameron Highlands Koperasi Disaran Anjur

» Encik Lee Peng Fo Pengerusi koperasi

Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI

Koperasi Usahawan Bunga-Bungaan, Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Berhad dicadang supaya dapat menganjurkan pesta bunga di Cameron Highlands sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunannya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi koperasi dan masyarakat setempat khususnya di Cameron Highlands.

» Bendahari koperasi, Encik Wong Seng Yee mewakili Pengerusi koperasi menyampaikan ucapan aluan.

» Sebahagian daripada anggota koperasi yang hadir.

Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Haji Abdullah ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama koperasi tersebut di Brinchang, Cameron Highlands berkata, kepesatan aktiviti pelancongan di samping populariti Cameron Highlands itu sendiri sebagai destinasi yang terkenal dengan keindahan flora dan faunanya dilihat sebagai satu kesempatan yang perlu diteroka dan diperkasakan oleh koperasi tersebut. Selain yakin program tersebut mampu mencapai matlamat dan menjana perolehan koperasi, pesta itu juga dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada lebih banyak peluang ekonomi baharu seperti menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara ke Cameron Highlands serta meningkatkan kuantiti

eksport bunga, sayuran dan juga buah-buahan tempatan. Setakat ini, produk bunga keluaran usahawan koperasi berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Jepun. Menurut beliau lagi, Koperasi Usahawan Bunga-Bungaan, Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Berhad sememangnya mempunyai keupayaan dalam menyediakan prasarana penganjuran seumpama itu kerana rata-rata daripada kalangan anggotanya terdiri daripada usahawan bunga secara langsung dan berkemahiran. Beliau juga turut menasihatkan koperasi tersebut agar dapat meningkatkan lagi infrastruktur koperasi selain mempelbagaikan aktiviti perniagaan yang berimpak tinggi seperti perhotelan dan gedung niaga koperasi.

58 PELANCAR Disember 2018 58 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease