Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

» Projek tanaman bunga dan sayuran yang diusahakan oleh usahawan koperasi.

Turut hadir dalam majlis perasmian mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Puan Norizah Abdullah yang mewakili Pengerusi JPAN Pahang Zon 3; Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3, Hajah Rokiah Zamzam dan wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang, Encik Mohd Khalil bin Tik. Koperasi Usahawan Bunga-Bungaan, Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Berhad ditubuhkan atas inisiatif anggotanya yang terdiri daripada kalangan usahawan untuk menjalin kesepakatan dalam meneroka peluang perniagaan di samping mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai isu berkaitan aktiviti agrotani yang dijalankan seperti masalah pengurusan tanah pertanian, pengeluaran, pekerja, pencemaran alam sekitar, kesesakan, lesen dan penggunaan teknologi baharu.

» Bunga yang diproses untuk dieksport.

Disember 2018 PELANCAR

59

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease