Selaras dengan motto yang dibawa oleh beliau sendiri iaitu ‘Memperkasa Agenda Keusahawanan Mahasiswa’, pendekatan berkoperasi melalui KOSISWA dilihat sebagai platform tepat dan lebih terarah bagi memberi
Beliau kemudiannya mendalami ilmu berkoperasi sewaktu menuntut di SMU Maahad Muhammadi di Kota Bharu dan di SMK Tanah Merah 1 sebelum melangkah ke pusat pengajian tinggi di UiTM Shah Alam, Selangor. Ahmad Naqiuddin yang juga merupakan bekas Yang Dipertua
pendedahan dan pengetahuan terhadap nilai-nilai keusahawanan dalam diri selaras dengan falsafah dan prinsip yang ditunjangi oleh koperasi itu sendiri. Menerusi KOSISWA, setiap mahasiswa yang terlibat akan berpeluang menimba pelbagai ilmu dan pengalaman secara lebih spesifik tentang pengurusan perniagaan yang berskala besar. Selain itu, mereka juga akan lebih terdedah dengan selok-belok ekonomi dan keupayaan untuk mengharungi segenap aspek yang terkandung di dalamnya seperti tadbir urus perakauanan, rantaian perniagaan serta merangka strategi pemasaran yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Semua kelebihan yang dikecapi itu mampu memberikan ‘ learning process ’ yang lebih diyakini untuk memimpin mahasiswa mengharungi masa depan dengan lebih gemilang sama ada dalam lapangan kerjaya mahupun keusahawanan. Ahmad Naqiuddin yang berasal dari Kelantan mula terpanggil untuk mengenali apa itu koperasi setelah sering mengikut ayahnya iaitu seorang guru yang aktif menyertai pelbagai aktiviti koperasi di sekolah.
(YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam memberi peluang kepada mahasiswa termasuk alumni UiTM agar tampil menyertai Kelab KOSISWA ýang diuruskan oleh Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad tanpa dikenakan sebarang bayaran. Pendekatan kelab tersebut katanya adalah sebahagian daripada strategi KOSISWA untuk membantu mereka yang berminat dan memberi tunjuk ajar selain membentuk jati diri mereka dalam dunia keusahawanan. Tahun lalu sahaja, Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad yang menaungi lima cawangan UiTM sekitar negeri Selangor iaitu di cawangan Shah Alam, Puncak Perdana, Sungai Buloh, Dengkil dan Selayang telah berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM3.7 juta hasil urusniaga yang dijalankan. Antaranya adalah seperti aktiviti peruncitan, dobi, kafeteria, percetakan, mesin layan diri termasuk lima buah ‘Cellarium Store’ yang menjalankan perkhidmatan logistik dan penyimpanan barangan. Pada tahun 2019, koperasi berhasrat untuk menyertai aktiviti perniagaan berimpak tinggi seperti hartanah dan jualan gudang sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan jumlah pendapatan koperasi sekaligus memberi manfaat sosioekonomi kepada seluruh anggotanya.
PROFIL
Nama
Ahmad Naqiuddin bin Mohamad
Umur
25 tahun
Kedudukan Dalam Koperasi
Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad (Akhir 2017 hingga sekarang)
Pendidikan
1. Sarjana Muda Perakaunan. UiTM (2017) 2. Sarjana Komunikasi Massa. UiTM (Semester Akhir)
Ahmad Naqiuddin
Disember 2018 PELANCAR
61
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease