SYAIR KOPERASI Disyairkan dalam acara Genta Puisi Koperasi/Penyair pada 9 Oktober 2018 di Auditorium ANGKASA
Dengarlah tuan syair kudendang, Pusaka dahulu gilang gemilang, Pesan dan nasihat ada di dalam, Jadi pedoman semua orang. Hidup ini tiada bermakna, Jikalau tidak berkerjasama, Harta yang banyak apalah makna, Ke jalan Allah tidak diguna. Baiklah kita bantu membantu, Konsep koperasi ada di situ, Tolong menolong sambil bersatu, Hidup bahagia sudahlah tentu. Janganlah risau rezeki sedikit, Bila dicantum menjadi bukit, Bijak diurus saling berkait, Akhirnya untung ribuan ringgit. Dari dahulu hingga sekarang, Kebersamaan yang kita julang, Ia senjata bukan kepalang, Bina tamadun dengan cemerlang. Apa gunanya banyak berhujah, Jika hidup penuh musibah, Lebih baik maju selangkah, Perkukuh ekonomi usah berbalah. Hidup ini penuh cabaran, Amalkan juga konsep perpaduan, Di situ kunci segala kejayaan, Sudah terbukti zaman berzaman. Tabik encik tuan dan puan, Berganding bahu kita amalkan, Pentingkan diri kita hindarkan, Silatulrahim kita raikan.
» Roslan Madun ketika menyampaikan syair.
Karya : Roslan Madun
Disember 2018 PELANCAR
65
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease