Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail mewakili Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Haji Abdullah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Kanan (Domestik dan Acara), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Dr. Ammar A. Ghapar manakala penerima bagi Anugerah Emas Koperasi Hotel pula diwakili Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan ANGKASA. Majlis berprestij tersebut yang berlangsung di Seri Kembangan, Selangor pada 31 Oktober lalu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah berkata, penggiat industri pelancongan perlu menjadikan produk pelancongan tempatan supaya lebih menarik dan berinovatif agar Malaysia lebih dikenali dan mampu menjadi sebuah destinasi pelancongan yang hebat. Tambahnya, pengusaha pelancongan tempatan juga harus mempunyai perancangan strategik bagi menarik pelancong asing ke negara ini di samping bersedia menawarkan pakej-pakej pelancongan yang terbaik bagi memenuhi cita rasa pelancong.

» Sesi bergambar pemenang-pemenang Anugerah ‘MTC Gold Awards 2018’.

Beliau turut menjelaskan betapa pentingnya pengusaha pelancongan agar sentiasa memberi nilai tambah dan kelainan kepada tawaran masing-masing di samping meningkatkan promosi agar lebih menarik, komprehensif dan berdaya saing. “Industri pelancongan menjadi penyumbang pertukaran asing kedua terbesar kepada negara dengan mencatatkan ketibaan 25.9 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM82.2 bilion tahun lepas. Insya-Allah, kita akan mencapai sasaran 26.4 juta ketibaan pelancong tahun ini dan akan menyasarkan kehadiran lebih 30 juta pelancong menjelang tahun 2020,” katanya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi; Pengarah Kanan (Domestik dan Acara) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Dr. Ammar A. Ghapar; Presiden Majlis Pelancongan

» Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

ANGKASA berjaya meraih Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan yang disampaikan oleh Presiden MTC, Encik Uzaidi Udanis kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

Malaysia, Encik Uzaidi Udanis dan Pengerusi Penganjur Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2018, Dato’ Noor Zaleha Baharudin. Pada majlis sama yang berlangsung di Kuala Lumpur, November tahun lalu,

Disember 2018 PELANCAR

5

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease