Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menerima Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan bagi pihak ANGKASA yang disampaikan oleh Presiden MTC, Encik Uzaidi Udanis.

Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan ANGKASA amat berbesar hati dengan

penjagaan diri dan kesihatan di bawah satu jenama seperti CoopHotel, Coopstay, CoopSpa, CoopDIalisis, CoopFarmasi dan CoopTravel bagi melambangkan keseragaman dalam industri. Selain itu, SPPDK juga berusaha mewujudkan pakej yang seragam antara jaringan hotel, homestay, spa, pelancongan koperasi sekolah, dialisis, farmasi dan pelancongan serta melibatkan perkhidmatan hiliran dan huluan seperti spa, ejen pelancongan, pengangkutan, pertunjukan kebudayaan, cenderamata dan sebagainya. SPPDK juga dalam usaha mewujudkan satu rangkaian pembekalan berpusat yang

penerimaan anugerah yang disampaikan pada Majlis Pelancongan Malaysia ini. Sebagai badan puncak koperasi di Malaysia, ANGKASA telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memajukan sektor pelancongan koperasi lebih-lebih lagi di peringkat sekolah dengan penjenamaan Inter School Cooperative Tourism of ANGKASA (CoopISTAC) melibatkan 99 buah sekolah di seluruh negara yang turut dikenali koperasi- koperasi luar negara. Melalui Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA (SPPDK), pelbagai objektif telahpun dilaksanakan seperti menyatukan semua koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan,

membekalkan keperluan seperti tuala, sabun, syampu, selimut, air mineral dan sebagainya kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam jaringan serta meningkatkan hubungan kerjasama koperasi dengan kementerian, agensi-agensi kerajaan, badan-badan profesional, agensi-agensi pembiayaan dan sebagainya.

6 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease