PRAKATA Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Presiden ANGKASA
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat datang ke ANGKASA. S ebagai Badan Apeks Gerakan Koperasi di Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA mempunyai peranan dan tangungjawab yang besar bagi membantu koperasi ahli membangun dan merangsang perniagaan mereka. Usaha tersebut yang telah dilakar sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1971, terus bergerak merentasi zaman dan sehingga kini, usaha murni yang telah dan sedang dijalankan telah banyak membantu merancakkan aktiviti ekonomi sektor-sektor perniagaan koperasi sekaligus memanfaatkan lebih 10 ribu koperasi yang bernaung di bawah ANGKASA. Kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan oleh barisan kepimpinan serta warga kerja ANGKASA terus ditambah baik menerusi pelbagai inisiatif selaras dengan pembangunan sosioekonomi negara. Banyak pembaharuan telah dibuat terutamanya dalam aspek pengurusan perniagaan melibatkan penggunaan inovasi baharu dan teknologi yang lebih efektif serta menjimatkan. Seiring dengan matlamat Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) yang dirangka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Keusahawanan menjelang tahun 2030, ANGKASA mahu memastikan salah satu daripada lima objektif dasarnya iaitu ‘mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi’ tercapai menerusi usaha dan kerjasama ekonomi yang lebih komprehensif dan menyeluruh. Usaha tersebut juga bertepatan dengan strategi yang digariskan oleh kerangka DKN itu sendiri melalui Teras Strategik ke-3 iaitu ‘Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu dan Holistik’ yang mahu koperasi berperanan sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif. Justeru, penglibatan ekonomi yang digarap melalui kerjasama secara langsung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) termasuk badan-badan apeks koperasi dari serata dunia mampu merubah landskap ekonomi koperasi sekaligus memberi impak positif kepada masa depan gerakan koperasi Malaysia dalam jangka masa panjang. Terbitan ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada koperasi terhadap kelebihan menjadi ahli ANGKASA. Kemudahan serta faedah yang disediakan melalui cabang-cabang perkhidmatan, sektor perniagaan dan jaringan ANGKASA ini juga diharap dapat membantu menyemarakkan pencapaian pengurusan dan berupaya melancarkan aktiviti perniagaan koperasi.
DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH
Edisi Khas PELANCAR
1
KANDUNGAN EDISI KHAS 2019
01 Prakata 04 Sejarah Penubuhan ANGKASA 05 Peranan / Teras / Visi / Misi ANGKASA 06 Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA 10 Penasihat Korporat Pengurusan Tertinggi ANGKASA 11 Pelan Strategik ANGKASA 2017 -2050 PERKHIDMATAN 14 Program Pendidikan Dan Pengembangan 15 ARC Badan Penyelikan Pensijilan Koperasi 16 Sijil Pematuhan Syariah 18 Infaq Lil-Waqf 19 Wakil Amil Zakat Koperasi 20 Aplikasi Mudah Ahli PELANCAR 21 Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI (SPeKAR) 22 Sistem Pendaftaran Mesyuarat Agung Koperasi 23 Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA (SKUDA) 24 Sistem eUndi ANGKASA 25 Program Bengkel Pembangunan ICT Koperasi 26 Portal e-Dagang eniaga.coop 27 Perkhidmatan SPBA / MYSPBA
18
14
22
SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI 30 Sektor Pembangunan
35
Perkhidmatan Kewangan 32 SektorPemborongan Dan Peruncitan ANGKASA 34 Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan (SPPDK) 36 Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani 38 Sektor Perladangan 40 Sektor Pembangunan Hartanah 42 Sektor Inovasi Dan Teknologi 44 Sektor Pembangunan Komuniti
38
40
2 PELANCAR Edisi Khas
JARINGAN 47 MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 48 MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB)
49 MyANGKASA Services Sdn. Bhd. / MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. 50 MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. / MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. 51 KOPSYA 52 Coop Farmasi 53 Yayasan ANGKASA PROJEK KHAS 55 Coop Umrah ANGKASA / Redcoop 56 Kejohanan Petanque ANGKASA Ekspo Produk Dan Perkhidmatan Koperasi (MACCOPS) 57 Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Inter School Co-operative Tourism of ANGKASA (ISTAC) 58 Ikrar Integriti / Tanggungjawab Sosial Koperasi 59 Projek Heifers Park / Konsortium Koperasi PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
61 ANGKASA Di Pentas Antarabangsa 62 ASEAN Co-operative Organization 63 Coop Malaysia Update
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman
Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz
56
Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor Pemberita/ Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
@ANGKASACoop
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Edisi Khas PELANCAR
3
SEJARAH PENUBUHAN ANGKASA
Hasrat untuk membentuk sebuah badan gabungan induk dalam gerakan koperasi di Malaysia telah bermula sejak tahun 1958 dan susulan daripadanya, satu inisiatif dibentuk menerusi pembentukan sebuah Jawatankuasa Khas Penubuhan Persatuan Kerjasama dalam Kongres Kerjasama Pertama pada November 1966 dan disusuli dengan perbincangan selanjutnya semasa Kongres Kerjasama Kedua pada Mac 1971. Hasilnya pada 12 Mei 1971,Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA telah didaftar di bawah Ordinan Koperasi 33/1948 dan telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertama pada 31 Julai tahun yang sama bagi membincangkan pelbagai usul dan cadangan selain melantik Ahli- Ahli Jawatankuasa di peringkat kebangsaan dan negeri.
ANGKASA menerima pengiktirafan daripada kerajaan sebagai Wakil Gerakan Koperasi Malaysia pada 22 Januari 1972 dan meminda namanya kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad pada tahun 1975. Seiring dengan peranannya sebagai badan yang mewakili gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,ANGKASA terus bergerak aktif dengan Visi ‘Untuk Menjadi Badan Apeks Pemangkin Pembangunan Koperasi Terunggul Di ASEAN Menjelang 2020’ selain memenuhi Misi ‘Untuk Menyediakan Produk Dan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Serta Melindungi Kepentingan Dan Memperjuangkan Hak Gerakan Koperasi Melalui Pengurusan Yang Profesional’.
4 PELANCAR Edisi Khas Edisi Khas
PERANAN ANGKASA - Menyatu dan mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. - Merangsang dan membangun- kan perniagaan koperasi. - Meningkatkan kefahaman dan pengalaman nilai serta prinsip koperasi tulen selaras dengan Kenyataan Jati Diri Koperasi. VISI ANGKASA Menjadi badan apeks pemangkin pembangunan koperasi terunggul di ASEAN menjelang 2020.
TERAS ANGKASA Pemerkasaan sektor koperasi oleh ANGKASA disokong oleh teras-teras yang berpaksikan kepada Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 melalui 8 Sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi, perkhidmatan-perkhidmatan ANGKASA dan jaringan koperasi di peringkat nasional dan global. ANGKASA sebagai Badan Apeks Koperasi Negara yang mewujudkan jaringan perniagaan berdasarkan Sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi akan sentiasa mengukuhkan tadbir urus, modal insan dan memperkasa integriti koperasi bagi melestarikan Gerakan Koperasi Negara.
MISI ANGKASA
Menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi melalui pengurusan yang profesional.
Edisi Khas PELANCAR Edisi Khas PELANCAR
5
JAWATANKUASA TADBIR KEBANGSAAN ANGKASA (JTK)
PRESIDEN DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH
TIMBALAN PRESIDEN DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL
NAIB PRESIDEN DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN
NAIB PRESIDEN DR MOHD AZLAN YAHYA
NAIB PRESIDEN DATO' HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA
NAIB PRESIDEN PROF. MADYA DATO’ DR HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK
WAKIL KEMENTERIAN
WAKIL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
PUAN SUZANA ALIAS WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN
JTK YANG JUGA PENGERUSI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI (JPAN)
SABAH DATUK HAJAH NORAINI DATUK SERI PANGLIMA HAJI SALLEH
PERAK HAJI MOHD ROSLI HAJI BASRI
PAHANG ZON 1 HAJI MOHD. ZAHIDI HAJI HUSSAIN
PAHANG ZON 2 HAJI MANSOR AB. RAHMAN
PAHANG ZON 3 DATO’ SYED ALI SYED MOHAMMAD
6 PELANCAR Edisi Khas
TERENGGANU HAJI MOHAMED YUSOFF
NEGERI SEMBILAN DATO’ HAJI IBRAHIM HAJI ABDULLAH
PULAU PINANG HAJI MOHD JAMIL OTHMAN
PERLIS HAJI SAHIMI SHARI
SARAWAK ENCIK WAN AZIZAN WAN ZAINAL ABIDIN
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Yang Dijemput Hadir
SELANGOR DATO’ HAJI MOHD ALIAS HAMZAH
MELAKA HAJI MUSLIM MD. SHAH
JOHOR HAJI SAZALI ABD. HAMID
WILAYAH PERSEKUTUAN HAJI ZULKIFLI JAMALUDIN
KEDAH HAJI WAN IBRAHIM WAN JUSOH
KELANTAN ENCIK WAN MOHAMAD ZAIN WAN ABDULLAH
NOTA: Pengerusi JPAN Melaka, Johor, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan tidak menjadi Ahli JTK kerana telah diwakili oleh Timbalan Presiden dan Naib Presiden. (UUK 36(1)(b)(c)(d) manakala menurut UUK 84( I )(ii)(aa) - ketiga-tiga Pengerusi JPAN Pahang boleh hadir dalam Mesyuarat Lembaga ANGKASA dengan syarat hanya seorang Pengerusi JPAN boleh mengundi secara bergilir-gilir mengikut gilirannya. Pengesahan Pengerusi JPAN Selangor akan dibuat di PKTA ke - 35 tahun 2020.
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) ANGKASA
HAJI ZAHARUDDIN ALIAS DATO' SHAHARUDIN
DR. AINUDDIN BAHARI
ENCIK MUHAMMAD SALIM MD. DOM
ENCIK ZAINI SA’AD
PENGERUSI MOHD. SA'AD
7 Edisi Khas PELANCAR 7 PELANCAR
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) berfungsi sebagai Badan Perhubungan ANGKASA dengan koperasi ahli di negeri yang terlibat. Selain bertindak sebagai wakil kepada ANGKASA Pusat dalam pelaksanaan aktiviti rangsangan ekonomi koperasi, JPAN juga turut berperanan memastikan kebajikan koperasi ahli sentiasa terjaga.Tadbir urus JPAN diketuai Pengerusi dan barisan Ahli Jawatankuasanya selain turut dibantu oleh sebilangan warga kerja yang sentiasa komited memberi perkhidmatan terbaik kepada koperasi ahli. ALAMAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI ( J PAN ) B B B JOHOR DARUL TAKZIM KEDAH DARUL AMAN KELANTAN DARUL NAIM
Pejabat ANGKASA Kelantan Lot 321, Seksyen 12, Jalan
Pejabat ANGKASA Kedah No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel. : 04-7300 378 Faks : 04-730 7717 E-mel : jpn_kedah@angkasa.coop
Pejabat ANGKASA Johor No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-2384 457 Faks : 07-235 4584 E-mel : jpn_johor@angkasa.coop
Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim. Tel. : 09-747 5472 (P) Faks :09-7437771 E-mel : jpn_kelantan@angkasa.coop
B
B
B
Pejabat ANGKASA Negeri Sembilan No. 21, Tingkat 1, Jalan PPP3 Pusat Perdagangan, Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. H/P : 018-2725471 E-mel : jpn_nsembilan@angkasa.coop NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Pejabat ANGKASA Pahang Zon 1 Bangunan ANGKASA, B268 Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel. : 09-513 0246 Faks : 09-513 0869 E-mel : jpn_pahang1@angkasa.coop PAHANG DARUL MAKMUR ZON 1
MELAKA
Pejabat ANGKASA Melaka No. 48-1, Jalan KF 4, Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel. : 06-234 4682 Faks : 06-234 7371 E-mel : jpn_melaka@angkasa.coop
8 PELANCAR Edisi Khas
B
B
B
PAHANG DARUL MAKMUR ZON 2
Pejabat ANGKASA Pahang Zon 3 Lot P20, Tingkat 1, Blok A, Taman Bentong Prima, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur. Tel. : 09-223 4062 / 223 5062 Faks : 09-223 4309 E-mel : jpn_pahang3@angkasa.coop PAHANG DARUL MAKMUR ZON 3
Pejabat ANGKASA Perak No. 24 A & 26 A, Jalan Bestari B2 Medan Meru Bestari (Zon 5), Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel. : 05-527 5589 / 526 3278 Faks : 05-527 2034 E-mel : jpn_perak@angkasa.coop PERAK DARUL RIDZUAN
Pejabat ANGKASA Pahang Zon 2 No. 2, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2,
Bandar Semantan, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-296 5524 Faks : 09-296 5526 E-mel : jpn_pahang2@angkasa.coop
B
B
B
PERLIS INDERA KAYANGAN Pejabat ANGKASA Perlis No. 17 & 19, Jalan Satu Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar – Alor Setar, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan. Tel. : 04-979 9004 Faks : 04-979 9007 E-mel : jpn_perlis@angkasa.coop
PULAU PINANG
SABAH
Pejabat ANGKASA Pulau Pinang No. 1-B Tingkat 1, Lintang Sungai Tiram 5, Sunway Prima 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tel. : 04-644 7145 Faks : 04-6463145 E-mel : jpn_ppinang@angkasa.coop
Pejabat ANGKASA Sabah Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jalan Pantai Sembulan, 88582 Kota Kinabalu Sabah. Tel. : 088-244 543 Faks : 088-242 542 E-mel : jpn_sabah@angkasa.coop
B
B
B
SELANGOR DARUL EHSAN
TERENGGANU DARUL IMAN
SARAWAK
Pejabat ANGKASA Selangor No.105 C, Block C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,
Pejabat ANGKASASarawak Lot 433, Seksyen 65 Ktld, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. Tel. : 082-536 092 / 511 528 Faks : 082-536062 E-mel : jpn_sarawak@angkasa.coop
Pejabat ANGKASA Terengganu Lot 5126,Tingkat 1,Unit C1 (Block C), Dataran Emas, Jalan Sultan Sulaiman,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
20000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel. : 03-7880 7270 Faks : 03-7880 7281 E-mel : jpn_selangor@angkasa.coop
Tel. : 09-624 6703 Faks : 09-631 6514 E-mel : jpn_terengganu@angkasa.coop
B
WILAYAH PERSEKUTUAN
Pejabat ANGKASA Wilayah Persekutuan No.16, Jalan Lumut Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur. Tel. : 03-4043 2995 Faks : 03-4042 3995 E-mel : jpn_wp@angkasa.coop
Edisi Khas PELANCAR
9
PENASIHAT KORPORAT
PENASIHAT KORPORAT (SEKTOR KERAJAAN) DATUK AHMAD JAMIL HASHIM
PENASIHAT KORPORAT (SEKTOR KOPERASI) DATUK HAJI MD. YUSOF HAJI SAMSUDIN
PENASIHAT KORPORAT (SEKTOR KEWANGAN) PUAN RIHATUN ABDDAH MEOR ZAINAL ABIDIN
PENGURUSAN TERTINGGI
KETUA PEGAWAI KEWANGAN ENCIK SURESH KUMAR KAUR CHAND
TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN / KETUA PEGAWAI OPERASI KUMPULAN PERNIAGAAN KOPERASI DATO’ HAJI ABDULLAH HAJI JUSOH
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN HAJI NASIR KHAN YAHAYA
SETIAUSAHA EKSEKUTIF ENCIK MOHAMMAD ZAMRI HAJI YAACOB
KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI & PEMBANGUNAN INOVASI HAJI MOHD SOFIAN OSMAN
PENGURUSAN KANAN
PENGURUS BESAR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI, PELANCONGAN & KESIHATAN ENCIK AHMAD MARZUKI ISMAIL
PENGURUS BESAR BAHAGIAN PERLADANGAN
PENGURUS BESAR BAHAGIAN KEPIMPINAN MODAL INSAN & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN HAJI ANUAR BULIN
PENGURUS BESAR BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT/ PEGAWAI KHAS PRESIDEN ANGKASA HAJI BORHAN MAT ARIS
PENGURUS BESAR BAHAGIAN PENGURUSAN & PEMBANGUNAN SYARIAH HAJI AZHAR HAMZAH
PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI ENCIK HASNAN HAJI MUSTAPHA
PENGURUS BESAR BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO TADBIR URUS & INTEGRITI ENCIK MOHD ISMAIL IBRAHIM
PENGURUS BESAR BAHAGIAN HAL EHWAL ANTARABANGSA HAJAH ROSZURINA HAJI OMAR
PENGURUS BESAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN KREDIT & KEWANGAN ENCIK MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS
PENGURUS BESAR BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT HAJI NOORASHIDI NAZARI
PENGURUS BESAR BAHAGIAN PENGURUSAN STRATEGIK HAJI NOR AZMI ABD. JALIL
PENGURUS BESAR BAHAGIAN SEKRETARIAT ENCIK HALIM HAJI IBRAHIM
PENGURUS BESAR BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PENGURUS KANAN BAHAGIAN KOPERASI SEKOLAH HAJI HALIM MAHMUD
HAJI ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
10 PELANCAR Edisi Khas
PELAN STRATEGIK ANGKASA 2017 - 2050
Edisi Khas PELANCAR
11
PELAN STRATEGIK & PELAN TINDAKAN ANGKASA
Perkhidmatan Pembangunan
Kapasiti Pengurusan dan Sumber Manusia Usaha membantu kelancaran pengurusan terus disemarak dan diperkasa menerusi bidang-bidang perkhidmatan eksklusif yang disediakan oleh ANGKASA demi kemajuan tadbir urus koperasi.
PERKHIDMATAN ANGKASA
PROGRAM PENDIDIKAN DAN PENGEMBANGAN
1
Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan falsafah, nilai dan prinsip koperasi tulen dalam kalangan anggota koperasi, ANGKASA melaksana pelbagai program keilmuan melalui kursus dan latihan jati diri koperasi di seluruh negara. Pelaksanaan program tersebut juga adalah seiring dengan Kenyataan Jati Diri Koperasi dan Rekomendasi 193 Pertubuhan Buruh Antarabangsa PBB yang mengiktiraf koperasi sebagai alat pembangunan ekonomi, sosial dan budaya masyarakat Kemudahan pusat latihan di MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi (MAAR) juga adalah sebahagian daripada usaha ANGKASA dalam usaha untuk memberikan kemudahan prasarana kursus yang lebih kondusif dan selesa untuk dinikmati oleh koperasi ahli.
KURSUS & LATIHAN JATI DIRI KOPERASI
Koperasi Wanita
Koperasi Sekolah
ANGGOTA LEMBAGA
PELAJAR GURU KAKITANGAN IBU BAPA / PENJAGA
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN KAKITANGAN
Koperasi Dewasa
Koperasi IPTA/IPTS
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Pembangunan Keusahawanan Tel. : 03-7884 6666 Faks : 03-7803 2074 E-mel : hjanuar.angkasa@gmail.com
Haji Anuar Bulin Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan
Modal Insan & Pembangunan Keusahawanan
» MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi (MAAR).
14 PELANCAR Edisi Khas
PERKHIDMATAN ANGKASA
PERKHIDMATAN PENSIJILAN 2
ARC BADAN PENYELIDIKAN DAN PENSIJILAN KOPERASI
ARC adalah sebuah syarikat milik penuh/mewakili ANGKASA menjalankan kegiatan penyelidikan dan pensijilan, pemeriksaan dan ujian. ARC menyediakan pasarana untuk membangunkan standard mengikut produk koperasi dan khidmat pengauditan pematuhan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat. ARC juga turut menawarkan khidmat konsultansi dalam bidang dokumentasi mengikut standard ke arah pensijilan ISO. ARC telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 14 November 2018 dengan nombor pendaftaran 1303578-M setelah mendapat kelulusan Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 dan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 29 Ogos 2019 lalu. Proses Pensijilan Koperasi i. Latihan / kursus. ii. Pembangunan dokumen. iii. Perlaksanaan iv. Pengauditan. vi. Pensijilan ISO.
ANGKASA menubuhkan ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) pada November 2018 yang berperanan mengiktiraf koperasi untuk melaksanakan standard pengurusan ISO. Ia juga memudahkan proses mendapatkan pensijilan bagi mematuhi keperluan standard pada kos munasabah. ARC perlu terlebih dahulu mendapat Akreditasi ISO/IEC 17021-1 : 2015. Koperasi juga akan turut diberi latihan, bimbingan dan perundingan di bawah Program Amalan Kualiti Menyeluruh ke arah Pengiktirafan ISO. ANGKASA menggunakan sumber dalaman yang akan memberikan perkhidmatan secara profesional dan konsisten bagi membangunkan sistem pematuhan yang melindungi kepentingan pelanggan serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan koperasi berkualiti, menambah nilai dan diterima umum seperi berikut : a. Mengembangkan penggunaan Sistem Pengurusan Pematuhan (SPP) dalam pengurusan koperasi dan membantu tadbir urus koperasi secara lebih berkesan. b. Memudahkan koperasi-koperasi di Malaysia mendapatkan pensijilan ISO kompetetif secara relatifnya lebih menjimatkan berbanding dengan kos dalam industri. c. Meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap sistem pengurusan koperasi. d. Mendapat pengiktirafan produk koperasi dalam pasaran di Malaysia dan antarabangsa serta menggalakkan penambahbaikan untuk bersaing dalam pasaran komersial. e. Mendorongkan perniagaan diuruskan dengan lebih cekap dan produktif serta mengurangkan kesilapan dan kerja semula mengurangkan kos operasi, masa dan penggunaan sumber.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Encik Mohd. Ismail Ibrahim Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus &
Integriti (Tingkat 5) Tel. : 03-7800 7891 Faks : 03-7884 6444 E-mel : mail.angkasa@gmail.com
Encik Mohd Ismail Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti
Edisi Khas PELANCAR
15
PERKHIDMATAN ANGKASA
SIJIL PEMATUHAN SYARIAH 3
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyatakan hasrat untuk melihat lebih banyak koperasi yang patuh syariah khususnya dalam kalangan koperasi yang menawarkan kemudahan kredit supaya mendapat keberkatan dalam menjalankan urusan perniagaan. ANGKASA telah dilantik secara rasmi oleh SKM untuk bersama-sama memartabatkan Maqasid Syariah melalui “GP28: Garis Panduan Tadbir Urus Syariah”. (Surat SKM bertarikh : 22 November 2017) Koperasi yang mematuhi prinsip syariah mempunyai kelebihan seperti mampu menambah keyakinan anggota-anggota untuk melakukan transaksi dengan mereka. Secara tidak langsung juga berlaku promosi percuma secara meluas hasil daripada keyakinan anggota dan mereka turut merasai semangat jati diri Islam kerana pembayaran yang dibuat kepada koperasi bukanlah semata-mata untuk mendapat keuntungan duniawi, tetapi membina saham di akhirat. Melalui Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, koperasi boleh mendapatkan perkhidmatan Pematuhan Syariah yang membantu mereka agar transaksi dan aktiviti yang dijalankan selari dengan kehendak Syariah. Dari 2011 hingga 2018, sebanyak 281 buah koperasi yang mewakili 1,130 produk telah menerima Sijil Pematuhan Syariah. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh unit tersebut adalah seperti berikut: 1) Rundingan dan bimbingan Mengadakan perbincangan dan latihan serta semakan terhadap dokumentasi koperasi.
2) Sijil Pematuhan Syariah Memberikan pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah berdasarkan produk-produk koperasi yang patuh syariah. 3) Audit Pematuhan Syariah Audit syariah enam (6) bulan sekali dalam tempoh dua (2) tahun.
16 PELANCAR Edisi Khas
Gerak Kerja Pematuhan Syariah
Pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Syariah ANGKASA
Perbincangan dan konsultasi
Semakan dan cadangan kemaskini
Audit pematuhan syariah
Permohonan
Bermula Oktober 2018, perkhidmatan oleh Unit Pematuhan Syariah dikenakan “fi perkhidmatan” seperti jadual berikut:
Jadual Fi Perkhidmatan
Bil.
Fi Perkhidmatan
Keterangan / Keperluan
1.
RM2,000 – Empat (4) produk dan ke atas RM1,500 – Tiga (3) produk RM1,000 - Satu (1) dan dua (2) produk
Pemohon baru bermula Oktober 2018
2.
RM1,000
Pembaharuan Sijil Pematuhan Syariah dengan penambahan / penambahbaikan / pembaharuan produk sedia ada (setelah mendapat kelulusan JSA yang lepas) Pembaharuan Sijil Pematuhan Syariah tanpa penambahan / penambahbaikan / pembaharuan produk
3.
RM500
Pelaksanaan Pematuhan Syariah diteliti oleh tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA), Jawatankuasa Perkhidmatan dan Pengurusan Syariah Serta Integriti ANGKASA dan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan ANGKASA (tertakluk kepada keperluan). Unit Pematuhan Syariah turut menawarkan Sistem Tawarruq ANGKASA yang merupakan fasiliti atau kemudahan untuk koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti pembiayaan. Tawarruq didefinisikan sebagai satu bentuk jual beli yang melibatkan pembelian sesuatu barangan (komoditi) secara tangguh daripada satu pihak untuk dijual kepada pihak ketiga dengan harga tunai bagi mendapatkan wang tunai. Sistem ini juga merupakan instrumen patuh syariah yang komprehensif dan dinamik sejajar dengan keperluan Maqasid Syariah. Kelebihan-kelebihan Sistem Tawarruq ANGKASA adalah seperti berikut: 1) Semua rekod pembiayaan dan ‘ trading ’ disimpan di dalam pangkalan data secara automatik. 2) Sebagai penyedia sistem pembiayaan yang sangat komprehensif dan praktikal. 3) Patuh syariah dalam tempoh kurang 10 minit transaksi. 4) Menjimatkan ruang penyimpanan fail dan kertas (manual). 5) Zero NC Major dan minor. 6) Semua rekod pembiayaan dan ‘ trading ’ disimpan dalam pangkalan data secara automatik.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Pematuhan Syariah ANGKASA Tel. : 03 – 7884 6614 / 6616 / 6612 / 6673 / 6718 E-mel : sistemtawarruq@gmail.com
Haji Azhar Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah
Edisi Khas PELANCAR
17
PERKHIDMATAN ANGKASA
INFAQ LIL-WAQF 4
Sejajar dengan hasrat untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan sejahtera, satu instrumen telah diwujudkan oleh ANGKASA iaitu Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Secara ringkasnya, “Infaq” bermaksud sumbangan,“Lil” bermaksud untuk dan“Waqf” bermaksud wakaf. Kewujudan Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA juga selaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu “Berprihatin Terhadap Masyarakat.” Skim ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 5 Januari 2011 melalui surat bil. SKM.IP(UU)2622 Jld9(44) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 3 Disember 2010 melalui surat bil. (94) dlm MAIS/E/MAL/01/007/09. Penggunaan dana Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA diselia oleh Jawatankuasa Hisbah Lil-Waqf ANGKASA yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor. Jawatankuasa
tersebut juga turut menasihati Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Pengurusan ANGKASA untuk memastikan operasi Infaq Lil-Waqf menepati undang-undang dan kehendak syariah. Sumbangan yang diberikan ke Infaq Lil-Waqf ANGKASA dimanfaatkan untuk: • Menyediakan pusat penjagaan dan perlindungan seperti Pusat Jagaan Darul Sakinah. • Mewujudkan perkhidmatan kesihatan untuk pusat-pusat dialisis seperti menyumbang mesin dialisis dan menampung kos rawatan haemodialisis. • Membina pusat perniagaan koperasi. • Mewujudkan perkhidmatan penginapan / rumah rehat. • Menubuhkan institusi pendidikan.
Sumber sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA: • Anggota-anggota koperasi • Pelanggan-pelanggan Biro
Kaedah sumbangan:
• Potongan gaji (majikan / BPA) • Tunai / cek / wang pos • CIMB Cares • Langganan majalah bersama Stormreaders Network Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Perkhidmatan ANGKASA (BPA) • Koperasi-koperasi yang menjadi ahli ANGKASA
• Kakitangan koperasi • Kakitangan ANGKASA • Lain-lain
Sebarang pertanyaan mengenai Infaq Lil-Waqf ANGKASA boleh diajukan ke Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA melalui talian 03-7884 6674 / 6618 / 6767 / 6615 atau boleh melayari laman web rasmi, www.infaqlilwaqf.coop atau Facebook rasmi, @infaqlilwaqf.coop .
Haji Azhar Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah
18 PELANCAR Edisi Khas
PERKHIDMATAN ANGKASA
ZAKAT KOPERASI 5
WAKIL AMIL ZAKAT KOPERASI
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-13 yang bersidang pada 1 hingga 2 Februari 1985 telah memutuskan bahawa koperasi wajib mengeluarkan zakat bagi pihak anggota-anggotanya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 juga telah memutuskan bahawa syarikat yang bercampur pemegang saham muslim dan non-muslim dikenakan zakat bahagian muslim sahaja.
Untuk memudahkan koperasi menunaikan zakat perniagaan, ANGKASA telah mendapat lantikan wakil amil zakat perniagaan koperasi yang bertindak membuat taksiran dan kutipan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri bagi seluruh Malaysia. Sehubungan itu, koperasi boleh membuat bayaran zakat perniagaan melalui ANGKASA dan pegawai-pegawai dari Unit Pengurusan dan Pembangunan Zakat akan ‘turun padang’ ke koperasi untuk proses pengiraan zakat.
Gerak Kerja Perkhidmatan Zakat oleh ANGKASA
Serahan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri
Surat rasmi hasil taksiran
Janji temu kutipan zakat koperasi
Taksiran zakat
Rundingan
Antara saluran agihan zakat yang dijalankan oleh ANGKASA : Program Asnaf Zakat. Pusat Jagaan Anak Yatim. Program Pembangunan Insan ANGKASA (Taska). Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Kariah Masjid Muslim Kemboja.
Program Pembangunan Institusi Agama ANGKASA. Program Projek Pembangunan Koperasi ANGKASA. Program Pembangunan Koperasi Kaum Ibu dan Wanita. Program Projek Cuci Kereta Asnaf melalui Koperasi Kariah Masjid.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Pengurusan dan Pembangunan Zakat Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA di talian 03-7884 6689 / 6675.
Haji Azhar Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah
Edisi Khas PELANCAR
19
PERKHIDMATAN ANGKASA
Infoteks dan Kalendar Aktiviti Koperasi APLIKASI MUDAH ALIH PELANCAR 6
Pendekatan ‘INFOTEKS Aktiviti Koperasi’ dan ‘KALENDAR Aktiviti Koperasi’ membolehkan ANGKASA dan koperasi ahli berkongsi aktiviti mereka melalui aplikasi mudah alih PELANCAR secara percuma. Maklumat tersebut akan tertera secara teks (maksimum 20 patah perkataan). Koperasi hanya perlu mendaftar (sign up) terlebih dahulu di ruangan MAKLUMAT PENGIRIM sebelum dibenarkan untuk memuat naik aktiviti koperasi mereka di ruangan INFOTEKS. Pendaftaran tersebut hanya sekali sahaja dan untuk memasukkan aktiviti pada masa akan datang, mereka tidak perlu lagi mendaftar. Maklumat boleh dimasukkan sendiri oleh koperasi dan akan disiarkan dalam tempoh 24 jam tertakluk kepada kelulusan siaran oleh Jawatankuasa Penerbitan PELANCAR. Selain informasi dalam bentuk teks, pembaca juga boleh mengakses secara terus ke laman maya koperasi sekiranya pautan media sosial atau laman web koperasi ada dimuat naik bersama dengan teks. Maklumat di INFOTEKS Aktiviti Koperasi akan disiarkan selama tujuh hari sebelum terpadam secara automatik. Untuk membuka kalendar, pengguna hanya perlu klik pada tarikh kalendar dan akan dapat melihat senarai aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut di bahagian bawah.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : UNIT PELANCAR Tel. : 03-7884 6491 E-mel : pelancar.angkasa@gmail.com
Encik Halim Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Sekretariat
20 PELANCAR Edisi Khas
PERKHIDMATAN ANGKASA
7
SISTEM PELAPORAN KREDIT ANGKASA & RAMCI (SP e KAR)
Mempunyai Fungsi Pemarkahan atau i-SKOR yang memudahkan pihak koperasi membuat rumusan terhadap maklumat kredit SPeKAR berdasarkan markah yang diberi kepada peminjam. Fungsi Penyenaraian Hitam berupaya membantu koperasi menyenarai hitamkan peminjam-peminjam tegar yang tidak mahu membayar hutang. Fungsi Pemantauan membantu koperasi memantau peminjam sekiranya berlaku muflis atau saman ke atas peminjam tersebut. SpEKAR dikawal oleh Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 di bawah Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. dan mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 15 Jun 2015. Kepada anggota koperasi, boleh melayari Halaman Log Masuk https://spekar.ramcreditinfo.com.my .
Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI (SPeKAR) merupakan salah satu cabang perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan (BPKK) ANGKASA untuk kemudahan koperasi khususnya koperasi kredit. Ia berfungsi dalam memberi maklumat kredit perbankan individu, status muflis (CCRIS), menyampaikan maklumat litigasi dan sebarang informasi berkait Potongan Gaji ANGKASA serta maklumat senarai hitam. Nilai Tambah SPeKAR , antaranya ialah : Menyediakan Maklumat Kredit Pemberi Pinjaman Bukan Bank (NLCI) ataupun Non-Bank Lender Credit Information (NLCI). Ia merupakan satu fungsi baru SPeKAR yang membolehkan koperasi memasukkan data kredit pinjaman anggota koperasi, seperti yang terdapat di dalam maklumat kredit perbankan (CCRIS).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Unit Pelaporan Kredit & Tugas Khas (SPeKAR) Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan (BPKK) ANGKASA Tel. : 03-7884 6466 Faks : 03-7800 6548 E-mel : spekar.angkasa@gmail.com Facebook : Spekar Angkasa
Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan
Edisi Khas PELANCAR
21
PERKHIDMATAN ANGKASA
SISTEM PENDAFTARAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI
8
Kelebihan kepada koperasi : Sistem ini sangat efektif digunakan secara berpakej dengan Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA. Proses pendaftaran anggota/perwakilan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan teratur di samping dapat mengelak daripada berlaku penipuan data dalam sesebuah mesyuarat agung.
Pendaftaran anggota atau perwakilan ke mesyuarat agung koperasi dapat dilakukan dengan telus terutama melibatkan pengagihan elaun mesyuarat dan pengagihan kertas undi. Sistem ini dapat membantu dalam pengurusan pendaftaran sesuatu persidangan/mesyuarat agung dengan kaedah sistematik menerusi penyediaan dan edaran kit pendaftaran yang tepat kepada anggota/perwakilan yang berdaftar. Sistem ini biasanya ditawarkan secara berpakej dengan Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA untuk sesebuah mesyuarat agung/persidangan terlibat. ANGKASA mengenakan caj sewaan berpatutan kepada koperasi yang berminat.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Perkhidmatan Web & Produk ICT Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA
Tel. : 03-78007834 Faks : 03-78846488 E-mel : zaki@angkasa.coop
Haji Noorashidi Nazari Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat
22 PELANCAR Edisi Khas
PERKHIDMATAN ANGKASA
SISTEM UNDI ANGKASA 9
SISTEM KIRAAN UNDI DIGITAL ANGKASA (SKUDA) A
Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA adalah Sistem berkomputer yang dibangunkan oleh ANGKASA bertujuan untuk menguruskan proses pengiraan undi yang tepat dan cepat. Ia amat bersesuaian digunakan bagi tujuan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Lembaga Pengarah sesebuah organisasi, pertubuhan dan NGO serta pemilihan perwakilan dalam skala besar ke mesyuarat ataupun persidangan yang lebih besar. Sistem ini berfungsi dengan telus dan mampu mengelakkan kesulitan yang biasa terjadi dalam pengiraan undi manual. Sistem ini masih mengekalkan kaedah normal dalam proses pengundian iaitu memangkah petak calon yang dipilih di kertas undi, namun kertas undi yang direkacipta mempunyai ciri-ciri tertentu untuk diselaraskan dengan keperluan sistem. Menerusinya, proses pengiraan undi dapat dipercepatkan dengan kaedah imbasan kertas undi melalui gabungan mesin imbasan berteknologi tinggi dan perisian yang dibangunkan ANGKASA. Kertas undi yang diimbas akan melalui proses ‘capture’ ke atas pangkah yang telah ditafsirkan dalam memori pengaturcaraan sistem. Spesifikasi standard rekabentuk kertas undi yang dihasilkan telah dipaten untuk tujuan keselamatan dan ianya sukar untuk diduplikasi dalam masa yang singkat. Anggaran kepantasan dalam proses imbasan adalah 5-7 saat per kertas undi.
Kelebihan Kepada Koperasi:
Sistem ini sangat efektif digunakan bagi mengelak pembaziran masa untuk pengiraan undi dalam skala besar di samping menjamin ketepatan, akauntabiliti serta ketelusan pengiraan dengan tidak melibatkan bilangan tenaga kerja yang ramai. Kesilapan yang biasanya disebabkan oleh manusia seperti kelalaian, kecuaian, sikap memihak dan unsur-unsur penipuan lain semasa proses pengiraan undi dapat dielakkan kerana tafsiran pangkah telah didefinisikan (set) dalam memori pengaturcaraan sistem berdasarkan Undang-undang Kecil (UUK) /perlembagaan sesebuah koperasi/organisasi. Sistem kotak undi ( ballot ) khas turut diperkenalkan oleh ANGKASA dengan reka bentuk yang ringkas, mudah dipasang dan menjimatkan penggunaan ruang serta telus tanpa terselindung untuk mengelak unsur penyelewengan dan penipuan. Anggota/perwakilan dan pemerhati undi terutamanya dapat menyaksikan proses pembuangan undi di kotak undi ( ballot ) dengan telus dan menyakinkan. ANGKASA juga mengenakan caj sewaan berpatutan kepada koperasi yang berminat.
Edisi Khas PELANCAR
23
PERKHIDMATAN ANGKASA
SISTEM eUNDI ANGKASA
B
Sistem eUndi ANGKASA merupakan sistem baharu berkonsepkan bebas kertas yang menggunakan peranti tablet Apple iPad bagi menggantikan sistem undi konvensional. Sistem ini beroperasi dengan pengesahan identiti melalui imbasan barcode perwakilan dari kad undi dan dipadankan dengan pangkalan data perwakilan. Sistem ini juga tidak membenarkan undi rosak. Sekiranya per- wakilan telah mengimbas barcode , skrin calon Jawatan 1 akan dipaparkan. Selain dapat memastikan perwakilan yang hadir hanya layak mengundi sekali sahaja, sistem ini berupaya mengesan bilangan perwakilan yang telah mengundi serta merta. Menerusinya, sistem ini akan memaparkan secara automatik senarai dan bilangan perwakilan yang mengundi. Sistem ini turut berupaya membuat pengiraan ( audit trail ) jumlah per- wakilan yang mengundi secara automatik. Keputusan dan laporan lengkap pengundian dapat diperoleh dengan pantas dan boleh dipapar pada skrin komputer.
SISTEM eUNDI ANGKASA
Kos yang Berpatutan : Sewaan sistem dan peralatan Bayaran tenaga kerja ANGKASA Tiada kertas undi ( paperless )
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Tel. : 03-7884 6599 Faks : 03-7882 1498 E-mel : maya.angkasa@gmail.com
Haji Noorashidi Nazari Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat
24 PELANCAR Edisi Khas
PERKHIDMATAN ANGKASA
PROGRAM BENGKEL PEMBANGUNAN ICT KOPERASI
10
Bengkel Laman Web Percuma Koperasi Program Bengkel dan Pembangunan Laman Web Percuma kepada koperasi adalah satu inisiatif ICT yang positif oleh ANGKASA kepada koperasi ahli. Program ini diperkembangkan selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) dalam teras utama yang memberi penekanan kepada manfaat Teknologi ICT bagi memacu sektor koperasi menjadi antara penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Program ini memberi penekanan ke arah kemajuan koperasi ahli bagi mencipta imej global dan meningkatkan kefahaman untuk memanfaatkan kemudahan laman web di mana perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi : 1. Tapak sesawang ( web hosting ). 2. Nama pautan ( sub domain ) - www.namakoperasi.mykoperasi.coop. 3. Perkhidmatan pembangunan laman web koperasi untuk kali pertama sahaja. 4. Khidmat bengkel dan latihan pembangunan serta pengemaskinian laman web koperasi. 5. Penyenaraian alamat (URL) laman web yang telah siap di direktori portal mykoperasi.coop. Proses pengurusan dan kemaskini laman web akan diserahkan sepenuhnya kepada pentadbir yang dilantik (kakitangan) oleh koperasi setelah semua kriteria di atas dilaksanakan. Bengkel E-Dagang Shopping Cart & e-Niaga Koperasi Program Bengkel eDagang Shopping Cart & eNiaga Koperasi juga merupakan inisiatif ICT oleh ANGKASA kepada koperasi ahli. Program ini memberi penekanan ke arah memberi ilmu pengetahuan digital kepada koperasi ahli secara percuma bagi memanfaatkan kemudahan laman web edagang dengan memasarkan produk/perkhidmatan koperasi secara global di internet.
Syarat penyertaan: 1.
Ahli/anggota perlu membantu koperasi memasarkan produk secara online setelah mengikuti bengkel eDagang Shopping Cart & eNiaga Koperasi ini. Ahli/anggota koperasi hanya dibenarkan sekali sahaja menyertai bengkel eDagang Shopping Cart & eNiaga Koperasi ini dalam 1 tahun kalendar melainkan terdapat kekosongan yang tidak dapat dipenuhi oleh penganjur atau dengan permohonan ALK koperasi kepada penganjur (ANGKASA). Ahli/anggota koperasi perlu menyediakan senarai produk/perkhidmatan sebagai persiapan menghadiri bengkel. Sebarang bentuk penipuan, harga yang tidak munasabah, skim jualan langsung berantai, unsur perjudian, jenama tiruan/ciplak dan barangan hakcipta terpelihara adalah dilarang menggunakan kemudahan infrastruktur ANGKASA.
2.
3.
4.
Koperasi dipertimbangkan untuk mengikuti kursus pemasaran produk koperasi secara dalam talian yang bakal dianjurkan oleh ANGKASA sekiranya kesemua koperasi mengikut segala syarat dan prosedur serta telah berjaya membangunkan kedai online masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Perkhidmatan Web & Produk ICT Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA
Tel. : 03-7800 7834 Faks : 03-7884 6488 E-mel : zaki@angkasa.coop
Haji Noorashidi Nazari Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat
Edisi Khas PELANCAR
25
PERKHIDMATAN ANGKASA
PORTAL E-DAGANG eniaga.coop
11
Kelebihan kepada koperasi : Koperasi dapat meluaskan pasaran bagi produk & perkhidmatan yang diusahakan secara global di internet tanpa had sempadan ke seluruh Malaysia dan negara serantau sepanjang masa. Koperasi juga berpeluang untuk melakukan urusan rundingan secara terus dengan bakal pembeli menerusi perkhidmatan Portal eniaga.coop yang disediakan ANGKASA.
Portal eniaga.coop adalah sebuah projek khas yang dibangunkan oleh ANGKASA untuk membantu koperasi ke arah penciptaan jenama global serta menjadi platform utama sektor koperasi dan IKS mempromosi produk dan perkhidmatan secara global. Perkhidmatan portal eniaga ini membolehkan sesiapa sahaja untuk mengiklan produk dan perkhidmatan serta perniagaan mereka secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran. Portal eniaga.coop akan menghubungkan pembeli dan penjual secara global. Portal eniaga.coop akan menjadi satu platform pengiklanan internet yang berkesan kepada individu perseorangan dan komuniti perniagaan. Portal ini akan membantu koperasi menjalankan perniagaan sama ada dalam skala kecil dan besar untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di internet. Pengguna boleh mengiklan seberapa banyak produk & perkhidmatan secara PERCUMA di Portal eniaga.coop melalui akaun masing-masing dengan syarat produk & perkhidmatan yang diiklankan tidak menyalahi undang- undang Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Perkhidmatan Web & Produk ICT Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA
Tel. : 03-78007834 Faks : 03-78846488 E-mel : zaki@angkasa.coop
Haji Noorashidi Nazari Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat
26 PELANCAR Edisi Khas
PERKHIDMATAN ANGKASA
PERKHIDMATAN SPBA / MYSPBA
12
ANGKASA TELAH MEMPERKENALKAN
SISTEM PENGURUSAN BERKOMPUTER ANGKASA
SPBA
(SPBA) BAGI MEMBANTU MELICIN DAN
MEMPERKEMAS TADBIR URUS KOPERASI.
Perkhidmatan SPBA / MYSPBA terbahagi kepada lima modul bersepadu iaitu Sistem Maklumat Keanggotaan, Sistem Pendaftaran Mesyuarat Agung, Rekod Asas Perakaunan, Sistem Peruncitan dan Sistem Penggajian. Melalui perkhidmatan tersebut, maklumat yang diproses akan menjadi lebih tepat dan cepat selain diselenggarakan secara lebih tersusun sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan membantu dari segi pelaporan dan perakaunan. Ciri-Ciri SPBA/MYSPBA • Laporan boleh diintegrasi dengan menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Word. • Mempercepatkan proses merekod data. • Mampu berfungsi dalam rangkaian. • Berupaya mengimport data dari sistem lain (dalam bentuk M/Excel). • Berupaya menentukan level pengguna.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Unit Khidmat Senggara & Pemulihan Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA Tel. : 03-7884 6525 / 7884 6520 Faks : 03-7884 6534 ANGKASA (SPBA) dan MYSPBA adalah percuma. Namun caj perkhidmatan sahaja akan dikenakan. Kadar bayaran caj perkhidmatan bagi koperasi sekolah ditetapkan RM50 sahaja (melalui khidmat setiap lawatan dan bengkel). Kadar bayaran caj perkhidmatan bagi koperasi dewasa adalah di antara RM50 hingga RM500 (melalui khidmat setiap lawatan) dan perlu mengikut kriteria atau gred koperasi yang telah ditetapkan. Caj Perkhidmatan Harga perisian Sistem Pengurusan Berkomputer • Berupaya memproses potongan gaji secara automatik (SPGA atau majikan). • Penyelenggaraan dan pemantauan boleh menggunakan teamviewer. • Mencetak resit, baucar, jurnal dan cek. • Interaktif antara modul mencakupi semua aktiviti koperasi, carta akaun. • Mematuhi Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi. • Laporan dapat disediakan terus daripada sistem apabila diperlukan. Kaedah Bimbingan Melalui bengkel, klinik akaun, team viewer , telefon dan selenggara di koperasi.
Laman web : www.angkasa.coop E-mel : radhi.angkasa@gmail.com
Encik Mohd Ismail Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti
Edisi Khas PELANCAR
27
PROGRAM RANGSANGAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA CEP 3 CEP 1
PROJEK IMPAK TINGGI YANG DIKETUAI OLEH SEBUAH KOPERASI
PROJEK-PROJEK UTAMA ANGKASA
(TIDAK BERSAING / ANGKASA+RAKAN STRATEGIK)
SEKTOR KOMUNITI
SEKTOR PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI & KESIHATAN
ANGKASA COOPERATIVE EMPOWERMENT PROJECT SEKTOR PERLADANGAN
SEKTOR PEMBORONGAN & PERUNCITAN
SEKTOR KEWANGAN
PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
SEKTOR INOVASI & TEKNOLOGI
SEKTOR PEMBANGUNAN HARTANAH
DUA ATAU LEBIH KOPERASI DALAM FUNGSI YANG SAMA BERSAMA-SAMA DALAM SATU PROJEK (KONSORTIUM) +
CEP 2
Program Pembangunan Perniagaan Koperasi
8 sektor perniagaan telah dibentuk oleh ANGKASA menerusi penubuhan Jawatankuasa Sektor Peneraju Pembangunan Perniagaan Koperasi bagi mambantu merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi.
SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI
SEKTOR PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN KEWANGAN
1
Projek “Co-operative Empowerment Plan 1” (CEP 1) Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA menyaksikan usaha bersepadu sektor ini ke arah memperkasakan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) menjadi ‘one stop centre’ untuk koperasi yang disokong sepenuhnya tatacara kelestarian kredit. Ini selaras dengan misi sektor menjadi platform yang dapat memperkasa dan melindungi kepentingan seterusnya memperjuangkan hak Gerakan Koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk aspek pengiktirafan, undang-undang, sumber modal dan produk-produk. Bertindak sebagai hub dan penyumbang utama dalam Gerakan Koperasi, Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA komited dalam menjalankan peranannya menyediakan perkhidmatan dan platform terbaik bagi memastikan 591 buah koperasi kredit seluruh Malaysia termasuk 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) menikmati pelbagai kemudahan menerusi inovasi yang diperkenalkan untuk memudahkan kelancaran proses kewangan. Melihat kepada perkembangan dan fungsi dalam memajukan urusan potongan gaji, ANGKASA sentiasa bersedia dan terus komited melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan, bukan sahaja kepada pengguna dalaman ANGKASA malah kepada koperasi ahli dan pelanggan BPA. Secara keseluruhannya, SPGA telah berjaya membantu dalam merintis kecemerlangan ke arah memartabatkan sektor kewangan koperasi di Malaysia. Pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh ANGKASA bagi memastikan tadbir urus semakan dan potongan gaji berada pada tahap terbaik dan terus diyakini. SPeKAR Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA Ramci (SPeKAR) merupakan inovasi dalam sistem pelaporan maklumat kredit kepada semua koperasi dan Institusi Kewangan di Malaysia. Laporan SPeKAR merangkumi maklumat pinjaman dari sektor bukan perbankan, status muflis, kes litigasi (saman) yang digabungkan bersama maklumat potongan gaji ANGKASA. Mulai September 2014, SPeKAR juga menggabungkan maklumat pinjaman dari institusi perbankan (CCRIS).
DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA
Pada 30 Mei 2017, SPeKAR telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan CTOS Data Systems Sdn. Bhd. yang juga merupakan sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia. Perjanjian kerjasama tersebut adalah bagi menyalurkan data potongan gaji Biro ANGKASA yang dimiliki oleh ANGKASA melalui sistem SPeKAR kepada CTOS Data Systems Sdn Bhd. Kini, maklumat potongan gaji Biro ANGKASA boleh dicapai oleh pengguna CTOS Data Systems Sdn. Bhd., selain daripada pengguna Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Sistem RAM Credit Information Sdn. Bhd. ( Credit Track ) dan sistem SPeKAR. Pembiayaan ‘Peer To Peer” Platform Pembiayaan ‘peer-to-peer’ (P2P) adalah salah satu inovasi “Financial Technology” (FinTech) yang membolehkan individu atau organisasi membuat pinjaman atau memberi pinjam wang tanpa melalui institusi kewangan rasmi sebagai perantara. Model Pembiayaan itu juga berupaya mengurangkan kos pembiayaan kerana tiada penglibatan dari pengantara dan segala urusan pembiayan adalah secara terus di antara peminjam dan pemberi pinjaman melalui platform secara elektronik ini. Objektif P2P Untuk memberi kemudahan kepada koperasi dalam mendapatkan modal kerja pada kadar pembiayaan ( cost of fund ) yang lebih kompentetif. Memberi peluang kepada koperasi-koperasi yang berkemampuan untuk menjadi pelabur / penyedia dana kepada projek-projek koperasi lain yang berdaya maju dan mendapat pulangan daripada pelbagai pelaburan.
30 PELANCAR Edisi Khas
PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA STRATEGIC ECONOMIC MASTERPLAN (SEM)
Menjadi salah satu pembiayaan alternatif yang melengkapi sistem pembiayaan sedia ada supaya memudahkan koperasi mendapatkan pembiaayan bagi meluaskan perniagaan koperasi. ePenjanaan keuntungan sama ada daripada pelaburan atau projek yang telah berjaya bakal dimanfaatkan oleh gerakan koperasi secara holistik kerana kitaran aktviti pembiayaan P2P ini adalah di dalam ekosistem yang sama (sektor koperasi). Perkhidmatan Kutipan Dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Kaedah penyelesaian kutipan ( Collection Solution ) kepada koperasi-koperasi yang memerlukan perkhidmatan ini dijalankan dengan lebih efektif dan memenuhi garis panduan serta tatacara pengutipan hutang ( Fair Debt Collection Practice ).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Sektor Pembangunan Perkhidmatan
Kewangan ANGKASA Tel. : 03- 7884 6337 Faks: 03-704 6722 E-mel: darul@angkasa.coop
Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Kewangan
Edisi Khas PELANCAR
31
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease