PERKHIDMATAN ANGKASA
PERKHIDMATAN PENSIJILAN 2
ARC BADAN PENYELIDIKAN DAN PENSIJILAN KOPERASI
ARC adalah sebuah syarikat milik penuh/mewakili ANGKASA menjalankan kegiatan penyelidikan dan pensijilan, pemeriksaan dan ujian. ARC menyediakan pasarana untuk membangunkan standard mengikut produk koperasi dan khidmat pengauditan pematuhan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat. ARC juga turut menawarkan khidmat konsultansi dalam bidang dokumentasi mengikut standard ke arah pensijilan ISO. ARC telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 14 November 2018 dengan nombor pendaftaran 1303578-M setelah mendapat kelulusan Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 dan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 29 Ogos 2019 lalu. Proses Pensijilan Koperasi i. Latihan / kursus. ii. Pembangunan dokumen. iii. Perlaksanaan iv. Pengauditan. vi. Pensijilan ISO.
ANGKASA menubuhkan ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) pada November 2018 yang berperanan mengiktiraf koperasi untuk melaksanakan standard pengurusan ISO. Ia juga memudahkan proses mendapatkan pensijilan bagi mematuhi keperluan standard pada kos munasabah. ARC perlu terlebih dahulu mendapat Akreditasi ISO/IEC 17021-1 : 2015. Koperasi juga akan turut diberi latihan, bimbingan dan perundingan di bawah Program Amalan Kualiti Menyeluruh ke arah Pengiktirafan ISO. ANGKASA menggunakan sumber dalaman yang akan memberikan perkhidmatan secara profesional dan konsisten bagi membangunkan sistem pematuhan yang melindungi kepentingan pelanggan serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan koperasi berkualiti, menambah nilai dan diterima umum seperi berikut : a. Mengembangkan penggunaan Sistem Pengurusan Pematuhan (SPP) dalam pengurusan koperasi dan membantu tadbir urus koperasi secara lebih berkesan. b. Memudahkan koperasi-koperasi di Malaysia mendapatkan pensijilan ISO kompetetif secara relatifnya lebih menjimatkan berbanding dengan kos dalam industri. c. Meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap sistem pengurusan koperasi. d. Mendapat pengiktirafan produk koperasi dalam pasaran di Malaysia dan antarabangsa serta menggalakkan penambahbaikan untuk bersaing dalam pasaran komersial. e. Mendorongkan perniagaan diuruskan dengan lebih cekap dan produktif serta mengurangkan kesilapan dan kerja semula mengurangkan kos operasi, masa dan penggunaan sumber.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Encik Mohd. Ismail Ibrahim Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus &
Integriti (Tingkat 5) Tel. : 03-7800 7891 Faks : 03-7884 6444 E-mel : mail.angkasa@gmail.com
Encik Mohd Ismail Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti
Edisi Khas PELANCAR
15
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease