Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PERKHIDMATAN ANGKASA

SIJIL PEMATUHAN SYARIAH 3

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyatakan hasrat untuk melihat lebih banyak koperasi yang patuh syariah khususnya dalam kalangan koperasi yang menawarkan kemudahan kredit supaya mendapat keberkatan dalam menjalankan urusan perniagaan. ANGKASA telah dilantik secara rasmi oleh SKM untuk bersama-sama memartabatkan Maqasid Syariah melalui “GP28: Garis Panduan Tadbir Urus Syariah”. (Surat SKM bertarikh : 22 November 2017) Koperasi yang mematuhi prinsip syariah mempunyai kelebihan seperti mampu menambah keyakinan anggota-anggota untuk melakukan transaksi dengan mereka. Secara tidak langsung juga berlaku promosi percuma secara meluas hasil daripada keyakinan anggota dan mereka turut merasai semangat jati diri Islam kerana pembayaran yang dibuat kepada koperasi bukanlah semata-mata untuk mendapat keuntungan duniawi, tetapi membina saham di akhirat. Melalui Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, koperasi boleh mendapatkan perkhidmatan Pematuhan Syariah yang membantu mereka agar transaksi dan aktiviti yang dijalankan selari dengan kehendak Syariah. Dari 2011 hingga 2018, sebanyak 281 buah koperasi yang mewakili 1,130 produk telah menerima Sijil Pematuhan Syariah. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh unit tersebut adalah seperti berikut: 1) Rundingan dan bimbingan Mengadakan perbincangan dan latihan serta semakan terhadap dokumentasi koperasi.

2) Sijil Pematuhan Syariah Memberikan pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah berdasarkan produk-produk koperasi yang patuh syariah. 3) Audit Pematuhan Syariah Audit syariah enam (6) bulan sekali dalam tempoh dua (2) tahun.

16 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease