Gerak Kerja Pematuhan Syariah
Pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Syariah ANGKASA
Perbincangan dan konsultasi
Semakan dan cadangan kemaskini
Audit pematuhan syariah
Permohonan
Bermula Oktober 2018, perkhidmatan oleh Unit Pematuhan Syariah dikenakan “fi perkhidmatan” seperti jadual berikut:
Jadual Fi Perkhidmatan
Bil.
Fi Perkhidmatan
Keterangan / Keperluan
1.
RM2,000 – Empat (4) produk dan ke atas RM1,500 – Tiga (3) produk RM1,000 - Satu (1) dan dua (2) produk
Pemohon baru bermula Oktober 2018
2.
RM1,000
Pembaharuan Sijil Pematuhan Syariah dengan penambahan / penambahbaikan / pembaharuan produk sedia ada (setelah mendapat kelulusan JSA yang lepas) Pembaharuan Sijil Pematuhan Syariah tanpa penambahan / penambahbaikan / pembaharuan produk
3.
RM500
Pelaksanaan Pematuhan Syariah diteliti oleh tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA), Jawatankuasa Perkhidmatan dan Pengurusan Syariah Serta Integriti ANGKASA dan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan ANGKASA (tertakluk kepada keperluan). Unit Pematuhan Syariah turut menawarkan Sistem Tawarruq ANGKASA yang merupakan fasiliti atau kemudahan untuk koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti pembiayaan. Tawarruq didefinisikan sebagai satu bentuk jual beli yang melibatkan pembelian sesuatu barangan (komoditi) secara tangguh daripada satu pihak untuk dijual kepada pihak ketiga dengan harga tunai bagi mendapatkan wang tunai. Sistem ini juga merupakan instrumen patuh syariah yang komprehensif dan dinamik sejajar dengan keperluan Maqasid Syariah. Kelebihan-kelebihan Sistem Tawarruq ANGKASA adalah seperti berikut: 1) Semua rekod pembiayaan dan ‘ trading ’ disimpan di dalam pangkalan data secara automatik. 2) Sebagai penyedia sistem pembiayaan yang sangat komprehensif dan praktikal. 3) Patuh syariah dalam tempoh kurang 10 minit transaksi. 4) Menjimatkan ruang penyimpanan fail dan kertas (manual). 5) Zero NC Major dan minor. 6) Semua rekod pembiayaan dan ‘ trading ’ disimpan dalam pangkalan data secara automatik.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Pematuhan Syariah ANGKASA Tel. : 03 – 7884 6614 / 6616 / 6612 / 6673 / 6718 E-mel : sistemtawarruq@gmail.com
Haji Azhar Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah
Edisi Khas PELANCAR
17
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease