Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PERKHIDMATAN ANGKASA

INFAQ LIL-WAQF 4

Sejajar dengan hasrat untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan sejahtera, satu instrumen telah diwujudkan oleh ANGKASA iaitu Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Secara ringkasnya, “Infaq” bermaksud sumbangan,“Lil” bermaksud untuk dan“Waqf” bermaksud wakaf. Kewujudan Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA juga selaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu “Berprihatin Terhadap Masyarakat.” Skim ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 5 Januari 2011 melalui surat bil. SKM.IP(UU)2622 Jld9(44) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 3 Disember 2010 melalui surat bil. (94) dlm MAIS/E/MAL/01/007/09. Penggunaan dana Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA diselia oleh Jawatankuasa Hisbah Lil-Waqf ANGKASA yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor. Jawatankuasa

tersebut juga turut menasihati Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Pengurusan ANGKASA untuk memastikan operasi Infaq Lil-Waqf menepati undang-undang dan kehendak syariah. Sumbangan yang diberikan ke Infaq Lil-Waqf ANGKASA dimanfaatkan untuk: • Menyediakan pusat penjagaan dan perlindungan seperti Pusat Jagaan Darul Sakinah. • Mewujudkan perkhidmatan kesihatan untuk pusat-pusat dialisis seperti menyumbang mesin dialisis dan menampung kos rawatan haemodialisis. • Membina pusat perniagaan koperasi. • Mewujudkan perkhidmatan penginapan / rumah rehat. • Menubuhkan institusi pendidikan.

Sumber sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA: • Anggota-anggota koperasi • Pelanggan-pelanggan Biro

Kaedah sumbangan:

• Potongan gaji (majikan / BPA) • Tunai / cek / wang pos • CIMB Cares • Langganan majalah bersama Stormreaders Network Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Perkhidmatan ANGKASA (BPA) • Koperasi-koperasi yang menjadi ahli ANGKASA

• Kakitangan koperasi • Kakitangan ANGKASA • Lain-lain

Sebarang pertanyaan mengenai Infaq Lil-Waqf ANGKASA boleh diajukan ke Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA melalui talian 03-7884 6674 / 6618 / 6767 / 6615 atau boleh melayari laman web rasmi, www.infaqlilwaqf.coop atau Facebook rasmi, @infaqlilwaqf.coop .

Haji Azhar Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah

18 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease