PERKHIDMATAN ANGKASA
ZAKAT KOPERASI 5
WAKIL AMIL ZAKAT KOPERASI
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-13 yang bersidang pada 1 hingga 2 Februari 1985 telah memutuskan bahawa koperasi wajib mengeluarkan zakat bagi pihak anggota-anggotanya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 juga telah memutuskan bahawa syarikat yang bercampur pemegang saham muslim dan non-muslim dikenakan zakat bahagian muslim sahaja.
Untuk memudahkan koperasi menunaikan zakat perniagaan, ANGKASA telah mendapat lantikan wakil amil zakat perniagaan koperasi yang bertindak membuat taksiran dan kutipan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri bagi seluruh Malaysia. Sehubungan itu, koperasi boleh membuat bayaran zakat perniagaan melalui ANGKASA dan pegawai-pegawai dari Unit Pengurusan dan Pembangunan Zakat akan ‘turun padang’ ke koperasi untuk proses pengiraan zakat.
Gerak Kerja Perkhidmatan Zakat oleh ANGKASA
Serahan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri
Surat rasmi hasil taksiran
Janji temu kutipan zakat koperasi
Taksiran zakat
Rundingan
Antara saluran agihan zakat yang dijalankan oleh ANGKASA : Program Asnaf Zakat. Pusat Jagaan Anak Yatim. Program Pembangunan Insan ANGKASA (Taska). Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Kariah Masjid Muslim Kemboja.
Program Pembangunan Institusi Agama ANGKASA. Program Projek Pembangunan Koperasi ANGKASA. Program Pembangunan Koperasi Kaum Ibu dan Wanita. Program Projek Cuci Kereta Asnaf melalui Koperasi Kariah Masjid.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Pengurusan dan Pembangunan Zakat Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA di talian 03-7884 6689 / 6675.
Haji Azhar Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah
Edisi Khas PELANCAR
19
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease