Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PERKHIDMATAN ANGKASA

7

SISTEM PELAPORAN KREDIT ANGKASA & RAMCI (SP e KAR)

Mempunyai Fungsi Pemarkahan atau i-SKOR yang memudahkan pihak koperasi membuat rumusan terhadap maklumat kredit SPeKAR berdasarkan markah yang diberi kepada peminjam. Fungsi Penyenaraian Hitam berupaya membantu koperasi menyenarai hitamkan peminjam-peminjam tegar yang tidak mahu membayar hutang. Fungsi Pemantauan membantu koperasi memantau peminjam sekiranya berlaku muflis atau saman ke atas peminjam tersebut. SpEKAR dikawal oleh Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 di bawah Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. dan mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 15 Jun 2015. Kepada anggota koperasi, boleh melayari Halaman Log Masuk https://spekar.ramcreditinfo.com.my .

Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI (SPeKAR) merupakan salah satu cabang perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan (BPKK) ANGKASA untuk kemudahan koperasi khususnya koperasi kredit. Ia berfungsi dalam memberi maklumat kredit perbankan individu, status muflis (CCRIS), menyampaikan maklumat litigasi dan sebarang informasi berkait Potongan Gaji ANGKASA serta maklumat senarai hitam. Nilai Tambah SPeKAR , antaranya ialah : Menyediakan Maklumat Kredit Pemberi Pinjaman Bukan Bank (NLCI) ataupun Non-Bank Lender Credit Information (NLCI). Ia merupakan satu fungsi baru SPeKAR yang membolehkan koperasi memasukkan data kredit pinjaman anggota koperasi, seperti yang terdapat di dalam maklumat kredit perbankan (CCRIS).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Unit Pelaporan Kredit & Tugas Khas (SPeKAR) Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan (BPKK) ANGKASA Tel. : 03-7884 6466 Faks : 03-7800 6548 E-mel : spekar.angkasa@gmail.com Facebook : Spekar Angkasa

Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan

Edisi Khas PELANCAR

21

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease