PERKHIDMATAN ANGKASA
SISTEM PENDAFTARAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI
8
Kelebihan kepada koperasi : Sistem ini sangat efektif digunakan secara berpakej dengan Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA. Proses pendaftaran anggota/perwakilan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan teratur di samping dapat mengelak daripada berlaku penipuan data dalam sesebuah mesyuarat agung.
Pendaftaran anggota atau perwakilan ke mesyuarat agung koperasi dapat dilakukan dengan telus terutama melibatkan pengagihan elaun mesyuarat dan pengagihan kertas undi. Sistem ini dapat membantu dalam pengurusan pendaftaran sesuatu persidangan/mesyuarat agung dengan kaedah sistematik menerusi penyediaan dan edaran kit pendaftaran yang tepat kepada anggota/perwakilan yang berdaftar. Sistem ini biasanya ditawarkan secara berpakej dengan Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA untuk sesebuah mesyuarat agung/persidangan terlibat. ANGKASA mengenakan caj sewaan berpatutan kepada koperasi yang berminat.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Perkhidmatan Web & Produk ICT Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA
Tel. : 03-78007834 Faks : 03-78846488 E-mel : zaki@angkasa.coop
Haji Noorashidi Nazari Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat
22 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease