Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PERKHIDMATAN ANGKASA

SISTEM UNDI ANGKASA 9

SISTEM KIRAAN UNDI DIGITAL ANGKASA (SKUDA) A

Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA adalah Sistem berkomputer yang dibangunkan oleh ANGKASA bertujuan untuk menguruskan proses pengiraan undi yang tepat dan cepat. Ia amat bersesuaian digunakan bagi tujuan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Lembaga Pengarah sesebuah organisasi, pertubuhan dan NGO serta pemilihan perwakilan dalam skala besar ke mesyuarat ataupun persidangan yang lebih besar. Sistem ini berfungsi dengan telus dan mampu mengelakkan kesulitan yang biasa terjadi dalam pengiraan undi manual. Sistem ini masih mengekalkan kaedah normal dalam proses pengundian iaitu memangkah petak calon yang dipilih di kertas undi, namun kertas undi yang direkacipta mempunyai ciri-ciri tertentu untuk diselaraskan dengan keperluan sistem. Menerusinya, proses pengiraan undi dapat dipercepatkan dengan kaedah imbasan kertas undi melalui gabungan mesin imbasan berteknologi tinggi dan perisian yang dibangunkan ANGKASA. Kertas undi yang diimbas akan melalui proses ‘capture’ ke atas pangkah yang telah ditafsirkan dalam memori pengaturcaraan sistem. Spesifikasi standard rekabentuk kertas undi yang dihasilkan telah dipaten untuk tujuan keselamatan dan ianya sukar untuk diduplikasi dalam masa yang singkat. Anggaran kepantasan dalam proses imbasan adalah 5-7 saat per kertas undi.

Kelebihan Kepada Koperasi:

Sistem ini sangat efektif digunakan bagi mengelak pembaziran masa untuk pengiraan undi dalam skala besar di samping menjamin ketepatan, akauntabiliti serta ketelusan pengiraan dengan tidak melibatkan bilangan tenaga kerja yang ramai. Kesilapan yang biasanya disebabkan oleh manusia seperti kelalaian, kecuaian, sikap memihak dan unsur-unsur penipuan lain semasa proses pengiraan undi dapat dielakkan kerana tafsiran pangkah telah didefinisikan (set) dalam memori pengaturcaraan sistem berdasarkan Undang-undang Kecil (UUK) /perlembagaan sesebuah koperasi/organisasi. Sistem kotak undi ( ballot ) khas turut diperkenalkan oleh ANGKASA dengan reka bentuk yang ringkas, mudah dipasang dan menjimatkan penggunaan ruang serta telus tanpa terselindung untuk mengelak unsur penyelewengan dan penipuan. Anggota/perwakilan dan pemerhati undi terutamanya dapat menyaksikan proses pembuangan undi di kotak undi ( ballot ) dengan telus dan menyakinkan. ANGKASA juga mengenakan caj sewaan berpatutan kepada koperasi yang berminat.

Edisi Khas PELANCAR

23

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease