PERKHIDMATAN ANGKASA
PROGRAM BENGKEL PEMBANGUNAN ICT KOPERASI
10
Bengkel Laman Web Percuma Koperasi Program Bengkel dan Pembangunan Laman Web Percuma kepada koperasi adalah satu inisiatif ICT yang positif oleh ANGKASA kepada koperasi ahli. Program ini diperkembangkan selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) dalam teras utama yang memberi penekanan kepada manfaat Teknologi ICT bagi memacu sektor koperasi menjadi antara penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Program ini memberi penekanan ke arah kemajuan koperasi ahli bagi mencipta imej global dan meningkatkan kefahaman untuk memanfaatkan kemudahan laman web di mana perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi : 1. Tapak sesawang ( web hosting ). 2. Nama pautan ( sub domain ) - www.namakoperasi.mykoperasi.coop. 3. Perkhidmatan pembangunan laman web koperasi untuk kali pertama sahaja. 4. Khidmat bengkel dan latihan pembangunan serta pengemaskinian laman web koperasi. 5. Penyenaraian alamat (URL) laman web yang telah siap di direktori portal mykoperasi.coop. Proses pengurusan dan kemaskini laman web akan diserahkan sepenuhnya kepada pentadbir yang dilantik (kakitangan) oleh koperasi setelah semua kriteria di atas dilaksanakan. Bengkel E-Dagang Shopping Cart & e-Niaga Koperasi Program Bengkel eDagang Shopping Cart & eNiaga Koperasi juga merupakan inisiatif ICT oleh ANGKASA kepada koperasi ahli. Program ini memberi penekanan ke arah memberi ilmu pengetahuan digital kepada koperasi ahli secara percuma bagi memanfaatkan kemudahan laman web edagang dengan memasarkan produk/perkhidmatan koperasi secara global di internet.
Syarat penyertaan: 1.
Ahli/anggota perlu membantu koperasi memasarkan produk secara online setelah mengikuti bengkel eDagang Shopping Cart & eNiaga Koperasi ini. Ahli/anggota koperasi hanya dibenarkan sekali sahaja menyertai bengkel eDagang Shopping Cart & eNiaga Koperasi ini dalam 1 tahun kalendar melainkan terdapat kekosongan yang tidak dapat dipenuhi oleh penganjur atau dengan permohonan ALK koperasi kepada penganjur (ANGKASA). Ahli/anggota koperasi perlu menyediakan senarai produk/perkhidmatan sebagai persiapan menghadiri bengkel. Sebarang bentuk penipuan, harga yang tidak munasabah, skim jualan langsung berantai, unsur perjudian, jenama tiruan/ciplak dan barangan hakcipta terpelihara adalah dilarang menggunakan kemudahan infrastruktur ANGKASA.
2.
3.
4.
Koperasi dipertimbangkan untuk mengikuti kursus pemasaran produk koperasi secara dalam talian yang bakal dianjurkan oleh ANGKASA sekiranya kesemua koperasi mengikut segala syarat dan prosedur serta telah berjaya membangunkan kedai online masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Perkhidmatan Web & Produk ICT Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA
Tel. : 03-7800 7834 Faks : 03-7884 6488 E-mel : zaki@angkasa.coop
Haji Noorashidi Nazari Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat
Edisi Khas PELANCAR
25
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease