SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI
SEKTOR PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN KEWANGAN
1
Projek “Co-operative Empowerment Plan 1” (CEP 1) Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA menyaksikan usaha bersepadu sektor ini ke arah memperkasakan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) menjadi ‘one stop centre’ untuk koperasi yang disokong sepenuhnya tatacara kelestarian kredit. Ini selaras dengan misi sektor menjadi platform yang dapat memperkasa dan melindungi kepentingan seterusnya memperjuangkan hak Gerakan Koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk aspek pengiktirafan, undang-undang, sumber modal dan produk-produk. Bertindak sebagai hub dan penyumbang utama dalam Gerakan Koperasi, Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA komited dalam menjalankan peranannya menyediakan perkhidmatan dan platform terbaik bagi memastikan 591 buah koperasi kredit seluruh Malaysia termasuk 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) menikmati pelbagai kemudahan menerusi inovasi yang diperkenalkan untuk memudahkan kelancaran proses kewangan. Melihat kepada perkembangan dan fungsi dalam memajukan urusan potongan gaji, ANGKASA sentiasa bersedia dan terus komited melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan, bukan sahaja kepada pengguna dalaman ANGKASA malah kepada koperasi ahli dan pelanggan BPA. Secara keseluruhannya, SPGA telah berjaya membantu dalam merintis kecemerlangan ke arah memartabatkan sektor kewangan koperasi di Malaysia. Pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh ANGKASA bagi memastikan tadbir urus semakan dan potongan gaji berada pada tahap terbaik dan terus diyakini. SPeKAR Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA Ramci (SPeKAR) merupakan inovasi dalam sistem pelaporan maklumat kredit kepada semua koperasi dan Institusi Kewangan di Malaysia. Laporan SPeKAR merangkumi maklumat pinjaman dari sektor bukan perbankan, status muflis, kes litigasi (saman) yang digabungkan bersama maklumat potongan gaji ANGKASA. Mulai September 2014, SPeKAR juga menggabungkan maklumat pinjaman dari institusi perbankan (CCRIS).
DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA
Pada 30 Mei 2017, SPeKAR telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan CTOS Data Systems Sdn. Bhd. yang juga merupakan sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia. Perjanjian kerjasama tersebut adalah bagi menyalurkan data potongan gaji Biro ANGKASA yang dimiliki oleh ANGKASA melalui sistem SPeKAR kepada CTOS Data Systems Sdn Bhd. Kini, maklumat potongan gaji Biro ANGKASA boleh dicapai oleh pengguna CTOS Data Systems Sdn. Bhd., selain daripada pengguna Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Sistem RAM Credit Information Sdn. Bhd. ( Credit Track ) dan sistem SPeKAR. Pembiayaan ‘Peer To Peer” Platform Pembiayaan ‘peer-to-peer’ (P2P) adalah salah satu inovasi “Financial Technology” (FinTech) yang membolehkan individu atau organisasi membuat pinjaman atau memberi pinjam wang tanpa melalui institusi kewangan rasmi sebagai perantara. Model Pembiayaan itu juga berupaya mengurangkan kos pembiayaan kerana tiada penglibatan dari pengantara dan segala urusan pembiayan adalah secara terus di antara peminjam dan pemberi pinjaman melalui platform secara elektronik ini. Objektif P2P Untuk memberi kemudahan kepada koperasi dalam mendapatkan modal kerja pada kadar pembiayaan ( cost of fund ) yang lebih kompentetif. Memberi peluang kepada koperasi-koperasi yang berkemampuan untuk menjadi pelabur / penyedia dana kepada projek-projek koperasi lain yang berdaya maju dan mendapat pulangan daripada pelbagai pelaburan.
30 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease