SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI
SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
4
Projek Tanaman Jagung Bijian Pelan Pembangunan Industri Jagung Bijian yang telah dirangka oleh Jabatan Pertanian mampu membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import. Salah satu inisiatif yang sedang diusahakan adalah membangunkan 20,000 hektar tanaman jagung bijian menjelang 2020. ANGKASA sedia memberi peluang kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba berkeluasan 83.4 hektar di Mukim Hosba, Jitra, Kedah dalam bentuk pelaburan mengikut fasa dan keluasan. Projek tersebut dijangka mampu meraih hasil tuaian semusim (empat bulan) sekitar 520 tan metrik dengan nilai pasaran sekitar RM420 ribu (semusim) atau RM1.2 juta setahun. Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad juga telah memanfaatkan sebahagian daripada tanah miliknya di Kampung Sungai Batu, Mukim Merbok, Bedong, Kedah dengan tanaman jagung bijian. Projek Pembungkusan dan Pemborongan Beras Bermula pada tahun 2016, Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Perlis Berhad telah berjaya memiliki lesen Pembungkusan dan Pemborongan beras dengan kouta semasa sebanyak 233 metrik tan. Kilang pembungkusan beras jenama ‘Melati’ itu terletak di Kampung Padang Lati, Perlis dan mampu membungkus beras sehingga lapan metrik tan sehari. Konsortium tersebut juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Negeri Kedah Berhad yang akan membantu mereka
DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA
Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA mahu membantu memperkasakan penglibatan koperasi dalam sektor agro- makanan di samping meningkatkan pendapatan dan pada masa sama membantu kerajaan menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara.
36 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease