SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI
SEKTOR PERLADANGAN
5
Bermula tahun 2016, ANGKASA memperkenalkan beberapa program dengan menggunakan konsep “Mentor- Mentee” untuk membantu merancakkan lagi penglibatan koperasi dalam industri tersebut sekaligus melonjakkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Segala kos perbelanjaan untuk program “Mentor-Mentee” dibiayai sepenuhnya oleh ANGKASA melalui dana Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi. Program Mentor Mentee Pengurusan Ladang Sawit Koperasi yang dikendalikan oleh ANGKASA memberi peluang kepada koperasi berskala kecil yang merekodkan tahap penghasilan tan per hektar yang rendah berbanding standard penghasilan yang telah ditetapkan untuk menerima bimbingan daripada koperasi berskala besar. Program ini juga bertujuan untuk: • Memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan dengan amalan pengurusan ladang sawit yang baik. • Membimbing dan menasihat berkaitan dengan kaedah serta teknik untuk meningkatkan hasil dan kualiti kelapa sawit.
DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan
Koperasi merupakan pemain utama dalam industri sawit negara. Malah kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mapan untuk meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil melalui gerakan koperasi.
38 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease