Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA STRATEGIC ECONOMIC MASTERPLAN (SEM)

ANGKASA juga menjalankan Program Mentor-Mentee Penubuhan Nurseri Sawit untuk membantu koperasi dari aspek penubuhan dan khidmat teknikal dalam menjayakan perniagaan nurseri kelapa sawit sehingga berjaya memperoleh sijil Kod Amalan Baik Tapak Semaian Untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN). Tujuan program ini diwujudkan juga adalah untuk meningkatkan bilangan koperasi dalam perniagaan nurseri sawit supaya dapat melonjakkan pengeluaran hasil kelapa sawit. ANGKASA juga turut mewujudkan program “Mentor-Mentee” untuk penubuhan nurseri getah. Program Mentor-Mentee Pemerkasaan Pusat Pengedaran Input Pertanian (DC) diwujudkan mengikut zon-zon ekonomi yang digariskan bertujuan menjadikan kedai input koperasi sebagai wakil pengedar barangan input pertanian kepada pengguna setempat. Program ini juga bertujuan untuk: • Meningkatkan saiz pasaran dan jualan pusat pengedaran input pertanian koperasi. • Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan berkaitan perniagaan input pertanian dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi. • Membimbing dan memberi nasihat berkaitan dengan kaedah dan teknik pemasaran untuk meningkatkan pendapatan perniagaan. • Meningkatkan jaringan kerjasama antara pusat pengedaran dengan kedai input pertanian koperasi.

• Meningkatkan belian secara pukal melalui pusat pengedaran input pertanian koperasi. • Mengelakkan pertindihan kawasan pasaran dalam kalangan pusat pengedaran dan juga kedai input pertanian koperasi. Melalui program sokongan dan promosi seperti Program Bengkel Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), koperasi diberi pendedahan mengenai kepentingan mendapatkan pensijilan tersebut. Kerajaan sebelum ini telah menetapkan 30 Jun 2019 sebagai tarikh akhir pensijilan MSPO. Dengan bantuan ANGKASA dan kerjasama daripada MPOB, koperasi turut dibantu mendapatkan pensijilan MSPO. Perkara ini perlu diberi penekanan oleh koperasi dalam usaha untuk menangani isu berkaitan pengurusan kualiti dan kekangan dalam pemasaran seperti sekatan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit oleh Kesatuan Eropah.

» Contoh sijil MSPO Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA Tel. : 03-7884 6698 / 6648 / 6655 / 6711

Encik Hasnan Haji Mustapha Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani

Edisi Khas PELANCAR

39

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease