Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA STRATEGIC ECONOMIC MASTERPLAN (SEM)

Usaha Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA dalam merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi banyak membantu koperasi ahli yang terlibat dalam segenap aspek bimbingan serta latihan. Bertindak sebagai pemudahcara dalam pembangunan hartanah dan projek binaan, ANGKASA akan terus memperkasa usaha bagi mencapai visi sektor iaitu sebagai peneraju kecemerlangan koperasi sekaligus meningkatkan sumbangan ekonomi sektor koperasi. Selain menjana perolehan, sektor berimpak tinggi ini juga diyakini mampu melahirkan lebih ramai kontraktor, pemaju, pembekal bahan binaan, pelabur atau perunding. Secara tidak langsung, ia akan menjadi pelengkap kepada proses pembentukan jaringan perniagaan secara lebih terbuka dan pelbagai dengan kos yang lebih rendah. Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA Sektor Hartanah Dan Industri Binaan memperlihatkan usaha-usaha bersepadu dalam mengenal pasti dan memajukan perniagaan koperasi yang berpotensi.

Program Pembangunan Jaringan Perniagaan Hartanah, Forum dan Dialog, Program Pembangunan Pembekalan Bahan Binaan Koperasi (Hardware), Pameran dan Ekspo Hartanah, Khidmat Rundingan Hartanah serta penubuhan Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHNB), sewaan bangunan ANGKASA dan memperkenalkan konsep projek Coopcity adalah antara usaha yang sedang dibangun dan dirancakkan menerusi sektor ini. Kini, usaha penjenamaan COOPHardware sedang diperluaskan dan jenama COOP PROPERTY sedang dibentuk oleh ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) ke arah

memberikan imej baharu kepada koperasi yang terlibat. Dengan wujudnya penjenamaan ini, membolehkan anggota koperasi dan masyarakat mengenal pasti produk dan perkhidmatan hartanah yang ditawarkan oleh koperasi.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Bahagian Pengurusan Aset & Pembangunan Hartanah ANGKASA Tel. : 03-7803 0494 Faks : 03-7802 8274 E-mel : aziahtalib.angkasa@gmail.com

Puan Aziah Talib Pemangku Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset & Pembangunan Hartanah ANGKASA

Edisi Khas PELANCAR

41

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease