Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA STRATEGIC ECONOMIC MASTERPLAN (SEM)

SEKTOR INOVASI DAN TEKNOLOGI

7

Projek Solar Projek Solar yang dibangunkan di atas sebidang tanah seluas 3.5 ekar di Sungai Tiang, Pendang, Kedah dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 juta termasuk pembinaan pencawang TNB iaitu TNB Solar Sungai Tiang dimulakan setelah mendapat kuota FiT (Feed-In Tariff) oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Mei 2016 yang lalu. Menerusi projek tenaga solar tersebut, syarikat milik penuh ANGKASA iaitu MyANGKASA Services Sdn. Bhd. telah mendapat lesen daripada

Pemantapan usaha dalam memodeni- sasi gerakan koperasi telah meletakkan Sektor Inovasi dan Teknologi sebagai salah satu daripada lapan sektor terpenting kepada ANGKASA dalam usahanya membantu koperasi ahli sentiasa berada di kedudukan yang seiring dengan peralihan revolusi industri 4.0. Selain membangunkan pelbagai prasarana teknologi dalam aspek tadbir urus koperasi, sektor ini juga juga turut mengambil peranan secara proaktif dalam menggalakkan penglibatan koperasi menerusi pembangunan teknologi hijau sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar di samping menjamin kesejahteraan sejagat. Membudayakan teknologi hijau bukan sahaja menjimatkan tenaga dan sumber asli, malah ia berupaya menghasilkan pendapatan baharu kepada koperasi melalui penjanaan tenaga diperbaharui.

Suruhanjaya Tenaga untuk menjana tenaga elektrik dari tenaga solar bagi tempoh 21 tahun sekaligus mampu menjana perolehan hampir RM27 juta. Koperasi boleh menjana pendapatan melalui projek berimpak tinggi ini menerusi kontrak bekalan tenaga elektrik sebagaimana yang telahpun digerakkan oleh ANGKASA di Projek Solar Sungai Tiang, Pendang, Kedah di samping menyediakan ruang yang luas dan teduh sebagai tapak menjalankan projek sampingan seperti tanaman, ternakan dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Sektor Pembangunan Inovasi Dan

Teknologi ANGKASA Tel. : 03 - 7800 7805 Faks : 03 - 7884 6464 E-mel : msofian@angkasa.coop

Haji Mohd Sofian Osman Ketua Pegawai Teknologi Dan Pembangunan Inovasi

Edisi Khas PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease