SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI
SEKTOR PEMBANGUNAN KOMUNITI
8
Sektor Pembangunan Komuniti diberi perhatian serius kerana bilangannya begitu besar terdiri daripada Koperasi Rukun Tetangga, Koperasi Siswa, Koperasi Wanita, dan Keluarga, Koperasi Keluarga, Koperasi Kariah Masjid, Koperasi Ibu Tunggal, Koperasi Bela Rakyat (KOBERA), Koperasi Orang Asli dan Koperasi Orang Kurang Upaya (OKU) dan Koperasi Belia. Usaha dan gerakan dalam memajukan koperasi-koperasi ini akan terus dipergiat selaras dengan visi sektor
iaitu untuk menjadi sektor yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan ekonomi dan pendidikan koperasi menjelang tahun 2020 serta misinya
menyediakan pendidikan yang berkualiti mengenai kesedaran berkoperasi dan merangsang ekonomi, budaya dan sosial komuniti.
DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA
Koperasi Kariah Masjid (KKM) Prestasi Koperasi Kariah Masjid (KKM) menunjukkan perkembangan yang positif dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang semakin memberangsangkan. Peningkatan jumlah KKM memberi gambaran bahawa tujuan penubuhan dan kepentingannya semakin disedari dalam kalangan kariah. Pelbagai usaha boleh dilakukan ke arah mempertingkatkan pertumbuhan sosioekonomi kariahnya serta masyarakat setempat. Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) Selain penganjuran Bengkel Pembangunan Perniagaan KOBERA, Sektor Pembangunan Komuniti juga turut menjalankan program secara ‘one to one’. Program ini melibatkan lawatan dan pemantauan secara terus dengan memberi fokus kepada KOBERA yang masih aktif serta mengenalpasti masalah yang dihadapi sekaligus memberi bantuan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan KOBERA. Koperasi OKU Penubuhan Koperasi OKU bertujuan untuk mempelbagaikan aktivitinya bukan sahaja bagi menambahkan pendapatan koperasi malah memberi peluang kepada golongan OKU untuk mendapatkan peluang-peluang latihan dan pekerjaan.
44 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease