PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA STRATEGIC ECONOMIC MASTERPLAN (SEM)
Koperasi Orang Asli Sebanyak 70 buah Koperasi Orang Asli telah ditubuhkan setakat ini di seluruh negara. Antara objektif penubuhan Koperasi Orang Asli adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan melalui kegiatan ekonomi, memberi bantuan dan bimbingan keusahawanan, menaiktaraf sosioekonomi masyarakat orang asli serta dapat membantu mempromosi dan memasarkan produk hasilan Orang Asli. Koperasi Rukun Tetangga Objektif penubuhan Koperasi Rukun Tetangga sebagaimana yang telah digariskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah untuk membantu meningkatkan sosioekonomi ahli- ahli rukun tetangga, memasarkan produk dan perkhidmatan keluaran rukun tetangga, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat dan menggalakkan penyatuan masyarakat melalui aktiviti ekonomi Koperasi Siswa (KOSISWA) KOSISWA adalah pemangkin kepada program pembangunan modal insan generasi muda dalam dunia
koperasi. Selain meneroka peluang-peluang perniagaan dalam konteks yang bersesuaian, KOSISWA juga adalah platform kepada usaha pemantapan kepimpinan koperasi di masa hadapan menerusi barisan pelapis yang mahir dan profesional.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA Tel. : 03-7800 7857 / 03-7800 7888 E-mel : marzuki.angkasa@gmail.com
Encik Ahmad Marzuki Ismail Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Komuniti, Pelancongan Dan Kesihatan
Edisi Khas PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease