JARINGAN ANGKASA
MyANGKASA SERVICES SDN. BHD. 3
ANGKASA menerusi anak syarikatnya, MyANGKASA Services Sdn. Bhd. telah membangunkan projek solar seluas 1.21 hektar di kawasan Sungai Tiang, Pendang, Kedah dan mula beroperasi pada tahun 2017. Projek tersebut mampu menjana tenaga sehingga 3.5 megawatt sehari dan membekalkannya kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi perjanjian kerjasama selama 21 tahun. Kadar harga yang ditetapkan oleh pihak SEDA bagi setiap kilowatt-jam adalah sebanyak 64 sen. Berasaskan kepada kadar yang telah ditetapkan, ANGKASA menjangkakan anggaran perolehan mampu mencecah sehingga RM1 juta setahun. ANGKASA kini bersedia untuk menjadi projek tesrebut sebagai contoh dan model rujukan kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk bekerjasama bagi membangunkan projek seumpama itu di masa akan datang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: MyANGKASA Services Sdn. Bhd. Tel. : 03-7884 6788 Faks : 03-7884 6678 E-mel : shahamohamed@gmail.com
Encik Shaharuddin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd.
MyANGKASA BINA SDN. BHD. 4
MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MABSB) adalah sebuah anak syarikat di bawah kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. yang memberi tumpuan kepada perniagaan berasaskan hartanah dan pembinaan khususnya projek perumahan anggota koperasi. Transformasi MABSB bermula daripada sebuah syarikat yang menyediakan khidmat perunding pengurusan projek dan sebagai pemaju seterusnya kontraktor binaan. MABSB juga memiliki mendapatkan lesen kontraktor G7 daripada CIDB yang membolehkannya menjalankan sebarang aktiviti pembangunan tanpa had nilaian. MABSB juga komited untuk membantu membangunkan hartanah milik koperasi sekaligus meningkatkan ekonomi koperasi melalui aktiviti pembangunan, pelaburan dan pemilikan hartanah. Bentuk Perniagaan 1. Sebagai pemaju dan pembiaya projek bagi mana-mana tanah milik koperasi atau anggota koperasi. 2. Sebagai pemaju bagi tanah milik koperasi dan modal dibiayai tanah koperasi. 3. Sebagai pemaju bagi projek yang dibiayai modal oleh koperasi yang tidak memiliki tanah. 4. Sebagai pemaju dan pembiaya projek untuk koperasi yang tidak memiliki modal dan tanah. Koperasi mempunyai anggota sebagai pembeli rumah. Untuk maklumat lanjut boleh mendaftar secara dalam talian di www.angkasahome.com atau facebook ‘angkasahome’. Koperasi juga boleh mengunjungi galeri MyANGKASA Bina Sdn Bhd di alamat : Suite C101, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: MyANGKASA Bina Sdn. Bhd.
Tel: 03-78875079 Faks: 03-78873677 E-mel: azman.myangkasabina@gmail.com
Encik Azman Mat Wajib Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Bina Sdn. Bhd.
Edisi Khas PELANCAR
49
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease