JARINGAN ANGKASA
MyANGKASA FARMASI SDN. BHD.
5
ANGKASA melalui MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. menyediakan pendekatan sokongan dan bantuan bagi menjayakan usaha penubuhan farmasi komuniti kepada koperasi yang berminat. ANGKASA melihat peluang perniagaan dalam bidang farmaseutikal sebagai satu cabang perniagaan era baharu yang boleh diberi perhatian oleh koperasi. Pelan perniagaan berimpak tinggi seperti ini mampu membela dan menaik taraf sektor koperasi sebagai salah satu penyumbang utama dalam pembangunan negara. Menerusinya juga, sektor koperasi boleh berperanan sebagai “ front line ” yang mampu memasarkan produk-produk keluaran koperasi yang berkualiti melalui farmasi sekaligus dapat membina satu rantaian lengkap dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Keterangan lanjut, hubungi : MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd.
Tel. : 03-7884 6788 Faks : 03-7884 6678
Mr. Siang Lim Seh Wan Ketua Pegawai Kewangan MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd.
MyANGKASA DIALISIS SDN. BHD.
6
Berpegang teguh kepada prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’, MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. yang mula ditubuhkan pada 25 Januari 2013 terus merekodkan prestasi yang positif dan semakin berkembang. Berdasarkan kepada pencapaian Pusat Dialisis MyANGKASA di Temerloh Pahang, MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. sedia menawarkan kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menjalankan perkhidmatan pusat dialisis sama ada dimiliki secara sepenuhnya oleh koperasi ataupun secara perkongsian. Penubuhan sebuah pusat dialisis baharu memerlukan jangkamasa dan perancangan yang teliti selain beberapa prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia yang perlu dipatuhi. Selain itu, sumber kewangan koperasi juga perlu kukuh untuk memastikan pusat dialisis dapat beroperasi dengan lancar.
MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. juga telah membuat pelaburan baharu dengan menubuhkan Pusat Dialisis MyANGKASA di Kuala Kedah menerusi kerjasama dengan Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad. Pusat tersebut yang mula beroperasi pada bulan Mei, 2017 memiliki jumlah mesin yang dilesenkan sebanyak 12 unit. MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. juga sedang mengenal pasti beberapa lokasi di seluruh Malaysia untuk membuka cawangan perniagaan baharu.
Kepada koperasi yang berminat untuk membuka Pusat Dialisis, boleh hubungi kami : MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. Tel: 03-7884 6788 Faks: 03-7884 6678 E-mel: myangkasa.dialisis@gmail.com
Encik Abdul Rahim Parmin Pengurus Besar MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd.
50 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease