Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

JARINGAN ANGKASA

9

ANGKASA melalui Yayasan ANGKASA komited membantu meringankan bebanan ibu bapa dengan menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah untuk pengajian di IPTA atau IPTS untuk pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD). Pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA yang boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan memberi dorongan dan semangat kepada pelajar untuk sentiasa berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Yayasan ANGKASA turut memastikan pelajar-pelajar yang dibiayainya mengikut program motivasi dan program keusahawanan pelajar yang dianjurkannya sendiri. Malah mana-mana pelajar yang mendapat nilai gred di bawah 2.80 juga akan dihantar menyertai program kaunseling dan yang sedang di tahun akhir pengajian akan dapat mengikuti kursus persediaan kerjaya. Kesemua program ini diatur semasa cuti semester. Kelayakan asas untuk memohon pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA adalah seperti berikut: 1) Warganegara Malaysia. 2) Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi. 3) Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana- mana IPTA atau IPTS. 4) Belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja. 5) Maksimum pembiayaan empat (4) tahun lapan (8) semester dan minimum satu (1) tahun pengajian dua (2) semester.

LEMBAGA PENGARAH

HAJI MUTADHO BAHRI Pengerusi DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN HAJAH ARMI ZAINUDIN TUAN SYED AZMI SYED NAZIR AHMAD ENCIK SHAHRUL CHE WAIL DATUK AHMAD JAMIL HASHIM DATUK HAJI MD. YUSOF SAMSUDIN HAJI NASIR KHAN YAHAYA

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Tel. : +603-7880 5358/6358/9358 laman web : www.yayasanangkasa.coop

Puan Haslinda Ahmad Pengurus Yayasan ANGKASA

Edisi Khas PELANCAR

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease