SEJARAH PENUBUHAN ANGKASA
Hasrat untuk membentuk sebuah badan gabungan induk dalam gerakan koperasi di Malaysia telah bermula sejak tahun 1958 dan susulan daripadanya, satu inisiatif dibentuk menerusi pembentukan sebuah Jawatankuasa Khas Penubuhan Persatuan Kerjasama dalam Kongres Kerjasama Pertama pada November 1966 dan disusuli dengan perbincangan selanjutnya semasa Kongres Kerjasama Kedua pada Mac 1971. Hasilnya pada 12 Mei 1971,Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA telah didaftar di bawah Ordinan Koperasi 33/1948 dan telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertama pada 31 Julai tahun yang sama bagi membincangkan pelbagai usul dan cadangan selain melantik Ahli- Ahli Jawatankuasa di peringkat kebangsaan dan negeri.
ANGKASA menerima pengiktirafan daripada kerajaan sebagai Wakil Gerakan Koperasi Malaysia pada 22 Januari 1972 dan meminda namanya kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad pada tahun 1975. Seiring dengan peranannya sebagai badan yang mewakili gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,ANGKASA terus bergerak aktif dengan Visi ‘Untuk Menjadi Badan Apeks Pemangkin Pembangunan Koperasi Terunggul Di ASEAN Menjelang 2020’ selain memenuhi Misi ‘Untuk Menyediakan Produk Dan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Serta Melindungi Kepentingan Dan Memperjuangkan Hak Gerakan Koperasi Melalui Pengurusan Yang Profesional’.
4 PELANCAR Edisi Khas Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease