IKRAR INTEGRITI
ANGKASA turut mewujudkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi mengukuhkan amalan integriti selain memberi pendedahan, perkongsian ilmu serta bimbingan kepada koperasi ahli mengenai rasuah dan salah guna kuasa.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Unit Integriti Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus Dan Integriti ANGKASA Tel. : 03 - 7800 7891 Faks : 03 - 7884 6444 Emel : integriti.angkasa@gmail.com
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KOPERASI
Jalinan kerjasama antara Pasukan Sukarelawan Koperasi (PASKOP) yang terdiri daripada kalangan warga kerja ANGKASA, koperator serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah membentuk ‘Rakan Sukarelawan Coop Malaysia’ bagi bersama-sama membantu menyemarakkan nilai-nilai kemanusiaan menerusi aktiviti kesukarelawan. Pelbagai program kemasyarakat di bawah jenama ‘CoopCare ANGKASA’ juga turut dijalankan bersama agensi-agensi yang mengambil bahagian.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Tel. : 03-7884 6442 Faks : 03-7884 6489 E-mel : korporat.angkasa@gmail.com
58 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease