Wadah PELANCAR Edisi Khas 2019

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

ANGKASA DI PENTAS ANTARABANGSA International Cooperative Alliance (ICA)

International Cooperative Alliance – Asia Pacific (ICA-AP) Malaysia Business Office (MBO) Pembukaan Malaysia Business Office (MBO) oleh International Co-operative Alliance - Asia Pacific (ICA - AP) sejak tahun 2014 di Kelana Jaya, Selangor juga telah memberi banyak kelebihan dan manfaat serta membuka pelbagai ruang untuk saling mengukuhkan hubungan serta kerjasama pembangunan antara koperasi di rantau tersebut. MBO juga memberi peluang kepada ANGKASA untuk menjadi tuan rumah bagi program-program antarabangsa yang dianjurkan oleh ICA-AP dengan kerjasama NACF, Japanese Consumer Co- operative Union dan All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives.

Peranan dan penyertaan aktif ANGKASA di peringkat global telah diiktiraf oleh International Cooperative Alliance (ICA) dan ANGKASA meneruskan momentum tersebut menerusi pelbagai bentuk penganjuran bertaraf antarabangsa selain terlibat secara langsung dalam pelbagai program anjuran ICA di luar negara. Pemilihan beberapa perwakilan ANGKASA dalam jawatankuasa peringkat serantau dan global juga telah memberi peluang kepada ANGKASA untuk membawa pelbagai isu berbangkit terutama yang melibatkan kepentingan koperasi di Malaysia serta cadangan demi kemakmuran dan kejayaan bersama. Pemilihan seorang perwakilan ANGKASA sebagai Ahli Lembaga ICA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail juga telah memberi kelebihan kepada ANGKASA untuk berperanan

dengan lebih giat dalam mempromosi serta menjana peningkatan ekonomi koperasi menerusi peluang- peluang pemasaran baharu.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA Tel. : 03-7800 7823 / 03-7803 0109 / 03-7803 0116 E-mel : international@angkasa.coop

Hajah Roszurina Haji Omar Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Antarabangsa

Edisi Khas PELANCAR Edisi Khas PELANCAR

61

61

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease