Wadah PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2025

Wadah

SEPTEMBER 2025 JILID: WP07/9

http://pelancar.online

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

Kontinjen ANGKASA Julang Semangat Koperasi dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Kontinjen ANGKASA dengan kekuatan seramai 81 anggota ketika menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Seramai 68 warga ANGKASA termasuk subsidiari, enam kakitangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) serta tujuh anggota Koperasi Sukarelawan Rakyat Selangor Berhad menyertai kontinjen itu yang diselaraskan oleh Bahagian Korporat ANGKASA (BKA).

Kontinjen tersebut diketuai Pengurus Besar BKA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim serta dibantu oleh Pengurus Besar Bahagian Wanita, Komuniti dan Pengurusan Hartanah ANGKASA, Ir. Ts. Mohd Ramli Parman sebagai komander perbarisan.

Kontinjen ANGKASA dengan kekuatan seramai 81 anggota tampil bersemangat membawa nama ANGKASA dan gerakan koperasi dalam perbarisan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

2 INFO SEMASA

Wadah

SEPTEMBER 2025

DARI MUKA 1

Sambutan tersebut turut mencatat sejarah apabila buat julung kali maskot rasmi ANGKASA, ‘BeeRo’, diperkenalkan. ‘BeeRo’ dipilih sebagai penghargaan kepada Biro Potongan Gaji ANGKASA yang diwujudkan sejak 1977 dan kekal sebagai perkhidmatan utama ANGKASA sehingga sekarang. Pemilihan lebah sebagai maskot melambangkan semangat 'Bekerja bersama-sama demi manfaat bersama' selain mencerminkan nilai kolaborasi dan kesepakatan pasukan. Selain membawa bendera ANGKASA dan Coop, kontinjen segak berbaju batik rasmi ANGKASA berwarna biru turut mengibarkan bendera Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) bersempena pengisytiharan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf peranan koperasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Pengiktirafan PBB itu menjadikan 2025 diisytiharkan sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa kali kedua selepas kali pertama pada 2012. ANGKASA merupakan antara sembilan badan berkanun dan agensi kerajaan yang menyertai perbarisan bawah kluster Kesejahteraan Sosial dan Rakyat. Kluster tersebut adalah sebahagian daripada kontinjen Ekonomi dan Swasta yang melibatkan 41 syarikat dengan penyertaan seramai 2,397 peserta. Turut berbaris dalam kluster sama adalah Pelaburan Nasional Berhad (PNB), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Tabung Haji dan Khazanah Nasional Berhad. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut hadir bagi memberi semangat kepada kontinjen tersebut. Beliau berkata bahawa penyertaan itu bukan sahaja membawa nama ANGKASA, malah juga lebih 7 juta anggota

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Turut hadir ialah Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (empat dari kanan) bersama isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail (kanan sekali). (Kredit foto: Facebook Fahmi Fadzil).

koperasi di seluruh negara yang sentiasa mendokong pembangunan sosial dan ekonomi negara. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan komitmen dan persembahan yang ditunjukkan oleh kontinjen ANGKASA. Penyertaan kontinjen itu melambangkan kekuatan gerakan koperasi dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara di samping menzahirkan peranan koperasi sebagai rakan strategik kerajaan dalam

memperkasakan komuniti serta mendukung agenda Malaysia MADANI. Seiring pengisytiharan IYC2025, penyertaan tersebut turut menjadi simbol kesatuan dan komitmen koperasi terhadap pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat. Sambutan Hari Kebangsaan 2025 diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Hadir sama ialah Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri serta barisan Jemaah Menteri. Bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni', sambutan tersebut secara keseluruhannya menyaksikan sebanyak 81 kontinjen melibatkan 14,062 peserta mengambil bahagian yang turut menampilkan 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara serta 116 ekor haiwan dalam perkhidmatan awam.

Kontinjen ANGKASA dan maskot rasmi ANGKASA, ‘BeeRo’, yang membuat penampilan sulungnya dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bergambar kenangan.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

INFO SEMASA

3

Wadah

SEPTEMBER 2025

TYT Pulau Pinang Sokong Inisiatif Gerakan Koperasi ANGKASA

Pelancar berkata, nasihat tersebut menjadi panduan penting untuk ANGKASA dan gerakan koperasi menambah sumbangan dalam pembangunan ekonomi negeri. Sementara itu, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman pula menyatakan bahawa kunjungan tersebut membuktikan pengiktirafan kepimpinan negeri terhadap gerakan koperasi dan mendorong koperasi di peringkat tempatan untuk bergerak lebih proaktif. Sebagai kesinambungan, satu majlis makan malam anjuran Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) akan diadakan di Pulau Pinang dalam masa terdekat bagi mempromosikan peranan KOPSYA dan Tun Ramli telah menyatakan kesediaannya untuk hadir. Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Hajah Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib (kanan) bersalaman dengan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) sewaktu Majlis Kunjungan Hormat ANGKASA di Seri Mutiara, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2025.

Oleh: RAHMAT MOHD DID

koperasi Pulau Pinang. ANGKASA turut membentangkan konsep Koperasi Kariah Masjid (KKM) sebagai wadah pemerkasaan sosioekonomi umat Islam di negeri tersebut. Beliau menasihatkan agar pendekatan pembangunan KKM diperkasakan supaya manfaatnya lebih menyeluruh kepada masyarakat setempat. Beliau juga menyatakan keterujaan dengan projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise dan yakin projek tersebut mampu membangunkan perniagaan koperasi dalam bidang pelancongan serta mewujudkan peluang pekerjaan khususnya kepada anggota koperasi dan rakyat Pulau Pinang. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika mengulas kepada media

Usaha ANGKASA memperkukuh gerakan koperasi di Pulau Pinang mendapat suntikan semangat apabila Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib menzahirkan sokongan penuh terhadap beberapa inisiatif utama yang dibentangkan. Dalam kunjungan hormat ANGKASA ke kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri, Seri Mutiara pada 26 Ogos 2025, Tun Ramli memberi perhatian khusus kepada projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise yang dijalankan dengan kerjasama Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad, Koperasi Mubarak Pulau Pinang Berhad, wakil Universiti Sains Malaysia (USM) dan 13 buah

Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bergambar dengan delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah di Seri Mutiara.

Dari Meja Presiden

ANGKASA dengan komitmen berterusannya sentiasa cakna terhadap perkembangan sosioekonomi semasa khususnya dalam memperkasakan perniagaan koperasi menerusi sentuhan yang berorientasikan teknologi digital. Bagi menambah baik kualiti kerja sedia ada melalui khidmat latihan dan bimbingan dalam mendepani persaingan ekonomi yang lebih kompleks dan mencabar, ANGKASA memerlukan program latihan yang komprehensif bersifat mesra digital diterap dan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi menjana profesionalisme sekali gus merancakkan aktiviti jualan dan pemasaran.

Selain dapat menjimatkan kos operasi, usaha untuk mengadaptasi teknologi dan pengetahuan baharu adalah penting bagi meningkatkan kualiti kerja sekali gus dapat mencapai matlamat sesuai dengan norma tadbir urus dan kehendak pasaran semasa. Kita juga amat berharap agar skop latihan dan bimbingan yang dijalankan itu boleh meningkatkan tahap jati diri anggota koperasi yang terlibat dalam membina rantaian nilai secara lebih cemerlang demi kemajuan dan kelestarian gerakan koperasi di Malaysia.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

INFO SEMASA

4

Wadah

SEPTEMBER 2025

ANGKASA Gesa Penstrukturan Semula Dana KWAPb Demi Lonjakan Gerakan Koperasi

Kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presidennya., Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick (tengah) selepas sesi kunjungan hormat ke pejabat Menteri KUSKOP di Putrajaya pada 17 September 2025.

untuk menyatukan dan mewakili gerakan koperasi negara, merangsang perniagaan koperasi dan memperluas pemahaman terhadap prinsip koperasi. Selaras dengan arus perubahan sosioekonomi semasa, ANGKASA menegaskan keperluan memperkukuh agenda pemerkasaan koperasi dengan memohon peruntukan yang lebih besar dan mudah diakses secara terus di bawah KUSKOP. Pendanaan yang lebih mampan dan tersusun ini diyakini mampu mempercepat pelaksanaan program pembangunan koperasi secara lebih efisien, telus dan berimpak tinggi, sekali gus memastikan koperasi kekal relevan sebagai pemacu ekonomi rakyat,” katanya. Datuk Ewon dalam ucapannya menegaskan komitmen berterusan untuk menyokong ANGKASA dalam segala urusan pembangunan koperasi negara, sambil menyifatkan badan apeks itu sebagai rakan strategik utama yang memainkan peranan kritikal dalam memacu pertumbuhan sektor koperasi serta memperkukuh ekonomi rakyat. Beliau berjanji akan meneliti semua cadangan dikemukakan ANGKASA termasuk pelantikan seorang Senator mewakili gerakan koperasi bagi memastikan suara lebih 16,000 koperasi dan 7.2 juta anggotanya dapat diangkat secara rasmi di Parlimen. Dalam pertemuan sama, ANGKASA turut menyatakan komitmen sebagai rakan strategik utama KUSKOP dalam melaksanakan resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus, akses pasaran, digitalisasi serta peranan koperasi sebagai penyumbang utama ekonomi negara. ANGKASA optimis dengan sokongan KUSKOP, gerakan koperasi dapat menjadi pemacu penting dalam menjayakan aspirasi ekonomi Madani.

Oleh: RAHMAT MOHD. DID

ANGKASA hasrat kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar pengagihan dana Kumpulan menzahirkan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb) disusun semula supaya usaha membangunkan gerakan koperasi di Malaysia dapat disalurkan secara lebih berkesan, telus dan inklusif. Dalam kunjungan hormat ke pejabat Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick pada 17 September 2025, kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan KUSKOP sebagai rakan strategik dalam usaha menambah baik mekanisme sedia ada agar gerakan koperasi pelbagai saiz dapat dibangunkan secara lebih adil dan berimpak tinggi tanpa kekangan birokrasi dan jurang kapasiti. Menurut Datuk Seri Abdul Fattah, jumlah dana KWAPb yang diterima ANGKASA untuk tujuan pembangunan koperasi semakin mengecil menyebabkan badan apeks tersebut perlu memperuntukkan 30 peratus daripada keuntungan bersih sendiri setiap tahun. “Sebelum ini, ANGKASA pernah menerima sehingga RM16 juta setahun daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan dana tersebut membolehkan pelbagai program pembangunan koperasi dilaksanakan dengan lebih agresif, termasuk meningkatkan daya saing, membina keupayaan pengurusan serta memperkukuh jaringan pasaran koperasi. Inisiatif ini sejajar dengan Deklarasi Putrajaya 2012 yang menyelaraskan fungsi antara ANGKASA, SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), sekali gus menetapkan peranan ANGKASA

YB Datuk Ewon menegaskan komitmen berterusan KUSKOP untuk menyokong ANGKASA dalam segala urusan pembangunan koperasi negara.

Sesi perbincangan antara KUSKOP dengan ANGKASA.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA termasuk Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha.

INFO SEMASA

5

Wadah

SEPTEMBER 2025

Sesi Meja Bulat ANGKASA - MINDA-UKM: Ketengah Potensi Koperasi dalam Belanjawan 2026

Sesi Meja Bulat ANGKASA-MINDA-UKM bertajuk 'Menelusuri Hala Tuju Belanjawan 2026: Memeta Potensi Baharu Gerakan Koperasi' menampilkan dua ahli panel iaitu Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (kanan) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang dipengerusikan oleh moderator, Tuan Sayed Munawwar Sayed Mustar (kiri) di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 17 September 2025.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB AZIZ

Usaha koperasi menerusi pembangunan sosioekonomi negara menjadi agenda utama kepada 'suara' gerakan yang lebih menyeluruh dan inklusif dalam menentukan keutamaan serta arah tuju fiskal negara. memperkukuh peranan Selain itu, usaha tersebut juga dapat membina ruang baharu dalam memeta potensi serta memperkasa kedudukan koperasi sebagai rakan strategik bagi mendukung aspirasi Ekonomi MADANI. Demikian antara inti pati bual bicara yang berlangsung dalam Sesi Meja Bulat ANGKASA- MINDA-UKM bertajuk 'Menelusuri Hala Tuju Belanjawan 2026: Memeta Potensi Baharu Gerakan Koperasi' bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 17 September 2025. Program wacana ANGKASA dengan kerjasama MINDA-UKM yang julung kali diadakan itu menampilkan dua ahli panel iaitu Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang dipengerusikan oleh moderator tersohor, Tuan Sayed Munawwar Sayed Mustar. Kedua-dua tokoh akademik dan koperasi yang berpengalaman tersebut telah berjaya mengenengahkan idea bernas, wacana bernilai tinggi serta cadangan yang diyakini mampu memberikan impak yang lebih holistik dan berdaya tahan kepada pembangunan gerakan koperasi serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Menurut Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan, koperasi adalah 'permata' negara yang memiliki peranan besar dalam kerangka pembangunan ekonomi negara seiring dengan perkembangan inovasi, keusahawanan, kelestarian alam dan keterangkuman. Katanya, gerakan memiliki model koperasi yang unik kerana nilai kebersamaan yang ada dan

Ahli panel bergambar bersama wakil koperasi yang hadir selepas Sesi Meja Bulat ANGKASA-MINDA-UKM.

sewajarnya digembleng secara kolektif dalam usaha mengarusperdanakan koperasi sebagai agen transformasi ekonomi dan sosial serantau. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mahu Belanjawan 2026 dapat membuka ruang koperasi bukan sahaja berkembang, malah menjadi tonggak utama dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Beliau berkata, ANGKASA memilih bidang Agro Makanan Berimpak Tinggi sebagai medan strategik koperasi seiring dengan Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang menetapkan hala tuju untuk membangunkan sektor koperasi. Agro Makanan katanya, menyatukan kepentingan nasional, mencipta peluang ekonomi serta fungsi sosial koperasi yang bukan sahaja menjamin bekalan negara, bahkan dapat mengurangkan kebergantungan import dan menstabilkan harga. "Melalui sokongan berterusan kerajaan, ANGKASA berharap koperasi boleh bergerak seiring dengan sektor awam dan swasta dalam memacu Ekonomi MADANI. Justeru, Belanjawan 2026 diharap dapat menyediakan satu lonjakan strategik melalui Dana Transformasi Koperasi untuk menjadikan koperasi sebagai kuasa ekonomi ketiga negara," ujarnya.

Seramai 60 warga koperasi terbaik sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan turut serta dalam program itu yang bermatlamat untuk mendapatkan perspektif langsung daripada gerakan koperasi untuk dihimpun, diteliti dan disalurkan sebagai input penting kepada pembuat dasar negara dalam proses penggubalan Belanjawan 2026. Turut hadir dalam program itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Kamarudin Ismail, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri serta barisan pengurusan ANGKASA diketuai Dato' Haji Abdullah Jusoh. Belanjawan 2026 iaitu Belanjawan MADANI Keempat bakal dibentangkan pada Oktober 2026 merupakan Belanjawan pertama yang dilaksanakan bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)/Pelan Malaysia Ke-13 (13MP). Tiga tonggak utama Belanjawan 2026 yang diberi perhatian ialah Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara, Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat dan Memacu Pembaharuan, Tatakelola Yang Baik. Ketiga-tiga tonggak tersebut adalah seiring dengan usaha memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui subsidi terarah, modal insan, tadbir urus baik dan pembangunan inklusif.

INFO SEMASA

6

Wadah

SEPTEMBER 2025

MoU ANGKASA-SPRM: Usaha Perangi Rasuah, Perkukuh Integriti dan Tadbir Urus Baik dalam Gerakan Koperasi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' TKPj Azmi Kamaruzaman (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki (kiri sekali) di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 10 September 2025.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB AZIZ

ANGKASA mengambil langkah proaktif memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) baharu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh lima tahun sebagai tekad memastikan gerakan koperasi negara kekal utuh dengan tadbir urus baik berlandaskan nilai integriti yang tinggi. Usaha tersebut adalah selaras dengan komitmen ANGKASA terhadap usaha memerangi rasuah, memperkukuh integriti dan tadbir urus baik gerakan koperasi sebagai keutamaan kepada mewujudkan persekitaran budaya kerja yang telus dan bersih dalam setiap lapisan pengurusan. Majlis menandatangani MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' TKPj

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki (tengah) bergambar bersama tetamu jemputan dan peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Forum Anti Rasuah Koperasi dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ANGKASA dan SPRM.

INFO SEMASA

7

Wadah

SEPTEMBER 2025

Azmi Kamaruzaman sambil disaksikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 10 September 2025. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rozdeen Mohd Jaafar, Pengarah Pentadbiran Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Puan Nor Azila Md. Tauhid dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, TPj Rasidah Abdul Karim. Kerjasama strategik antara ANGKASA dengan SPRM itu adalah kesinambungan kepada MoU terdahulu yang telah ditandatangani pada 17 Julai 2017, iaitu memberi fokus kepada usaha memperkukuh serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam memerangi rasuah serta pemerkasaan integriti melalui pelbagai program anjuran bersama, sekali gus berjaya memberikan impak positif terhadap komitmen warga koperasi dalam menolak rasuah. Skop kerjasama MoU baharu yang disepakati tersebut merangkumi perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam aspek akademik, latihan, penyelidikan dan penerbitan ke arah meningkatkan kapasiti dan kemampuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dalam membanteras jenayah rasuah secara berkesan.

Forum Antirasuah Koperasi bertajuk 'Pengurusan Dana Awam' menampilkan dua panelis iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk TPj Ahmad Nizam Ismail (tengah) dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kanan sekali) yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Kumpulan ANGKASA, Haji Zaharudin Alias.

Selain itu, kedua-dua pihak juga berhasrat untuk mewujudkan persefahaman secara menyeluruh dan berkesan di peringkat nasional dan antarabangsa melalui jalinan kerjasama yang kukuh. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa MoU yang disepakati itu bukan sekadar dokumen perundangan, malah manifestasi iltizam dan tanggungjawab moral

dalam setiap tindakan supaya gerakan koperasi sifar rasuah dapat direalisasikan. Terdahulu, Forum Antirasuah Koperasi bertajuk 'Pengurusan Dana Awam' telah berlangsung menampilkan dua panel iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk TPj Ahmad Nizam Ismail dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Kumpulan ANGKASA, Haji Zaharudin Alias. Turut diadakan ialah Pocket Talk : Pengurusan Dana Infaq yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir terdiri daripada Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Kamarudin Ismail. Selain itu, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi JAD Kumpulan ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad.

kedua-dua pihak untuk menjadikan sektor koperasi di negara ini sebagai contoh unggul dalam tata kelola, integriti dan mendukung Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah. Beliau memuji dan menjunjung tinggi komitmen ANGKASA dalam usaha berterusan mencegah rasuah dan pecah amanah dalam gerakan koperasi dan beliau mengakui ANGKASA sebagai rakan strategik yang sangat penting dalam memperjuangkan agenda antirasuah secara menyeluruh. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyatakan keyakinannya terhadap kerjasama erat kedua-dua pihak akan terus menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat integriti sebagai asas utama

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya menyampaikan taklimat dalam sesi Pocket Talk : Pengurusan Dana Infaq.

Tan Sri Dato' Sri Haji Azam (tengah) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan ANGKASA.

INFO SEMASA

9

Wadah

SEPTEMBER 2025

KOPAMA Tawar Rumah Mampu Milik kepada Anggota Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah melawat reruai selepas merasmikan Program Kolaborasi antara Koperasi Untuk Pemilikan Rumah di Taman YPJ Punggai Johor, Pelancaran Produk KOPAMA dan Pengenalan ALFA University College kepada Koperasi di Subang Jaya, Selangor pada 9 September 2025.

Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Program Pemilikan Rumah Antara Koperasi di Taman YPJ Punggai, Johor dan PRIMA Setiawan, Perak membuktikan bahawa koperasi boleh menjadi peneraju dalam sektor perumahan dan membantu kerajaan dalam menyelesaikan isu perumahan serta membantu anggota mereka yang sukar mendapat kelulusan bank seperti tiada slip gaji dan sebagainya untuk memiliki rumah sendiri. Demikian dinyatakan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Program Kolaborasi antara Koperasi untuk Pemilikan Rumah Di Taman YPJ Punggai, Pelancaran Produk KOPAMA dan Pengenalan Alfa Universiti College kepada Koperasi bertempat di Alfa University College, Subang Jaya, Selangor pada 9 September 2025. Menurut beliau, hasil kerjasama erat antara Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad (KOPAMA) dengan pemaju besar seperti Lagenda, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), menjadikan peluang untuk memiliki rumah kini semakin mudah dicapai dengan harga sekitar RM160,000, anggota koperasi sudah mampu memiliki sebuah rumah. Tambahnya, ANGKASA amat mengalu–alukan usaha daripada pihak KOPAMA dan harus menjadi contoh kepada koperasi yang lain untuk turut serta dalam sektor berimpak tinggi. Beliau turut menyeru agar pihak bank dan koperasi kredit dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mempermudah proses permohonan serta kelulusan pinjaman. Dengan cara tersebut, lebih ramai anggota koperasi mampu memiliki rumah idaman. Terdahulu, Pengerusi KOPAMA, Dato’ Abdul Rahim Haji

Sebahagian peserta yang hadir.

Hashim dalam ucapan aluannya berkata, KOPAMA menawarkan kepada warga koperasi dengan diskaun khas daripada keseluruhan unit yang dijual. Jelasnya, selain membantu warga koperasi mendapatkan rumah, KOPAMA juga berhasrat memberi galakan kepada koperasi lain untuk menceburkan diri dalam bidang hartanah yang mampu memberikan pulangan tinggi. Turut diadakan adalah tayangan video korporat dan taklimat Alfa University College, taklimat projek perumahan YPJ dan taklimat projek perumahan Lagenda. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Federasi Koperasi Hartanah dan Industri Pembinaan Malaysia Berhad, Dato’ Mohd Nazifuddin Dato’ Sri Mohd Najib, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Naib Canselor Alfa University College, Prof. Dr. Nurliza Haslin Muslim.

INFO SEMASA

10

Wadah

SEPTEMBER 2025

PUTRAJAYA

PAHANG

PULAU PINANG

INFO SEMASA

11

Wadah

SEPTEMBER 2025

PERAK

INFO SEMASA

12

Wadah

SEPTEMBER 2025

Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA Diseru Manfaatkan Pengalaman Bersama Komuniti FELDA

Sebahagian daripada pelajar tajaan Yayasan ANGKASA bergambar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Dato' Zahari Sarip (barisan belakang, empat dari kiri) dan tetamu kehormat ketika Sesi Penyerahan Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA Kepada Keluarga Angkat Komuniti FELDA dalam Majlis Perasmian Pembukaan Program Inspirasi Pelajar Tajaan Bersama Keluarga Angkat Komuniti FELDA & Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor pada 12 September 2025.

Oleh: NOR AZAH ABD. AZIZ

Pelajar tajaan Yayasan ANGKASA diseru supaya mengambil peluang menimba pengalaman baharu dan memanfaatkannya sepanjang tempoh bersama keluarga angkat masing-masing di FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor. Pengalaman menguruskan ladang sawit dan bergaul dengan komuniti diharap dapat memberi manfaat yang berguna kepada kehidupan dan karier mereka pada masa akan datang. Demikian diucapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Dato’ Zahari Sarip yang mewakili Menteri Besar Johor pada Majlis Perasmian Pembukaan Program Inspirasi Pelajar Tajaan Bersama Keluarga Angkat Komuniti FELDA & Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2025. Majlis tersebut berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Air Tawar 5 pada 12 September 2025. “Pengalaman keemasan berada dalam kalangan komuniti FELDA itu tidak sama dengan pengalaman kehidupan di bandar mahupun di kawasan kampung. Justeru, ilmu dan perkongsian cara hidup di FELDA diharap dapat dimanfaatkan untuk karier dan bidang keusahawanan yang diceburi,” katanya. Menurutnya lagi, silaturahim antara pelajar dan keluarga angkat juga sebaiknya diteruskan walaupun pelajar sudah pulang ke kampus dan keluarga masing- masing. Terdahulu, Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, seramai 100 pelajar tajaan Yayasan ANGKASA dari pelbagai universiti awam menyertai program keluarga angkat yang melibatkan 50 buah rumah peneroka FELDA Air Tawar 5. Setiap rumah menerima dua orang anak angkat serta sumbangan berupa bakul makanan asas, sumbangan tunai RM200 serta baucar langganan produk MyANGKASA Amanah Berhad Hibah/Wasiat/Pusaka bernilai RM300 sebagai tanda penghargaan kepada keluarga angkat yang terlibat. Katanya, program tersebut bertujuan mendedahkan pelajar kepada cara hidup seharian masyarakat FELDA serta mempelajari kejayaan peneroka dalam aktiviti keusahawanan. Selain itu, program itu turut memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi aspirasi dan matlamat bersama, khususnya dalam melahirkan generasi FELDA yang cemerlang melalui penglibatan langsung komuniti dalam aktiviti pendidikan, ziarah kasih dan sukan rakyat. Program empat hari tiga malam bermula 12 hingga 15 September 2025 itu

Sebahagian tetamu yang hadir.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Penawar, Puan Fauziah Misri (lima dari kanan) bersama sebahagian pelajar pada Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Rakyat Pelajar Yayasan ANGKASA Bersama Keluarga Angkat dan Komuniti FELDA Wilayah Johor Bahru.

menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada pelajar tajaan Yayasan ANGKASA, ibu bapa, keluarga angkat dan komuniti FELDA Air Tawar 5. Program tersebut dianjurkan khusus bagi pelajar baharu tajaan Yayasan ANGKASA dengan tujuan memberi motivasi, membina jati diri, mengekalkan kecemerlangan akademik serta membentuk sahsiah unggul dan semangat bermasyarakat. Sepanjang berlangsungnya program, peserta berpeluang menyertai Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA yang dianjurkan

INFO SEMASA

13

Wadah

SEPTEMBER 2025

buat julung kali. Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuk sukan rakyat, program Ziarah Kasih Yayasan ANGKASA Prihatin, Majlis Selawat & Ceramah Perdana Maulidur Rasul, acara Ladang Sawit Fun Run 2025 serta aktiviti jualan dan pameran. Inisiatif berkenaan bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara pelajar, keluarga angkat dan komuniti FELDA, malah memberi peluang kepada pelajar memahami realiti hidup bermasyarakat. Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad, Dato’ Haji Fahrul Rahman Ahmad dan Dato’ Hajah Rosni Haji Zahari, Pengarah FELDA Wilayah Johor Bahru, Encik Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab, Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd Hamid, Ketua Peneroka FELDA Air Tawar 5, Encik Isa Mahad dan Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Ahmad.

Baling kelapa adalah antara aktiviti yang dipertandingkan dalam acara sukan rakyat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada komuniti FELDA Air Tawar 5 dalam Program Ziarah Kasih Yayasan ANGKASA Prihatin.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik turut menyertai Larian Sawit Fun Run 2025 kategori 5km.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor , Tuan Aznan Tamin (tengah) diiringi ADUN Penawar, Puan Fauziah Misri (dua dari kanan) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Majlis Pelepasan Peserta Larian Sawit Fun Run 2025 kategori 3km disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor , Tuan Aznan Tamin di Padang SK Felda Air Tawar 5.

Sebahagian daripada pelajar dan keluarga angkat yang diraikan pada Majlis Makan Malam Program Inspirasi Pelajar Yayasan ANGKASA Bersama Keluarga Angkat Komuniti FELDA Sesi 2025.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama tetamu bergambar bersama pelajar dan keluarga angkat pada Majlis Budi Disanjung Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA dan Keluarga Angkat.

RENCANA

14

Wadah

SEPTEMBER 2025

Percukaian dan Koperasi

Oleh: EZLEEZAN OTHMAN Ketua Seksyen Cukai Langsung

ii. Cukai tidak langsung yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula terdiri daripada duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai pelancongan, levi pelepasan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan barang perdagangan dan lain-lain. Cukai tidak langsung dianggarkan menyumbang 20.7 peratus kepada kutipan keseluruhan hasil negara bagi tahun 2025. Cukai Langsung dan Koperasi Koperasi sebagaimana entiti lain seperti individu, syarikat, persatuan dan pertubuhan perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan bawah perundangan percukaian langsung di mana mereka secara asasnya perlu berdaftar sebagai pembayar cukai dan membayar cukai seperti yang ditetapkan. Bagi tujuan cukai pendapatan, koperasi didefinisikan bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) sebagai koperasi yang didaftarkan bawah Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang bertulis berhubung dengan pendaftaran koperasi di Malaysia termasuk Akta Pertubuhan Peladang 1967, Akta Organisasi Peladang 1973 dan Akta Pertubuhan Nelayan 1971. Berbeza dengan cukai pendapatan korporat, kerajaan telah menyediakan struktur cukai pendapatan progresif yang istimewa kepada koperasi dengan tujuan untuk membantu koperasi lebih berdaya tahan dalam melaksanakan fungsi dan operasi perniagaannya. Kadar cukai progresif tersebut diperuntukkan dalam Bahagian IV, Jadual 1, ACP 1967 seperti berikut:

Selaras dengan kepentingan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara, kerajaan telah memberikan layanan cukai istimewa di mana pengecualian cukai pendapatan kepada koperasi telah diperuntukkan bawah subperenggan 12(1)(a) dan 12(1)(b) Jadual 6, ACP 1967 seperti bawah: i. Koperasi yang baru didaftarkan adalah dikecualikan daripada cukai terhadap mana- mana pendapatan bagi tempoh lima tahun pertama bermula dari tarikh pendaftarannya; dan ii. Koperasi yang telah berdaftar lebih daripada lima tahun dikecualikan daripada cukai sekiranya Kumpulan Wang Ahli pada hari pertama bagi tempoh asas untuk suatu tahun taksiran adalah kurang daripada RM750,000. Kumpulan Wang Ahli seperti dinyatakan bawah perenggan 12(2) Jadual 6, ACP 1967 bermaksud jumlah terkumpul daripada: i. Modal berbayar berhubung dengan saham dan yuran dan tidak termasuk saham bonus yang diterbitkan daripada rizab modal yang diwujudkan oleh penilaian semula aset tetap; ii. Kumpulan wang rizab berkanun; iii. Rizab selain daripada rizab modal yang diwujudkan daripada penilaian semula aset tetap dan peruntukan susut nilai, pembaharuan atau penggantian dan penurunan dalam nilai aset; iv. Baki akaun saham premium tidak termasuk amaun yang dikreditkan semasa saham bonus diterbitkan pada premium daripada modal yang diwujudkan oleh penilaian semula aset tetap; dan v. Baki akaun pengasingan untung dan rugi.

Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Merangkap Anggota Lembaga ANGKASA (wakil Kementerian Kewangan)

Sumber Hasil Negara Kerajaan dalam menguruskan negara dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan memerlukan sumber hasil yang mencukupi dan stabil bagi tujuan membiayai perbelanjaan operasi dan pembangunan. Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2025 dianggarkan berjumlah RM339.70 bilion yang mana terdiri daripada empat komponen utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan. Hasil cukai diklasifikasikan kepada hasil cukai langsung dan cukai tidak langsung. Hasil bukan cukai terdiri daripada bayaran lesen dan permit, terimaan bagi perkhidmatan yang disediakan Kerajaan Persekutuan, perolehan daripada jualan barang atau harta fizikal yang dimiliki kerajaan, sewaan, faedah dan pulangan pelaburan, denda dan penalti serta sumbangan dan bayaran ganti. Terimaan bukan hasil terdiri daripada pulangan balik perbelanjaan seperti pulangan balik gaji kerana perletakan jawatan dan terimaan daripada agensi kerajaan termasuk sumbangan daripada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun atau syarikat milik kerajaan. Hasil daripada Wilayah Persekutuan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai termasuk penerimaan daripada lesen dan permit, premium dan cukai tanah, jualan aset, sewaan, bayaran perkhidmatan dan duti hiburan. Cukai: Satu Pengenalan Cukai merupakan satu bayaran yang dikenakan kerajaan terhadap orang perseorangan, perbadanan, syarikat, barang, perkhidmatan dan lain-lain untuk membiayai perbelanjaan negara. Cukai yang dikutip juga mempunyai objektif antara lain untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memastikan kadar peluang pekerjaan dikekalkan dan mengawal selia aktiviti tertentu yang boleh memberi kesan negatif kepada rakyat secara umum. Sistem percukaian di Malaysia diklasifikasikan kepada dua komponen seperti berikut: i. Cukai langsung terdiri daripada cukai pendapatan individu, syarikat, petroleum, pegangan, koperasi dan lain- lain serta cukai langsung lain seperti duti setem, cukai keuntungan harta tanah dan cukai aktiviti perniagaan luar pesisir Labuan. Cukai langsung ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan bagi tahun 2025, dianggar menyumbang sebanyak 55.6 peratus kepada kutipan keseluruhan hasil negara; dan

Pendapatan Bercukai (RM)

Kadar (%)

Pengiraan

Cukai Kena Bayar (RM)

1- 30,000

0 5

30,000 pertama 30,000 pertama 60,000 pertama 40,000 berikutnya 100,000 pertama 50,000 berikutnya 150,000 pertama 100,000 berikutnya 250,000 pertama 250,000 berikutnya 500,000 pertama 250,000 berikutnya 750,000 pertama Pendapatan cukai

0

60,001 – 100,000 30,001 – 60,000

1,500 4,000 1,500 5,500 7,500 13,000 18,000

10

101,000 – 150,000

15

150,001 – 250,000

18

250,001 – 500,000

21

31,000 52,500 83,500 57,500 141,000 .......x24%

500,001 – 750,000

23

Melebihi 750,000

24

berikutnya

RENCANA

15

Wadah

SEPTEMBER 2025

Kumpulan Perkhidmatan Bercukai

Kadar Cukai & Threshold

Koperasi berdasarkan kepada perundangan semasa adalah bertanggungan untuk melaksanakan perkara berikut: i. Menghantar Borang C1 secara e-Filling (e-C1) mulai tahun taksiran 2024 dalam tempoh tujuh bulan daripada tarikh tutup tempoh perakaunan dan menghantar Borang C1 secara e-Filling (e-C1) atau Borang C1 secara manual ke Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian HASiL dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh tutup tempoh perakaunan bagi tahun taksiran 2023 dan ke belakang; ii. Menghantar anggaran cukai secara e-Filling (e-CP204); iii. Membuat bayaran ansuran koperasi di mana anggaran perlu ditentukan oleh koperasi dan seterusnya membayar baki cukai (jika ada) dengan menggunakan CP207 sebelum atau pada hari terakhir pengemukaan Borang C1 iaitu tujuh bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui perkhidmatan ByrHasiL, bayaran melalui kad kredit atau perkhidmatan bayaran melalui ejen LHDNM yang dilantik; dan iv. Menyimpan rekod dan buku akaun selama tujuh tahun bagi tujuan semakan LHDNM. Koperasi perlu mengisi dan menghantar Borang C1 secara e-Filing (e-C1) atau Borang C1 secara manual tanpa mengambil kira sama ada koperasi layak pengecualian cukai dan tanggungjawab ini perlu juga dilaksanakan oleh koperasi dorman. Tanggungjawab melaksanakan pematuhan cukai pendapatan ini adalah terletak kepada Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari koperasi serta kepada mana-mana orang yang menjalankan tugas-tugas tersebut. Selain daripada cukai pendapatan, koperasi juga bertanggungan untuk membayar duti setem ke atas apa-apa surat cara yang ditandatangani dan cukai keuntungan harta tanah ke atas apa-apa pelupusan harta tanah. Cukai Tidak Langsung dan Koperasi Koperasi yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan juga perlu berdaftar dengan JKDM berdasarkan kepada jenis aktiviti yang dijalankan. Koperasi yang menjalankan aktiviti pengilangan barang bercukai seperti minuman botol dan perabot dengan nilai jualan tahunan ( threshold ) melebihi RM500,000 setahun perlu berdaftar dan seterusnya mengenakan dan mengakaunkan cukai jualan berdasarkan kadar cukai ditetapkan. Cukai jualan juga perlu dibayar ke atas pembelian atau pengimportan barang bercukai yang dibuat oleh koperasi seperti pembelian kereta penumpang dan peralatan elektrik. Koperasi yang menyediakan perkhidmatan bercukai juga perlu berdaftar, mengenakan dan mengakaunkan cukai perkhidmatan berdasarkan kadar cukai yang ditetapkan. Jenis perkhidmatan bercukai, kadar cukai dan threshold bagi tujuan pendaftaran adalah seperti di bawah:

Kumpulan A: Penginapan

8%

RM500,000

Kumpulan B:

6%

Makanan & Minuman

RM1,500,000

Kumpulan C:

8%

Kelab Malam, Dewan Tari Menari, Kabaret, Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan, Rumah Urut, Rumah Awam dan Rumah Bir Kumpulan D:

RM500,000

8%

Kelab Persendirian

RM500,000

Kumpulan E:

8%

Kelab Golf & Lapangan Sasar Golf

RM500,000

Kumpulan F:

8%

Perjudian dan Pertaruhan

RM500,000

Kumpulan G: Profesional

8%

RM500,000

Kumpulan H:

RM25

Kad Kredit & Kad Caj

Tiada threshold

Kumpulan I:

8% kecuali 6% bagi

Perkhidmatan lain seperti telekomunikasi, parkir, pusat servis kenderaan, sewa dan pandu kenderaan,

perkhidmatan telekomunikasi

dan parkir RM500,000

pengiklanan dan pembersihan

Kumpulan J:

6%

Logistik

RM500,000 kecuali ejen kastam– tiada threshold

Koperasi juga perlu membayar cukai perkhidmatan atas apa-apa perkhidmatan bercukai sama ada yang diperolehi daripada penyedia perkhidmatan dalam negara ataupun perkhidmatan yang diimport. Selain itu, koperasi juga bertanggungan untuk membayar duti eksport, duti import, duti eksais, levi pelepasan, cukai pelancongan atas apa-apa perolehan barang dan perkhidmatan. Pelaksanaan E-invois Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif e-invois yang merupakan salah satu aspek dalam proses pendigitalan perniagaan. Pelaksanaan inisiatif ini dilaksanakan secara berfasa seperti berikut:

ii. Melancarkan Sistem MyInvois e-POS iaitu sebuah platform digital point-of-sale yang boleh diakses secara percuma oleh perniagaan dengan jualan tahunan kurang daripada RM250,000 bagi membantu koperasi kecil memenuhi keperluan pelaksanaan e-invois ; dan iii. Menjalankan program penerangan dan latihan secara bersemuka bagi tujuan kesedaran dan pendidikan di seluruh negara. LHDN turut menyediakan platform, tutorial bimbingan dan panduan pengguna secara atas talian terutamanya bagi membantu peniaga termasuk koperasi menggunakan Portal MyInvois untuk proses penghantaran e-Invois . Selain itu, insentif cukai juga disediakan kepada koperasi yang melakukan perbelanjaan untuk pelaksanaan e-Invois seperti berikut: i. Dibenar untuk menuntut elaun modal atas perbelanjaan pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer mulai tahun taksiran 2024 dan tempoh tuntutan elaun modal ini dipercepat daripada empat tahun kepada tiga tahun; dan ii. Diberi potongan cukai sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran bagi perbelanjaan yuran perundingan yang ditanggung PMKS mulai tahun taksiran 2024 hingga 2027. Koperasi seharusnya membuat perancangan awal dalam memastikan inisiatif e-invois dapat dilaksanakan dengan teratur dan pada masa yang sama mendapat manfaat daripada pelaksanaan inisiatif tersebut selaras dengan aspirasi ke arah pendigitalan perniagaan. Inisiatif e-Invois dapat membantu koperasi mempunyai sistem perekodan jualan dan pembelian serta penyimpanan dokumen yang lebih teratur sekaligus dapat melancarkan operasi perniagaan. Penutup Koperasi sebagai salah satu entiti yang terdapat dalam sektor ekonomi perlu mempunyai tahap pematuhan cukai yang tinggi dan role model kepada entiti perniagaan lain. Sumbangan cukai yang dibuat koperasi akan dapat membantu pembangunan negara yang akhirnya akan memberi manfaat langsung kepada kejayaan dan kelangsungan koperasi di Malaysia.

Fasa

Tarikh

Nilai Jualan

Pelaksanaan

Tahunan

1.

1 Ogos 2024

Melebihi RM100 juta RM25 juta – RM100 juta RM500,000 – RM25 juta Di bawah RM500,000

2

1 Januari 2025

3

1 Julai 2025

4

1 Jan 2026

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai nilai jualan tahunan bawah RM150,000 pula adalah dikecualikan daripada pengeluaran e-invois buat masa ini. Koperasi adalah bertanggungan untuk melaksanakan inisiatif e-invois berdasarkan fasa yang ditetapkan. Dalam membantu koperasi terutamanya dalam kategori PMKS, Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan antaranya: i. Penyediaan Portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran e-Invois kepada LHDNM. Sebagai tambahan, aplikasi MyInvois telah dibangunkan dan koperasi boleh melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois di telefon pintar masing- masing pada bila-bila masa dan di mana jua;

RENCANA

16

Wadah

SEPTEMBER 2025

Koperasi Kariah Masjid: Daripada Tradisi Ibadah kepada Transformasi Ekonomi Ummah

Masjid Wilayah Persekutuan adalah antara masjid di Malaysia yang telah menubuhkan koperasinya sendiri.

Oleh: NURHANNAN AB RAFAR

Kejayaan koperasi kariah masjid adalah hasil daripada usaha berterusan ANGKASA dalam membina kapasiti dan keupayaan pengurusan di peringkat akar umbi. Sepanjang tahun 2025, pelbagai bengkel pembangunan strategik telah dilaksanakan bagi merangka hala tuju lima tahun yang lebih jelas.

Institusi masjid sejak dahulu dikenali sebagai pusat ibadah, ilmu dan penyatuan umat. Namun, dalam konteks dunia moden yang penuh cabaran, peranan masjid semakin berkembang sebagai nadi pembangunan sosioekonomi masyarakat. Menyedari potensi besar ini, ANGKASA melalui Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid (BKKM) telah mengorak langkah proaktif dengan memperkenalkan model koperasi kariah masjid. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan ekonomi berasaskan syariah di peringkat akar umbi, malah turut menjadi platform strategik untuk memperkasakan komuniti Islam secara inklusif dan mampan.

dalam umat. Sepanjang tahun 2024, koperasi kariah masjid mencatatkan prestasi yang menggalakkan dengan jumlah anggota seramai 47,830 orang, pemilikan saham bernilai RM16.56 juta, jumlah aset RM41.11 juta serta perolehan berjumlah RM30.60 juta. memperkasakan ekonomi Sehingga Ogos 2025, sebanyak 842 koperasi kariah masjid telah berjaya didaftarkan, mencerminkan perkembangan positif dalam memperkukuh peranan koperasi di peringkat masjid. Daripada jumlah ini, 56 koperasi baharu telah didaftarkan, manakala 156 sedang dalam proses pra-pendaftaran. Dua koperasi turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menjadi ahli ANGKASA, iaitu Koperasi Kariah Masjid Al-Abyad (Taman Matang Jaya) Kuching Berhad di Sarawak, Koperasi Kariah Masjid Kampung Butut Kuala Berang Berhad di Terengganu dan terkini Koperasi Kariah Masjid Al Aman Yooi Langkawi Berhad.

koperasi di seluruh negara, selaras dengan usaha bersepadu yang digerakkan oleh ANGKASA dan agensi berkaitan. Dengan kadar keahlian ANGKASA mencapai 59.98%, perkembangan tersebut memperlihatkan keyakinan masyarakat bahawa koperasi kariah masjid semakin diyakini sebagai entiti ekonomi yang penting dalam memperkasakan komuniti Islam. Jumlah koperasi aktif yang tinggi juga menunjukkan kesan positif daripada pelbagai inisiatif bimbingan, sokongan dan peluang keusahawanan strategik yang ditawarkan.

Gelombang Kebangkitan Koperasi Kariah Masjid

ANGKASA melalui BKKM terus melakar pencapaian membanggakan dalam memperkukuh peranan institusi masjid sebagai pusat pembangunan sosioekonomi umat Islam. Usaha itu menekankan kepentingan tadbir urus profesional, pengurusan berasaskan prinsip syariah dan pelaksanaan aktiviti ekonomi yang mampan. Melalui visi untuk menjadikan masjid bukan sekadar pusat ibadah, malah juga nadi pembangunan komuniti, koperasi kariah masjid telah membuktikan potensi besar

Bengkel Strategik: Merangka Hala Tuju Lima Tahun

Kejayaan koperasi kariah masjid adalah hasil daripada usaha berterusan ANGKASA dalam membina kapasiti dan keupayaan pengurusan di peringkat akar umbi. Sepanjang tahun 2025, pelbagai bengkel pembangunan strategik telah dilaksanakan bagi merangka hala tuju lima tahun yang lebih jelas. Antara fokus utama adalah memperkukuh tadbir urus,

Statistik itu membuktikan peningkatan signifikan dalam penubuhan dan pendaftaran

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease