Karnival Jualan Amal Masyarakat Berkoperasi
» Tawaran harga RM10.00 untuk beras lima kilogram antara yang menarik perhatian ramai
» YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah ketika melawat kedai serbaguna Koperasi Qariah Masjid Aman Kedah Berhad
» Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin turut berkesempatan membeli produk koperasi yang dijual di kedai serbaguna Koperasi Qariah Masjid Aman Kedah Berhad
» Anggota SKM Cawangan Negeri Kedah turut membuka kaunter bagi memberi penerangan secara langsung kepada orang ramai tentang perkhidmatan yang disediakan khususnya untuk koperasi di Negeri Kedah
» Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Shaik Ismail Allapichay bergambar di hadapan gerai Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad sambil memegang salah satu produk jualan koperasi berkenaan
» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menunjukkan sebahagian produk koperasi yang dijual di kedai serbaguna Koperasi Qariah Masjid Aman Kedah Berhad
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
KOPERASI PUPUK SEMANGAT SALING MEMBANTU Permuafakatan yang terjalin dalam berkoperasi mampu memupuk semangat dan meningkatkan motivasi setiap anggotanya untuk sentiasa bersikap positif dan saling membantu.
» Sebahagian pemimpin masyarakat dan koperasi yang hadir
Demikian menurut YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah ketika berucap merasmikan Karnival Jualan Amal “Masyarakat Berkoperasi” yang berlangsung di perkarangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah. Katanya, pemimpin masyarakat khususnya Anggota Lembaga dalam koperasi perlu memainkan peranan secara lebih bersungguh-sungguh untuk membantu mengekalkan momentum kerjasama tersebut demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. “Sokongan anggota koperasi itu sendiri terhadap produk dan perkhidmatan yang dijual sangat penting dalam usaha untuk membantu menjana perolehan koperasi yang akhirnya dapat memberikan pulangan dalam bentuk dividen kepada seluruh anggota secara jangka panjang,” ujar beliau. YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah juga turut mengingatkan pemimpin-pemimpin koperasi agar mencontohi semangat anggota koperasi daripada negara luar seperti Korea yang
8 PELANCAR Februari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease