INFO SEMASA
12
Wadah
SEPTEMBER 2025
Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA Diseru Manfaatkan Pengalaman Bersama Komuniti FELDA
Sebahagian daripada pelajar tajaan Yayasan ANGKASA bergambar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Dato' Zahari Sarip (barisan belakang, empat dari kiri) dan tetamu kehormat ketika Sesi Penyerahan Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA Kepada Keluarga Angkat Komuniti FELDA dalam Majlis Perasmian Pembukaan Program Inspirasi Pelajar Tajaan Bersama Keluarga Angkat Komuniti FELDA & Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor pada 12 September 2025.
Oleh: NOR AZAH ABD. AZIZ
Pelajar tajaan Yayasan ANGKASA diseru supaya mengambil peluang menimba pengalaman baharu dan memanfaatkannya sepanjang tempoh bersama keluarga angkat masing-masing di FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor. Pengalaman menguruskan ladang sawit dan bergaul dengan komuniti diharap dapat memberi manfaat yang berguna kepada kehidupan dan karier mereka pada masa akan datang. Demikian diucapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Dato’ Zahari Sarip yang mewakili Menteri Besar Johor pada Majlis Perasmian Pembukaan Program Inspirasi Pelajar Tajaan Bersama Keluarga Angkat Komuniti FELDA & Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2025. Majlis tersebut berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Air Tawar 5 pada 12 September 2025. “Pengalaman keemasan berada dalam kalangan komuniti FELDA itu tidak sama dengan pengalaman kehidupan di bandar mahupun di kawasan kampung. Justeru, ilmu dan perkongsian cara hidup di FELDA diharap dapat dimanfaatkan untuk karier dan bidang keusahawanan yang diceburi,” katanya. Menurutnya lagi, silaturahim antara pelajar dan keluarga angkat juga sebaiknya diteruskan walaupun pelajar sudah pulang ke kampus dan keluarga masing- masing. Terdahulu, Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, seramai 100 pelajar tajaan Yayasan ANGKASA dari pelbagai universiti awam menyertai program keluarga angkat yang melibatkan 50 buah rumah peneroka FELDA Air Tawar 5. Setiap rumah menerima dua orang anak angkat serta sumbangan berupa bakul makanan asas, sumbangan tunai RM200 serta baucar langganan produk MyANGKASA Amanah Berhad Hibah/Wasiat/Pusaka bernilai RM300 sebagai tanda penghargaan kepada keluarga angkat yang terlibat. Katanya, program tersebut bertujuan mendedahkan pelajar kepada cara hidup seharian masyarakat FELDA serta mempelajari kejayaan peneroka dalam aktiviti keusahawanan. Selain itu, program itu turut memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi aspirasi dan matlamat bersama, khususnya dalam melahirkan generasi FELDA yang cemerlang melalui penglibatan langsung komuniti dalam aktiviti pendidikan, ziarah kasih dan sukan rakyat. Program empat hari tiga malam bermula 12 hingga 15 September 2025 itu
Sebahagian tetamu yang hadir.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Penawar, Puan Fauziah Misri (lima dari kanan) bersama sebahagian pelajar pada Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Rakyat Pelajar Yayasan ANGKASA Bersama Keluarga Angkat dan Komuniti FELDA Wilayah Johor Bahru.
menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada pelajar tajaan Yayasan ANGKASA, ibu bapa, keluarga angkat dan komuniti FELDA Air Tawar 5. Program tersebut dianjurkan khusus bagi pelajar baharu tajaan Yayasan ANGKASA dengan tujuan memberi motivasi, membina jati diri, mengekalkan kecemerlangan akademik serta membentuk sahsiah unggul dan semangat bermasyarakat. Sepanjang berlangsungnya program, peserta berpeluang menyertai Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA yang dianjurkan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease