WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2025

INFO SEMASA

13

Wadah

SEPTEMBER 2025

buat julung kali. Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuk sukan rakyat, program Ziarah Kasih Yayasan ANGKASA Prihatin, Majlis Selawat & Ceramah Perdana Maulidur Rasul, acara Ladang Sawit Fun Run 2025 serta aktiviti jualan dan pameran. Inisiatif berkenaan bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara pelajar, keluarga angkat dan komuniti FELDA, malah memberi peluang kepada pelajar memahami realiti hidup bermasyarakat. Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA iaitu Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad, Dato’ Haji Fahrul Rahman Ahmad dan Dato’ Hajah Rosni Haji Zahari, Pengarah FELDA Wilayah Johor Bahru, Encik Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab, Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd Hamid, Ketua Peneroka FELDA Air Tawar 5, Encik Isa Mahad dan Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Ahmad.

Baling kelapa adalah antara aktiviti yang dipertandingkan dalam acara sukan rakyat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada komuniti FELDA Air Tawar 5 dalam Program Ziarah Kasih Yayasan ANGKASA Prihatin.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik turut menyertai Larian Sawit Fun Run 2025 kategori 5km.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor , Tuan Aznan Tamin (tengah) diiringi ADUN Penawar, Puan Fauziah Misri (dua dari kanan) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Majlis Pelepasan Peserta Larian Sawit Fun Run 2025 kategori 3km disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor , Tuan Aznan Tamin di Padang SK Felda Air Tawar 5.

Sebahagian daripada pelajar dan keluarga angkat yang diraikan pada Majlis Makan Malam Program Inspirasi Pelajar Yayasan ANGKASA Bersama Keluarga Angkat Komuniti FELDA Sesi 2025.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama tetamu bergambar bersama pelajar dan keluarga angkat pada Majlis Budi Disanjung Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA dan Keluarga Angkat.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease