RENCANA
14
Wadah
SEPTEMBER 2025
Percukaian dan Koperasi
Oleh: EZLEEZAN OTHMAN Ketua Seksyen Cukai Langsung
ii. Cukai tidak langsung yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula terdiri daripada duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai pelancongan, levi pelepasan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan barang perdagangan dan lain-lain. Cukai tidak langsung dianggarkan menyumbang 20.7 peratus kepada kutipan keseluruhan hasil negara bagi tahun 2025. Cukai Langsung dan Koperasi Koperasi sebagaimana entiti lain seperti individu, syarikat, persatuan dan pertubuhan perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan bawah perundangan percukaian langsung di mana mereka secara asasnya perlu berdaftar sebagai pembayar cukai dan membayar cukai seperti yang ditetapkan. Bagi tujuan cukai pendapatan, koperasi didefinisikan bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) sebagai koperasi yang didaftarkan bawah Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang bertulis berhubung dengan pendaftaran koperasi di Malaysia termasuk Akta Pertubuhan Peladang 1967, Akta Organisasi Peladang 1973 dan Akta Pertubuhan Nelayan 1971. Berbeza dengan cukai pendapatan korporat, kerajaan telah menyediakan struktur cukai pendapatan progresif yang istimewa kepada koperasi dengan tujuan untuk membantu koperasi lebih berdaya tahan dalam melaksanakan fungsi dan operasi perniagaannya. Kadar cukai progresif tersebut diperuntukkan dalam Bahagian IV, Jadual 1, ACP 1967 seperti berikut:
Selaras dengan kepentingan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara, kerajaan telah memberikan layanan cukai istimewa di mana pengecualian cukai pendapatan kepada koperasi telah diperuntukkan bawah subperenggan 12(1)(a) dan 12(1)(b) Jadual 6, ACP 1967 seperti bawah: i. Koperasi yang baru didaftarkan adalah dikecualikan daripada cukai terhadap mana- mana pendapatan bagi tempoh lima tahun pertama bermula dari tarikh pendaftarannya; dan ii. Koperasi yang telah berdaftar lebih daripada lima tahun dikecualikan daripada cukai sekiranya Kumpulan Wang Ahli pada hari pertama bagi tempoh asas untuk suatu tahun taksiran adalah kurang daripada RM750,000. Kumpulan Wang Ahli seperti dinyatakan bawah perenggan 12(2) Jadual 6, ACP 1967 bermaksud jumlah terkumpul daripada: i. Modal berbayar berhubung dengan saham dan yuran dan tidak termasuk saham bonus yang diterbitkan daripada rizab modal yang diwujudkan oleh penilaian semula aset tetap; ii. Kumpulan wang rizab berkanun; iii. Rizab selain daripada rizab modal yang diwujudkan daripada penilaian semula aset tetap dan peruntukan susut nilai, pembaharuan atau penggantian dan penurunan dalam nilai aset; iv. Baki akaun saham premium tidak termasuk amaun yang dikreditkan semasa saham bonus diterbitkan pada premium daripada modal yang diwujudkan oleh penilaian semula aset tetap; dan v. Baki akaun pengasingan untung dan rugi.
Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Merangkap Anggota Lembaga ANGKASA (wakil Kementerian Kewangan)
Sumber Hasil Negara Kerajaan dalam menguruskan negara dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan memerlukan sumber hasil yang mencukupi dan stabil bagi tujuan membiayai perbelanjaan operasi dan pembangunan. Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2025 dianggarkan berjumlah RM339.70 bilion yang mana terdiri daripada empat komponen utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan. Hasil cukai diklasifikasikan kepada hasil cukai langsung dan cukai tidak langsung. Hasil bukan cukai terdiri daripada bayaran lesen dan permit, terimaan bagi perkhidmatan yang disediakan Kerajaan Persekutuan, perolehan daripada jualan barang atau harta fizikal yang dimiliki kerajaan, sewaan, faedah dan pulangan pelaburan, denda dan penalti serta sumbangan dan bayaran ganti. Terimaan bukan hasil terdiri daripada pulangan balik perbelanjaan seperti pulangan balik gaji kerana perletakan jawatan dan terimaan daripada agensi kerajaan termasuk sumbangan daripada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun atau syarikat milik kerajaan. Hasil daripada Wilayah Persekutuan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai termasuk penerimaan daripada lesen dan permit, premium dan cukai tanah, jualan aset, sewaan, bayaran perkhidmatan dan duti hiburan. Cukai: Satu Pengenalan Cukai merupakan satu bayaran yang dikenakan kerajaan terhadap orang perseorangan, perbadanan, syarikat, barang, perkhidmatan dan lain-lain untuk membiayai perbelanjaan negara. Cukai yang dikutip juga mempunyai objektif antara lain untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memastikan kadar peluang pekerjaan dikekalkan dan mengawal selia aktiviti tertentu yang boleh memberi kesan negatif kepada rakyat secara umum. Sistem percukaian di Malaysia diklasifikasikan kepada dua komponen seperti berikut: i. Cukai langsung terdiri daripada cukai pendapatan individu, syarikat, petroleum, pegangan, koperasi dan lain- lain serta cukai langsung lain seperti duti setem, cukai keuntungan harta tanah dan cukai aktiviti perniagaan luar pesisir Labuan. Cukai langsung ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan bagi tahun 2025, dianggar menyumbang sebanyak 55.6 peratus kepada kutipan keseluruhan hasil negara; dan
Pendapatan Bercukai (RM)
Kadar (%)
Pengiraan
Cukai Kena Bayar (RM)
1- 30,000
0 5
30,000 pertama 30,000 pertama 60,000 pertama 40,000 berikutnya 100,000 pertama 50,000 berikutnya 150,000 pertama 100,000 berikutnya 250,000 pertama 250,000 berikutnya 500,000 pertama 250,000 berikutnya 750,000 pertama Pendapatan cukai
0
60,001 – 100,000 30,001 – 60,000
1,500 4,000 1,500 5,500 7,500 13,000 18,000
10
101,000 – 150,000
15
150,001 – 250,000
18
250,001 – 500,000
21
31,000 52,500 83,500 57,500 141,000 .......x24%
500,001 – 750,000
23
Melebihi 750,000
24
berikutnya
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease