RENCANA
15
Wadah
SEPTEMBER 2025
Kumpulan Perkhidmatan Bercukai
Kadar Cukai & Threshold
Koperasi berdasarkan kepada perundangan semasa adalah bertanggungan untuk melaksanakan perkara berikut: i. Menghantar Borang C1 secara e-Filling (e-C1) mulai tahun taksiran 2024 dalam tempoh tujuh bulan daripada tarikh tutup tempoh perakaunan dan menghantar Borang C1 secara e-Filling (e-C1) atau Borang C1 secara manual ke Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian HASiL dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh tutup tempoh perakaunan bagi tahun taksiran 2023 dan ke belakang; ii. Menghantar anggaran cukai secara e-Filling (e-CP204); iii. Membuat bayaran ansuran koperasi di mana anggaran perlu ditentukan oleh koperasi dan seterusnya membayar baki cukai (jika ada) dengan menggunakan CP207 sebelum atau pada hari terakhir pengemukaan Borang C1 iaitu tujuh bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui perkhidmatan ByrHasiL, bayaran melalui kad kredit atau perkhidmatan bayaran melalui ejen LHDNM yang dilantik; dan iv. Menyimpan rekod dan buku akaun selama tujuh tahun bagi tujuan semakan LHDNM. Koperasi perlu mengisi dan menghantar Borang C1 secara e-Filing (e-C1) atau Borang C1 secara manual tanpa mengambil kira sama ada koperasi layak pengecualian cukai dan tanggungjawab ini perlu juga dilaksanakan oleh koperasi dorman. Tanggungjawab melaksanakan pematuhan cukai pendapatan ini adalah terletak kepada Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari koperasi serta kepada mana-mana orang yang menjalankan tugas-tugas tersebut. Selain daripada cukai pendapatan, koperasi juga bertanggungan untuk membayar duti setem ke atas apa-apa surat cara yang ditandatangani dan cukai keuntungan harta tanah ke atas apa-apa pelupusan harta tanah. Cukai Tidak Langsung dan Koperasi Koperasi yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan juga perlu berdaftar dengan JKDM berdasarkan kepada jenis aktiviti yang dijalankan. Koperasi yang menjalankan aktiviti pengilangan barang bercukai seperti minuman botol dan perabot dengan nilai jualan tahunan ( threshold ) melebihi RM500,000 setahun perlu berdaftar dan seterusnya mengenakan dan mengakaunkan cukai jualan berdasarkan kadar cukai ditetapkan. Cukai jualan juga perlu dibayar ke atas pembelian atau pengimportan barang bercukai yang dibuat oleh koperasi seperti pembelian kereta penumpang dan peralatan elektrik. Koperasi yang menyediakan perkhidmatan bercukai juga perlu berdaftar, mengenakan dan mengakaunkan cukai perkhidmatan berdasarkan kadar cukai yang ditetapkan. Jenis perkhidmatan bercukai, kadar cukai dan threshold bagi tujuan pendaftaran adalah seperti di bawah:
Kumpulan A: Penginapan
8%
RM500,000
Kumpulan B:
6%
Makanan & Minuman
RM1,500,000
Kumpulan C:
8%
Kelab Malam, Dewan Tari Menari, Kabaret, Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan, Rumah Urut, Rumah Awam dan Rumah Bir Kumpulan D:
RM500,000
8%
Kelab Persendirian
RM500,000
Kumpulan E:
8%
Kelab Golf & Lapangan Sasar Golf
RM500,000
Kumpulan F:
8%
Perjudian dan Pertaruhan
RM500,000
Kumpulan G: Profesional
8%
RM500,000
Kumpulan H:
RM25
Kad Kredit & Kad Caj
Tiada threshold
Kumpulan I:
8% kecuali 6% bagi
Perkhidmatan lain seperti telekomunikasi, parkir, pusat servis kenderaan, sewa dan pandu kenderaan,
perkhidmatan telekomunikasi
dan parkir RM500,000
pengiklanan dan pembersihan
Kumpulan J:
6%
Logistik
RM500,000 kecuali ejen kastam– tiada threshold
Koperasi juga perlu membayar cukai perkhidmatan atas apa-apa perkhidmatan bercukai sama ada yang diperolehi daripada penyedia perkhidmatan dalam negara ataupun perkhidmatan yang diimport. Selain itu, koperasi juga bertanggungan untuk membayar duti eksport, duti import, duti eksais, levi pelepasan, cukai pelancongan atas apa-apa perolehan barang dan perkhidmatan. Pelaksanaan E-invois Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif e-invois yang merupakan salah satu aspek dalam proses pendigitalan perniagaan. Pelaksanaan inisiatif ini dilaksanakan secara berfasa seperti berikut:
ii. Melancarkan Sistem MyInvois e-POS iaitu sebuah platform digital point-of-sale yang boleh diakses secara percuma oleh perniagaan dengan jualan tahunan kurang daripada RM250,000 bagi membantu koperasi kecil memenuhi keperluan pelaksanaan e-invois ; dan iii. Menjalankan program penerangan dan latihan secara bersemuka bagi tujuan kesedaran dan pendidikan di seluruh negara. LHDN turut menyediakan platform, tutorial bimbingan dan panduan pengguna secara atas talian terutamanya bagi membantu peniaga termasuk koperasi menggunakan Portal MyInvois untuk proses penghantaran e-Invois . Selain itu, insentif cukai juga disediakan kepada koperasi yang melakukan perbelanjaan untuk pelaksanaan e-Invois seperti berikut: i. Dibenar untuk menuntut elaun modal atas perbelanjaan pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer mulai tahun taksiran 2024 dan tempoh tuntutan elaun modal ini dipercepat daripada empat tahun kepada tiga tahun; dan ii. Diberi potongan cukai sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran bagi perbelanjaan yuran perundingan yang ditanggung PMKS mulai tahun taksiran 2024 hingga 2027. Koperasi seharusnya membuat perancangan awal dalam memastikan inisiatif e-invois dapat dilaksanakan dengan teratur dan pada masa yang sama mendapat manfaat daripada pelaksanaan inisiatif tersebut selaras dengan aspirasi ke arah pendigitalan perniagaan. Inisiatif e-Invois dapat membantu koperasi mempunyai sistem perekodan jualan dan pembelian serta penyimpanan dokumen yang lebih teratur sekaligus dapat melancarkan operasi perniagaan. Penutup Koperasi sebagai salah satu entiti yang terdapat dalam sektor ekonomi perlu mempunyai tahap pematuhan cukai yang tinggi dan role model kepada entiti perniagaan lain. Sumbangan cukai yang dibuat koperasi akan dapat membantu pembangunan negara yang akhirnya akan memberi manfaat langsung kepada kejayaan dan kelangsungan koperasi di Malaysia.
Fasa
Tarikh
Nilai Jualan
Pelaksanaan
Tahunan
1.
1 Ogos 2024
Melebihi RM100 juta RM25 juta – RM100 juta RM500,000 – RM25 juta Di bawah RM500,000
2
1 Januari 2025
3
1 Julai 2025
4
1 Jan 2026
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai nilai jualan tahunan bawah RM150,000 pula adalah dikecualikan daripada pengeluaran e-invois buat masa ini. Koperasi adalah bertanggungan untuk melaksanakan inisiatif e-invois berdasarkan fasa yang ditetapkan. Dalam membantu koperasi terutamanya dalam kategori PMKS, Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan antaranya: i. Penyediaan Portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran e-Invois kepada LHDNM. Sebagai tambahan, aplikasi MyInvois telah dibangunkan dan koperasi boleh melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois di telefon pintar masing- masing pada bila-bila masa dan di mana jua;
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease