RENCANA
16
Wadah
SEPTEMBER 2025
Koperasi Kariah Masjid: Daripada Tradisi Ibadah kepada Transformasi Ekonomi Ummah
Masjid Wilayah Persekutuan adalah antara masjid di Malaysia yang telah menubuhkan koperasinya sendiri.
Oleh: NURHANNAN AB RAFAR
Kejayaan koperasi kariah masjid adalah hasil daripada usaha berterusan ANGKASA dalam membina kapasiti dan keupayaan pengurusan di peringkat akar umbi. Sepanjang tahun 2025, pelbagai bengkel pembangunan strategik telah dilaksanakan bagi merangka hala tuju lima tahun yang lebih jelas.
Institusi masjid sejak dahulu dikenali sebagai pusat ibadah, ilmu dan penyatuan umat. Namun, dalam konteks dunia moden yang penuh cabaran, peranan masjid semakin berkembang sebagai nadi pembangunan sosioekonomi masyarakat. Menyedari potensi besar ini, ANGKASA melalui Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid (BKKM) telah mengorak langkah proaktif dengan memperkenalkan model koperasi kariah masjid. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan ekonomi berasaskan syariah di peringkat akar umbi, malah turut menjadi platform strategik untuk memperkasakan komuniti Islam secara inklusif dan mampan.
dalam umat. Sepanjang tahun 2024, koperasi kariah masjid mencatatkan prestasi yang menggalakkan dengan jumlah anggota seramai 47,830 orang, pemilikan saham bernilai RM16.56 juta, jumlah aset RM41.11 juta serta perolehan berjumlah RM30.60 juta. memperkasakan ekonomi Sehingga Ogos 2025, sebanyak 842 koperasi kariah masjid telah berjaya didaftarkan, mencerminkan perkembangan positif dalam memperkukuh peranan koperasi di peringkat masjid. Daripada jumlah ini, 56 koperasi baharu telah didaftarkan, manakala 156 sedang dalam proses pra-pendaftaran. Dua koperasi turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menjadi ahli ANGKASA, iaitu Koperasi Kariah Masjid Al-Abyad (Taman Matang Jaya) Kuching Berhad di Sarawak, Koperasi Kariah Masjid Kampung Butut Kuala Berang Berhad di Terengganu dan terkini Koperasi Kariah Masjid Al Aman Yooi Langkawi Berhad.
koperasi di seluruh negara, selaras dengan usaha bersepadu yang digerakkan oleh ANGKASA dan agensi berkaitan. Dengan kadar keahlian ANGKASA mencapai 59.98%, perkembangan tersebut memperlihatkan keyakinan masyarakat bahawa koperasi kariah masjid semakin diyakini sebagai entiti ekonomi yang penting dalam memperkasakan komuniti Islam. Jumlah koperasi aktif yang tinggi juga menunjukkan kesan positif daripada pelbagai inisiatif bimbingan, sokongan dan peluang keusahawanan strategik yang ditawarkan.
Gelombang Kebangkitan Koperasi Kariah Masjid
ANGKASA melalui BKKM terus melakar pencapaian membanggakan dalam memperkukuh peranan institusi masjid sebagai pusat pembangunan sosioekonomi umat Islam. Usaha itu menekankan kepentingan tadbir urus profesional, pengurusan berasaskan prinsip syariah dan pelaksanaan aktiviti ekonomi yang mampan. Melalui visi untuk menjadikan masjid bukan sekadar pusat ibadah, malah juga nadi pembangunan komuniti, koperasi kariah masjid telah membuktikan potensi besar
Bengkel Strategik: Merangka Hala Tuju Lima Tahun
Kejayaan koperasi kariah masjid adalah hasil daripada usaha berterusan ANGKASA dalam membina kapasiti dan keupayaan pengurusan di peringkat akar umbi. Sepanjang tahun 2025, pelbagai bengkel pembangunan strategik telah dilaksanakan bagi merangka hala tuju lima tahun yang lebih jelas. Antara fokus utama adalah memperkukuh tadbir urus,
Statistik itu membuktikan peningkatan signifikan dalam penubuhan dan pendaftaran
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease