WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2025

RENCANA

17

Wadah

SEPTEMBER 2025

KONSORMAS:

Menyatukan

Tenaga,

Meluaskan Rangkaian Strategik

Bagi menyatukan kekuatan, ANGKASA memperkenalkan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) sebagai platform kolaborasi koperasi di seluruh negara. KONSORMAS membolehkan koperasi berkongsi sumber, kepakaran serta memperluas rangkaian perniagaan secara lebih tersusun. Inisiatif itu juga membuka ruang kerjasama dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan rakan strategik antarabangsa sekali gus menjadikan koperasi kariah masjid lebih berdaya saing dalam pasaran global. Dengan kewujudan KONSORMAS, koperasi kariah masjid dapat bergerak secara kolektif, menambah nilai perniagaan melalui ekonomi skala besar serta membina jenama bersama yang lebih kukuh di peringkat nasional dan serantau.

Delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar di hadapan kedai runcit milik UMLP Amanah Masjid Cooperative di Manila, Filipina pada 5 November 2023.

membangunkan model perniagaan berdaya tahan, serta menyusun pelan strategik yang inklusif dan seiring dengan cabaran ekonomi semasa. Melalui bengkel itu, pemimpin koperasi diberi pendedahan mengenai strategi pengembangan pasaran, peluang pendanaan, serta teknik pengurusan risiko. Hasilnya, koperasi kariah masjid mampu bergerak lebih terarah, tersusun dan bersedia mendepani cabaran persaingan ekonomi yang semakin mencabar.

Jejak Antarabangsa & Visi 2025

Menjelang akhir 2025, ANGKASA telah menetapkan sasaran untuk mencapai penubuhan 1,000 koperasi kariah masjid di seluruh negara. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan bahawa koperasi kariah masjid adalah pemacu sosioekonomi umat yang berpotensi besar untuk menjadikan masjid pusat kemajuan komuniti. Menurut beliau, kekuatan koperasi bukan sahaja terletak pada keupayaan menjana ekonomi, bahkan juga nilai solidariti, amanah, dan kebersamaan yang menjadi asas gerakan koperasi Islam.

Lebih membanggakan, model koperasi kariah masjid Malaysia kini telah merentasi sempadan antarabangsa. Setakat ini, tiga koperasi telah ditubuhkan di Kemboja, 11 di Filipina dan lima lagi sedang dalam proses penubuhan di Indonesia. Kejayaan tersebut membuktikan keberkesanan model koperasi Malaysia di pentas global, selain membuka peluang perdagangan halal serantau berasaskan prinsip ekonomi Islam. Menjelang akhir 2025, ANGKASA telah menetapkan sasaran untuk mencapai penubuhan 1,000 koperasi kariah masjid di seluruh negara. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan bahawa koperasi kariah masjid adalah pemacu sosioekonomi umat yang berpotensi besar untuk menjadikan masjid pusat kemajuan komuniti. Menurut beliau, kekuatan koperasi bukan sahaja terletak pada keupayaan menjana ekonomi, bahkan juga nilai solidariti, amanah dan kebersamaan yang menjadi asas gerakan koperasi Islam.

Bengkel Pemantapan Perniagaan: Dari Idea ke Pasaran

Selain merangka strategi jangka panjang, koperasi kariah masjid juga diberi bimbingan dalam memperkukuh model perniagaan agar lebih praktikal dan berdaya saing. Bengkel pemantapan turut memberi penekanan kepada inovasi produk, pemasaran digital, dan pengurusan kewangan telus. Usahawan itu membantu koperasi menterjemah idea ke bentuk produk dan perkhidmatan yang berdaya pasaran. Selain itu, koperasi digalakkan meneroka bidang baharu seperti peruncitan halal, pertanian moden, serta khidmat komuniti yang mampu memberi pulangan tinggi dan manfaat langsung kepada masyarakat. Melalui pendedahan tersebut, koperasi kariah masjid bukan sahaja berperanan sebagai penyedia perkhidmatan ekonomi, bahkan juga menjadi agen pembangunan sosial yang menyokong kelestarian dan kesejahteraan kariah dalam jangka panjang.

Kesimpulan

Secara pencapaian tersebut membuktikan bahawa koperasi kariah masjid bukan sekadar gagasan ekonomi, malah sebuah gerakan menyeluruh untuk membina komuniti berdaya tahan, berdikari dan makmur. Melalui kepimpinan ANGKASA serta sokongan seluruh kariah, koperasi kariah masjid diyakini mampu mengangkat masjid sebagai pusat pembangunan ekonomi dan sosial ummah di Malaysia serta rantau ini. keseluruhannya,

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease