WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2025

KOPERASI

18

Wadah

SEPTEMBER 2025

Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KKBB) Kelebihan Produk 'Berasli ENERGY' KKBB

Proses memasak (extrude) beras.

Pengerusi Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KKBB), Dato' Miptah Rohsin (tengah) dan Pengurus Besar KKBB, Encik Ashok Kamal Arafat (dua dari kiri) bersama kakitangan koperasi.

Menurut Pengerusi KKBB, Dato’ Miptah Rohsin, beras perang diperoleh daripada pembekal dari kawasan Sekinchan. Kandungan bahan dalam produk Berasli terdiri daripada fructose , vitamin C termasuk 67 peratus daripadanya adalah vitamin sayur dan juga fiber. Beras perang juga terkenal sebagai pencegah kepada penyakit diabetes atau kencing manis. Produk koperasi itu dipasarkan melalui secara dalam talian dan boleh dibeli

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

Proses memindahkan hasil beras.

Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KKBB), Kuala Selangor ditubuhkan pada 30 Jun 1973 dan menggunakan nama tersebut sejak tahun 1996 selepas nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Kakitangan Lembaga Padi dan Beras Negara (KALPANA) kesan daripada penswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara Koperasi kredit tersebut memulakan operasi sekitar kawasan Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Perak Selatan dengan anggota seramai 300 orang. Bangunan tiga tingkat milik koperasi itu dibeli pada tahun 1997 dengan harga RM350,000. Pada Tahun 2008, KKBB diberi pengiktirafan empat bintang oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan tersenarai dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2025. Produk utama koperasi yang sentiasa ditonjolkan adalah 'Berasli ENERGY' atau minuman ringan beras perang. Produk makanan dan minuman ringan lain keluaran koperasi termasuk juga Berasli Minuman Barli Segera dan Berasli Bubur Nasi Segera perisa ayam, cendawan dan sayuran (rumpai laut) Kelebihan dan keistimewaan produk 'Berasli ENERGY' adalah minuman kesihatan yang menggunakan gula buah- buahan, mudah dan pantas disediakan dengan air panas. Beras perang mempunyai kandungan serat tinggi dan rendah kalori, baik untuk menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan dalam proses pencernaan. Selain itu, beras perang juga dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah dan kolesterol serta meningkatkan daya tahan tubuh.

melalui talian Shopee , Lazada dan TikTok serta ejen-ejen yang dilantik seperti Pasar Mini Az- Zain dan Hospimart. Lebih ramai ejen turut diperlukan untuk mengedar produk tersebut dan koperasi-koperasi yang berminat dialu-alukan menjadi ejen. “Pengedaran produk 'Berasli ENERGY' kini tertumpu dalam pasaran tempatan, selain dieksport ke beberapa negara seperti Hong Kong, Timur Tengah,

Proses mencetak tarikh luput.

Jeddah, Abu Dhabi dan Johannesburg selain pernah menyertai Halal Fest untuk tujuan promosi,” ujarnya.

'Berasli ENERGY' adalah minuman ringan beras perang yang mudah dan pantas disediakan serta mempunyai kandungan serat tinggi dan rendah kalori.

Kilang beroperasi selama lima hari pada setiap minggu dengan satu syif. Anggota koperasi pula terlibat sebagai ejen jualan di kawasan masing-masing sekitar Negeri Selangor. Tambahnya lagi, setiap kotak mengandungi 20 paket 'Berasli ENERGY'. Kilang pula akan memproses sebanyak 2000 karton dalam sebulan, bergantung kepada tempahan yang diterima. Katanya, sasaran dan perancangan koperasi pada masa hadapan adalah menghasilkan lebih banyak variasi produk yang mempunyai harga kompetitif dan lebih berkualiti dalam pasaran dengan kerjasama pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

Proses pembungkusan.

Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad

Alamat

: No. 31, Jalan Melati 3/17, Bandar Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. : +603-3289 8505/7013 : koop_bernas@yahoo.com

No. Telefon

E-mel

Facebook Instagram

: Berasli Bernas : berasli_bernas : Berasli_Official

Tiktok

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease